Dec 17 2008
Yang Datang dan Pergi
Memang tidak dapat dinafikan selama kita meniti usia ini, ramai insan yang kita bertemu sehingga sampai masanya akan berpisah. Daripada zaman persekolahan, peruniversitian sehinggalah zaman perkerjaan ini, kita tidak lari dari mendendangkan irama bertemu dan berpisah. Sekaligus menepati konsep tiada perkara yang kekal di dalam dunia ini termasuk rumah banglo yang tersergam gagah dikaki bukit.
Berkerja di Syarikat Burung ini juga menyaksikan sudah ramai yang datang dan pergi, sesuai juga dengan konsep yang dibawa oleh syarikat ini iaitu burung, maka mereka datang SINGGAH dan kemudian pergi. Maklumlah, hidup ini adalah satu perjalanan dan bukannya satu destinasi. Nanti sampai masa, maman juga mungkin akan akan membuka sayap dan terbang jua ke satu perhentian yang lain. Hanya tidak tahu bila waktunya. Jadi sementara menunggu saat-saat itu, maman masih lagi berpeluang menikmati kemanisan HINGGAP di sini. huhu
Bertitik tolak daripada itu, seperti telah menjadi satu tradisi ditempat ini, setiap kali ada yang ingin meninggalkan maka mereka akan dengan tiba-tiba bermurah hati untuk belanja rakan sekerja. Simboliknya mungkin dalam kata lain, sebagai satu tanda kesyukuran (tak taw la syukur sebab meninggalkan atau syukur sebab dapat tempat baru ?). Macam itu lah kot.
Ada yang memilih untuk menjamu rakan sekerja di warung, di Tupai-Tupai, di Pizza Hut dan pelbagai lagi. Bagaikan menjadi satu tanda aras/ signal kepada yang masih tinggal untuk bersedia (nak celebrate kat mana?) bila sampai masanya nanti. hehe. Tapi kat mana pun, apa yang penting adalah keikhlasan. kan? kan?.
. So, makan-makan di Pizza Hut Midvalley tadi sangat istimewa bagi kami kerana meraikan seorang lagi rakan yang akan terbang ke Kedah demi menyahut cabaran dan CITA-CITAnya untuk mendidik anak bangsa. Good Luck for your future undertaking..
Satu lagi senario menarik di tempat kerja maman ialah ramai yang sudah menamatkan zaman bujang masing-masing. Menghadiri satu demi satu majlis walimatulurus rakan-rakan rapat ni juga menyedarkan yang maman juga sudah tidak lagi muda. Selepas daripada makan-makan farewell tadi, kami ada sessi minum-minum (air halal ya) yang juga istimewa kerana salah seorang dari kami akan menjadi suami orang dalam beberapa hari lagi. Ni pun kira Good Luck for your future undertaking.. juga maman ucapkan.
Jika yang satu tadi kita guna analogi burung datang dan pergi, untuk member yang nak berumahtangga ni sesuai ke nak guna pakai konsep burung juga?? macamana analoginya??
***
P/S: Imej diatas adalah tanda tempat maman parking kereta. Tobat dengan insiden 45 minit mencari kereta yang hilang di car park Berjaya Times Square tempohari gara-gara terlupa petak parking, kini maman mempunyai satu tabiat baru iaitu snap2 pic nombor tiang kat mana maman letak kereta setiap kali jika ke pusat membeli belah yang besar. Sigh!.





Bro, entri menarik – ‘datang dan pergi’
Mungkin dah fitrah dan lumrah ‘burung-burung’
Itu baru citer pasal tukar syarikat dan tukar status
Belum lagi pasal yang dah bebetul ‘pergi’ selamanya
Datang, singgah, pergi selamanya…
dont be sad,… should be happy maa… dpt mkn free…
kalu buleh biar beta yg ‘terbang’ last dr kepulauan ini…
tak lah pening pk venue dan bil semasa… good luck to all yg dh nak ‘terbang’…
be careful mase nak landing… taku salah masuk sarang…
sedih rase di hati akak baca entri ni…
hmm..takpelah maman….bawak bersabar….tiba masa terbang juaaa….
maman… i pon sedeyh laaa baca entry u kali nih… takperlaaa.. kalau betasultan nak jadi orang last meninggalkan kepulauan nih.. i jadi second last ajer.. sebab masa tuh betasultan mesti dah kawen, so takleh aa kuar ngan i.. karang isteri dia marah pulak.. ahakzx.. tapi takper, maybe i akan bagi dia cawan macam kawan lhdn kita bagi.. ok kan?