Apr 06 2008
the worst part…
Benarlah orang biasa cakap, untuk mengingat benda buruk adalah lebih mudah daripada nak ingat perkara yang baik-baik. Contoh klasik: untuk ingat artis yang ada skandal adalah lebih mudah berbanding artis yang baik budi..
Pernah dengar perbualan sepert ini;
Si Kawan : Si Lutfyah ni
Si Kawan lagi satu : Anak Pontianak yang mana?
Si Kawan : yang gambar t*t*k dia kat emel tu..
Si Kawan lagi satu : Owh..yang tu… (sambil angguk2)
Semalam semasa makan malam sempena sambutan PNB ke 30 apa yang terpahat dihati memang segala yang tak berapa manis;
Menanti ketibaan orang kenamaan terlalu lama menyebabkan majlis bermula LEWAT daripada sepatutnya yang dijadualkan.. menunggu dengan keadaan kelaparan ini merupakan satu bentuk torture yang menyebabkan tekanan emosi dan trauma.. huhu
Petai yang tidak diwrap menyebabkan aromanya memenuhi ruang dewan.. bau haruman bunga matahari itu pun meresap dalam aroma si raja ulam. (btw bunga matahari ada bau ke?? hehe)
Bukan itu sahaja, keadaan yang sama berlaku apabila momen tidak berjaya untuk membawa pulang apa-apa semasa MCMC bowling tournament tadi setelah berlatih beberapa kali di beberapa pusat bowling disekitar ibu kota tetap kukuh terpahat diingatan. Jatuhan pin pula dilihat lebih baik ketika bermain semasa latihan berbanding semasa tournament. Segala teknik yang telah dilakukan spt teknik kepit, teknik seret (instead of lontar), teknik bola putar dan teknik-bola-masuk-longkang-naik-semula-jatuhkan-pin nampaknya masih belum membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Cikedutzs yang tak practice apa pun dapat membawa pulang hamper.. at least dia bertuah lah jugak.. (btw melihat corak permainan Cikedutzs pada tournament kali ni, untuk tahun hadapan mungkin you boleh mulakan dengan belajar teknik lane-berpagar).. ahaks.. huhu
Hanya kenangan semasa latihan… too bad
Mengikut konsep Law of Attraction, mengenang perkara yang negatif adalah TIDAK BOLEH kerana ianya akan memberikan kesan yang tidak baik kepada tenaga disekeliling kita yang akan menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang kita tidak inginkan berlaku dalam hidup. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan untuk tumpukan kepada perkara-perkara positif yang memberikan rasa seronok atau yang menggembirakan..
Jadi untuk dinner itu, maman sepatutntnya capture perkara baik yang berlaku. Mungkin bermula dengan door gift yang cantik itu..
walaupun ianya bukan
(armani)… tapi cute juga la..
Dan untuk prestasi bowling yang sangat mendukacitakan itu, dilihat daripada sudut positif, maman teringat kata-kata orang pintar seperti dibawah;
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna itu adalah kemenangan.
Renung-renung kan….
(esp untuk rakan sepasukan seperti yang tetera diatas termasuk haidan dan Wan
)





ello maman… amboi2 kutuk beta ya? lane berpagar eyh? 4 kali je laa bola tu masuk longkang… nak kena maman nih.. sekeh baru tau.. heee…
hamper… at least adalaa wakil dari PMB yang merasa bawak balik hadiah.. walau pon korang ramai2 kutuk nombor beta “suwey” laaa… “takder luck” laaa.. sedey tau.. pura2 senyum jer masa tuh… ahakz… nway, sila sila laa makan biskut dari hamper yg beta bawak tuh.. ada kat tempat lee yang fail 5S tu… kalau tak jumpa tin biskut tuh, cuba alihkan fail2 lee.. pasti akan ketemu jua…
p/s: maman, sila eja nama beta dgn betul yeah? cekedutzx… bukan cikedutzx.. suka hati je tuka nama beta eh? *dush!!!
maman, mana aku and haidan punya markah yang hari tu. Maman 154 tp rasanya ada pemain misteri yang lebih tinggi. Jadiapa kata maman paprkan markah tu. kuikuikui.
hi maman. kalu setakat lane kat MV tu bule la ko tapau….. ader berani mai dtg BTS ke APSC (Putrajaya)…. tu nasib baik aku org last baling pastu tunggu turn korg lamer sgt…. kalu tak points aku : XXXXXXXXXXXX = 300