Jul 20 2008
Yang Mana Satu
Apa yang anda cadangkan selepas membaca entri ini mungkin akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Sememangnya masalah cinta ini sukar untuk dimengertikan. Walaupun ini kisah seorang sahabat yang memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan kekusutannya, ianya mungkin berlaku kepada anda sendiri atau keluarga. Ambillah iktibar mana yang perlu. Sapa sangka hanya 3 minit yang anda luangkan membaca entri ini dapat membantu masa depan seorang manusia dan anda juga.
Sekarang mulakan membaca dengan membayangkan anda adalah seorang lelaki bernama Fahri (bukan nama sebenar).
Fahri mempunyai seorang kekasih hati bernama Nurul. Anda dan Nurul telah berjaya mengharungi badai dalam alam percintaan yang penuh dengan warna warni dan suka duka dengan tabah dan sabar. Sebagai cinta pertama, anda mengharapkan cinta agung ini berakhir dijinjang pelamin. Lantaran sayang yang bukan kepalang apatah lagi bila anda merasakan semuanya seperti berpihak kepada anda, anda berasa bersyukur dan sangat gembira atas kehidupan ini.Anda tidak mahu kehilangannya.
Nurul adalah insan yang sukar diramal peranganinya dan kerana sikap itulah yang diminati oleh anda.
Sehinggalah pada satu hari, Nurul memberitahu anda dia ingin menarik dari daripada perhubungan cinta agung ini. Anda terkejut. Sangat terkilan. Hancur luluh semua impian yang telah anda ciptakan di lakaran kehidupan akan datang anda. Nurul tidak memberitahu kenapa dia sanggup meninggalkan anda sedangkan anda tahu Nurul hanya mencintai anda seorang.
Sebagai seorang lelaki yang baik hati, anda merelakannya pergi walaupun terpaksa. Perpisahan dengan hati yang berat amat menguris perasaan anda yang paling dalam. Namun begitu, jauh disudut hati anda, terus menunggu Nurul untuk kembali, walaupun ianya mengambil masa sehinga seribu tahun lagi. Anda meneruskan kehidupan meniti hari-hari mendatang tanpa Nurul disisi. Seorang. Sedih tetapi anda cuba menerima takdir ini dengan hati yang terbuka.
Walaupun begitu anda tidak pernah takut untuk jatuh cinta lagi sekali. Sehinggalah Aisha kenalan zaman sekolah anda datang pada waktu anda memerlukan teman. Aishah berkerjaya sebagai doktor perubatan dan seorang yang berperwatakan lembut, penyayang dan anda merasakan ianya juah lebih baik daripada Nurul. Hubungan yang bermula sebagai rakan akhirnya berputik satu ikatan yang sukar dimengerti yang dinamakan cinta.
Anda mengambil keputusan Aisha adalah bakal suri hati anda yang akan menemani hari-hari tua anda dan yang bakal melahirkan anak-anak anda.
Anda mahu berkahwin dengan Aisha.
Belum pun anda memberitahu Aisha berita gembira itu, Anda menerima panggilan telifon dari nombor yang cukup anda kenal. Nurul telah menghubungi anda untuk membincangkan satu perkara penting.
Anda berjumpa Nurul dengan suasana amat ringkas namun anda terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Nurul. Nurul kini sedang menderita kerana mengidapi kanser dan dia ingin benar kembali kepada anda. “Cinta I untuk U sangat kuat” kata Nurul kepada anda. Anda merasakan Nurul memerlukan teman untuk berada disisinya sepanjang rawatan yang akan di mulakan pada hujung bulan. Apa yang nyata, Nurul kini sudah berubah dengan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.
Berita ini sepatutnya menggembirakan anda kerana Tuhan telah mendengar dan makbulkan doa anda dahulu. Apatah lagi dengan penyakit yang Nurul alami itu, hati anda pantas sayu. Pada waktu itu, ada sedar bahawa sayang anda pada Nurul masih belum luput.
Namun begitu, apabila mengambil kira perasaan Aisha, anda menjadi serba salah. Anda mengambil keputusan untuk simpan dahulu perkara ini daripada pengetahuan Aisha kerana risau ianya akan menguris perasaan Aisha si jantung hati anda.
Persoalan yang bermain difikiran anda sekarang adalah siapa yang sepatutnya anda pilih? Adakah Aisha perlu diberitahu perkara ini? Apa reaksi yang mungkin bakal berlaku?
Dan yang paling utama, apakah penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua insan istimewa yang telah mencuri hati anda ini?
Apa pandangan anda ntuk membantu sahabat kita ini?. Anda bebas utarakan pendapat dari kacamata Sebagai Fahri, atau Nurul atau juga Aisha.





fuhh…ni kisah benar ke? Berat sungguh situasi ni. Kalau saya jadi Fahri, let by gone be by gone lah. Aisha di depan mata, Nurul dah gi. Gi lah. Walaupun dia sakit, bukan takleh hadir sebagai teman. Tapi utk suri hidup, amik yg dah sedia depan mata lah. Jangan pula pisang berbuah dua kali…
p/s: nice blog u got here
pp/s: say hi to Arm and Suhaimi
Waahh…berat sungguh beban si Fahri ni. Tapi akak bersetuju dgn pendapat Sherrina. Kalau jadi;
Fahri – hargai la aisha sebab dia datang untuk membalut luka (eceycey…ok tak ayat i?). While lupakan la Nurul…hmm camana i nak cakap ye. Nurul is the one who breaks the relationship in the first place. Bukan la nak ajar berdendam… tapiii…the thing is she had her time and she wasted it. Macam kata Sherrina, Nurul masih boleh dihargai sebagai sorang teman. AWAS! seorang teman sahaja. Teman/Sahahbat can also be around to support dalam minit2 kecederaan. Tak semestinya nak jadi boifren baru boleh support. Untuk Fahri, sila kenal pastikan perasaan sayang yang dirasakan terhadap Nurul itew adalah peraasaan sayang jenis apa sebenarnya? Perasaan sayang kerana kesian? perasaan sayang kerana cinta yang tak kesampaian? Atau perasaan sayang yang benar2 ikhlas? Hanya fAHRI yg tahu.
kalau i jadi NURUL: i akan rasa malu dan bersalah untuk menagih cinta dari Fahri sekali lagi, bila sudah mengetahui Fahri sudahpun bahagia bersama Aisha. *Note: kalau belum tahu takpe. Tapi kalau dah tahu, cepat2 undur diri dan doakan kebahagiaan Fahri bersama Aisha.
Waah…panjang lebar akaka menulis. Harap si “Fahri” ni mendapat sedikit sebanyak petunjuk le apa nak buat.
TAPI!!! penting ya…kalau masih lagi buntu dan tak berupaya mengenali jenis perasaan sayang kepada kedua-dua wanita ini….SOLAT ISTIKHARAH adelah yang terbaik. InsyaALLAH…kalau kita ikhlas dan kusyuk dalam solat ini…kita akan dpt petunjuknya…WALLAHU’ALAM…
sekian dari meja AKAk… (peh, mcm nak kena buat bolg sendiri jer??? kwang kwang kwang)….
point no. 1:
seriously, kalo aku fahri… aku tanya diri aku…siapa yg lebih baik ; yang menggembirakan kamu hanya sekejap. atau yg mendatangkan kegembiraan selepas kamu kesedihan?
point no. 2 :
dalam bercinta, mesti ada ujian. anggap je la nurul tu sebagai ujian cinta kamu ngan aisya.
point no. 3 :
kamu masih mencintai nurul? ataupun hanya tinggal simpati? itupun sebab dia sakit kan? kalo dia sihat mesti “mampus x layan” betul x?
thanks, from hatipecah…..
Salam…
berat bahu memikul kalau saya adalah Fahri. saya tidak punya jalan penyelesaian untuk masalah Fahri.saya cuma simpati dan mendoakan semoga yang terbaik untuk dia…
salam..
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul!!!
aku pun sependapat ngan diorg sume..ye mungkin fahri rs serba salah setelah nurul menceritakan derita penyakitnya, tapi fahri kene juga fikirkan aisha yg telah dtg mengubati lukanya..chewah ikut ayat akak hehe kalo fahri pilih nurul bagaimana dgn aisha?dah tentu dia kecewa yg sgt2..nurul sepatutnya xmenagih simpati sebegitu..maybe bukan jodoh u ngan fahri..
so buat fahri fikir2kan lah yg terbaik utk anda dan ms depan anda..dan juga org yg tersayang tu….good luck!!!!
persoalan ni tak susah… melainkan fahri menerima aishah sebab desperate takde girlfren!!!! so bila nurul hegeh nak balik dia pun konon2 serba salah…
jantan macam ni… kalau solat istikharah macam mana sekalipun… tetap akan pilih apa yang dia suka….
kalau betul nurul pernah melukakan hatinya… kenapa nak kembali pada dia… doakan jer agar rohnya nanti dicucuri rahmat (gitowwwwwwwwwwwwwlpun tak mati lagi kan?)
sah2 kalau mak jadik aishah mak sentap… “adakah mak ini hanya pelepas sunyi di saat fahri tidak punya sesiapa?” (kata aishah di dalam hati) *hadek2 kah aishah ittewwwwwwwww? matilamak!!!!
Assalammualaikum….
Sebenarnya manja tak nak beri apa2 komen pun..sebb keputusan di tangan frhin.Hanya dia yang lebih tahu apa yang dia rasa….Memang sebagai manusia kita diberi hati yang sangat sensitif dan beperikemanusiaan.Dan kita memang tidak mahu sesiapa pun yang teluka dalam keputusan yang kita ambil.Tapi sudah adat dunia…..ada kalanya kita dberi dua pilihan didalam hidup dan sesungguhannya akan ada yang teluka dan kecewa dalam pemilihan itu…right if manja wrong…Hujung pangkal hati dan niat kita….Kalau masih buntu….jalan yang terbaik adalah mengadulah pada Allah…tanya Allah pilihan mana kah yang lebih baik untuk kita ambil….sembahyang taubat…sembahyang istikarah…insyaAllah..pilihan Allah itu adalah yang lebih baik..kerana hanya DIA yang lebih memahami,lebih mengetahui segala2nya…..