Jul 17 2008

Sinusitis Fun Club

Published by at 5:12 am under Sinus

sms : Bos. I am on MC today!

Hari ini maman MC. Kalau datang ke pejabat pun kesian kan rakan-rakan setugas sebab maman mungkin akan menyebarkan virus (doc kata viral virus bla bla bla) kpd mereka dengan bersin yang tanpa kenal erti BERHENTI itu. Jadi maman mengambil keputusan untuk cuti. Maman umpama lilin yang membakar diri. Mulia? kan. hehe

mc.jpg

Setelah dirujuk kepada doktor putra (yang maman tetap setia menjadi pengunjung walaupun kliniknya bukanlah panel PMCare), doctor mencadangkan beberapa ubat. “Sekarang kita akan start bagi antibiotik dan Bena Expectorant untuk batuk dan untuk selsema you itu cuba try ini” katanya sambil menulis Rhinocort Spray diatas sekeping kertas memo. Tugas maman ialah untuk membelinya di farmasi sebab klinik dia tidak menjual ubat hidung ini.

doc.jpg

Sebelum pergi farmasi, kena pergi bank terlebih dahulu sebab duit dah habis bayar antibiotik kat klinik tu td. Selepas ke bank kena beli minyak dulu. Sampai di Guardian… “Kami tak ada pharmasist!” kata salesgirl. Jadi tak dapat la beli. Pergi pula ke famasi lain dan dapatlah benda alah yang dicari-cari dengan harga RM40.

rhinocort.jpg

 

Rhinocort Aqua RM40.00

 

Lepas tu kena la g makan juga sebab nak makan ubat kena perut berisi.

 

zetty.jpg

 

oh.. ada orang tu bukak business kedai makan tak cakap pun dengan kitaorang

Huh! Macam Explorace pulak hari ini. Suka?!.

Semasa beli ubat sinus itu, pharmsist telah memperkenalkan satu produk bernama Haven Air Sterilizer yang sesuai untuk menaturalkan udara dalam bilik. Mungkin udara bilik tak bersih, jadi ia akan menyebabkan alergic dan sebab tu maman tak pernah elok dari bersin dan selsema. “Alat inilah yang akan mengeluarkan ion-ion negatif yang akan membunuh kuman-kuman di udara dalam bilik tu” kata pharmasist yang juga maman rasa sangat berbakat menjadi upline MLM itu.

Harganya RM900 plus something. Mahalkan? . Eh! apa sangatlah dengan nak dibandingkan harga tersebut dengan kebersihan udara dan kesihatan yang bakal maman miliki nanti kan. Ermm. Tapi maman hold dulu keputusan untuk beli. Benda mahal macam ni mana boleh kita buat impulse buying macam tu kan. Maman bukannya kerja gomen yang boleh beli Ipod kat Suvarnabhumi Air Port Duty Free just like that kan!. Ops sapa tu???! hehe.

Pengajaran yang kita boleh contohi adalah : MAMAN SUKA PHARMASIST TO BUAT CROSS SELLING!

“Adik tak nak ambik stepper ni ke? bagus untuk kuruskan badan.Slim.slim.slim… boleh simpan bawah katil”
Ayo perluke? Smartshop sgt pharmasist itu

Pokok pangkalnya, sinusitis yang maman alami ni sebenarnya sudah lama. Dan doktor mengatakan ramai pesakit dia yang mempunyai masalah yang serupa. Namun begitu, doktor menambah, alahan dan juga kesan ubat adalah tidak sama mengikut setiap pesakit. Jadi jangan berhenti mencuba. (Merasalah kena letak dalam budget bulanan untuk mencuba segala rawatan resdung yang ada dipasaran daripada yang tradisional hinggalah klinikal – yang guna lipas pun ada kan *pengsan tak?)

Menurutnya dalam masa seminggu sepatutnya maman akan dapat melihat kesan Rhinocort spray ini dengan syarat disemburkan dalam lubang hidung yang bak seludang mayang tu dua kali sehari regardless ada selsema atau pun tidak.

Well.. we’ll see…

5 responses so far

5 Responses to “Sinusitis Fun Club”

  1. Charm @ Che amon 17 Jul 2008 at 8:43 am

    Wah.. dah ada iklan DIGI, very impressing.

    MC ke MC???

  2. akakon 17 Jul 2008 at 8:47 am

    wah..ini MC ke apa…sempat nak blogging..well…
    nak buat camana, memang maman terel, kat ofis pun boleh buat multi tasking, ni kan pulak kat rumah…kannnn..
    thanks for updating us all…macam lilin sanngaaattt….walaupun maman MC hari ni, masih dapat menghiburkan kami semua. TAHNIAH!

    p/s: tu sape yang bukak restoran tak bagitau korang tuh??

  3. akakon 17 Jul 2008 at 9:01 am

    testing testing…wahaha

  4. akakon 17 Jul 2008 at 9:04 am

    terlupa nak cakap get well soon, tapi nampaknya dari gaya penulisan maman, rasanya wish tu dah tak releven lagi….so i c u lah…

  5. Mrs Imranon 01 Feb 2010 at 9:51 pm

    sinus and resdung 2 benda berbeza rasanya. sinus tu mcm kecacatan dekat tulang hidung, and nk sembuh 100% mcm mustahil jer sbb dia kecacatan dekat tulang, unless buat surgery. itu pon tidak jamin 100% berkesan. bak kata doktor husband aku la :D . hehe. sbb dia pon sinus gak. yg spray tu pon doctor suruh guna gak utk sinus ni.

    resdung tu ada la kot byk cara nk try. and guna lipas tu mmg husband pernah try. tapi biasa la dia sementara jer effect dia. tahun lepas, aku search internet terjumpa org resdung yg hilang deria bau amik usana. dh hampir2 nk kene operate, tp after few months tk jadi operate sbb dah ada improvement. so belikan husband jugak la usana tu dan akhirnya skang ni aku pon jadi distributor usana gak . hehe.

    tapi since sinus tu kecacatan kekal, usana pon tkleh bantu la. tapi yg resdung tu boleh mcm alahan to habuk2 and sejuk tu.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply