Aug 21 2008

Tempat Berteduh

Published by at 4:37 am under CurHatKu

Bagi mereka yang berhijrah ke ibukota untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja, biasanya mendiami rumah flat adalah satu perkara yang hampir tidak dapat kita elakkan.

Kalau penulis blog kita panggil bloger, penduduk flat boleh tak kita panggil flatter?? hehe. Maman yang mempunyai pengalaman yang panjang (lebih daripada 5 tahun) sebagai flatter selama menetap di Kuala Lumpur ini sudah lali dengan kerenah, liku-liku dan jerih perih mendiami rumah yang seperti rumah burung merpati ini.

Tanpa merujuk mana-mana flat tertentu, kita akan dapat melihat karekter penduduk flat yang hampir sama seperti berikut;

1) Flatter jenis “Excuse me, I have taste!”

Mendiami rumah flat tidak menghalang untuk mereka ekpress citarasa tinggi mereka. Ruang yang sempit juga bukan satu alasan. Biasanya flatter yang bercitarasa tinggi akan membuat ubahsuai interior rumah. Jangan terkejut sekiranya dari luar anda mendapati rumah itu kelihatan ‘sedih’ tetapi bila anda masuk sahaja, anda seperti berada dalam sebuah unit kondominium. Inilah yang kita namakan flat berfasiliti kondo. Selain daripada rumah, ada juga yang bermewah dengan kereta. Walaupun duduk flat, tetapi ada yang memandu BMW, Merc ataupun Toyota Caldina. Kan?!. Namun bagi penghuni lain yang mungkin sedikit irihati, mereka akan melabelkan flatter jenis ini dalam kategori “ada hati!”  *Pengsan!

2 ) Flatter Jenis “make the world a better place”

Ini jenis yang mempunyai kegemaran khusus bercucuk tanam. Ruang yang sempit atau tiada tanah bukanlah satu halangan besar untuk pecinta seni landskap untuk menjalankan hobi ini. Sekiranya mereka ini mendapat unit flat ditingkat atas tanah ( G ), maka ini merupakan kelebihan besar kerana terdapat sedikit tanah yang boleh digunakan walaupun hanya sejengkal besarnya. Bagi penduduk jenis ini,  peribahasa Secubit tidak dapat jadi segenggam, yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa biasanya adalah salah. Jangan terkejut andai seni menanam ini akan diluaskan ditanah sekitar rumahnya sedikit demi sedikit sekiranya tanah yang sejengkal ruangnya tadi telah penuh. Prinsinp flatter jenis ini adalah Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Malah ada yang sehingga menjadi seperti satu ‘taman’ di sekeliling rumah mereka pun ada.

3) Jenis yang “I dont care!”

Di kala jiran tetangga sibuk becucuk tanam atau membuat planning untuk renovate rumah, penghuni jenis “I dont care!” biasanya adalah yang bujang atau pelajar universiti (tetapi yang berkeluarga pun banyak dalam kategori ini juga). Biasanya penghuni jenis ini akan berkongsi dalam jumlah yang agak ramai satu rumah. Jika ada 3 bilik, maka idealnya ada 6 orang. Untuk menonjolkan konsep I don’t care, maka dibawah adalah beberapa tips yang boleh dipraktikkan;

a) Buka lagu atau tv dengan gegak gempita (Kadangkala dengan gabungan budak kecik menangis akan dapat menghasilkan kombinasi yang harmoni)

b) Berkaraoke ketika waktu prima (terutamanya waktu malam dan hujung minggu)

c) Repair motor dan test bunyi remp secukup rasa. Terdapat juga penghuni yang parking motor DIDALAM rumah.. boleh??

d) Sidai basuhan / buang air kotor diberanda yang mana biasanya akan terkena dengan sidaian baju orang bawah. Sekali-sekala seluar dalam, baju dalam dan stoking, juga boleh dijatuhkan sedikit demi sedikit kepada beranda bawah untuk menambahkan kesan.

e) Buat aktiviti yang mengeluarkan bunyi bising seperti repair rumah, ubah perabot, atau aktiviti DIY terutamanya dari mereka yang dari golongon “Excuse me, I have taste!”.

f) Sekiranya semua diatas tidak menonjolkan lagi konsep “I don’ t care”, ada yang lebih dramatik iaitu dengan membawa balik pasangan anda pulang ke rumah. Biasanya tertakluk kepada rumah bujang, golongan ini memang tidak akan kisah apa orang nak sekeliling cakap atau pandang.

4) Jenis ” Ok. I dah reserve.. “

Ada sesetengah penduduk yang akan bergegas keluar dari pejabat bila tepat jam 5.30 untuk pulang kerumah kerana takut tiada parking, tetapi dalam pada itu ada sekumpulan penghuni lain yang relax kerana ia sudah book parking awal-awal dengan meletakkan tanda seprti kon, batu, tong cat, baldi, tulis no plat kereta dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing. Inilah penghuni jenis “OK. I dah reserve..”

Namun begitu ketika semakin ramai yang menjadi jenis ini, kadangkala tidak selamat juga kerana kon atau sebarang tanda yang anda letakkan boleh dialihkan terutamanya oleh penduduk jenis “I don’t care”. Maka terpaksalah juga mengamalkan budaya double parking, free handbrake kalau tidak mahu calar.

Ada tambahan? hehe. Ada. keep coming back ok! hehe

2 responses so far

2 Responses to “Tempat Berteduh”

  1. che amon 21 Aug 2008 at 8:47 am

    mcm mana pulak flatter2 yg suka kunjung-mengunjugin bersalam muhibbah sehingga ada yg mengetuk-ngetuk cermin bilik.. ni jatuh kategori apa?(ops)

  2. BetaSultanon 21 Aug 2008 at 4:26 pm

    waaa bagus punya post ni…

    ade gak penghuni flat ni budak2 universiti yg selalu dapat 4 flat….
    pastu dah dpt keja sedap sikit beli plak tv flat screen…
    walhal saiz pintu umah flat tu pun kecil 1inch dari tv…
    tak cukup lagi, duk bergaya sakan plak dgn rambut gaya flat top…
    konon nampak mcm mat top al-maunah….
    bila suruh nyanyi, hancus tone sumer flat….

    huuuaahuaaa… antiflat daa!

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply