Feb 25 2010
Sabai Sabai
Hari ini, maman telah belajar satu perkara bahawa kita boleh tunggu untuk melakukan sesuatu perkara (termasuk update blog), tetapi TIDAK bagi masa.
Januari kini terlalu pantas, sekarang pun sudah akhir Februari. Januari menjadi penting bagi maman apabila tarikh lahir maman jatuh pada bulan ini. 28 hb Jan itu, walaupun tanpa sebarang sambutan harijadi, maman menelefon mak dikampung mengucapkan terima kasih kerana 30 tahun yang lalu, pada tarikh ini mak telah bersabung nyawa seorang diri, ketika bidan belum datang dan lokasi diruang dapur rumah pula, melahirkan seorang bayi comel yang tidak sabar-sabar keluar dari rahimmya. Mamanlah bayi yang menangis itu selepas sahaja mak menarik kepala maman keluar melihat dunia. Dicorong telefon itu, mak menceritakan semula detik itu yang mana seolah-olah baru semalam berlaku. Mendengarnya dari mulut mak sendiri, hati pantas diusik rasa terharu.
Atas sebab itu juga, akan ada kesan emosi pada maman setiap kali client membeli idea Education Plan yang maman tawarkan, maman tahu ianya adalah simbol kasih sayang dan harapan ibu bapa kepada anak mereka. Kasih sayang yang sangat universal seorang ibu, sepertimana kasih syg mak yang maman rasakan .
Suara mak seperti masih terngiang-ngiang walaupun selepas maman meletakkan telefon, mengundang kenang-kenangan sepanjang mak membesarkan maman. Dari kanak-kanak sehingga hari ini, terasa banyak benar dosa maman kepada mak berbanding dengan jasanya yang tidak ternilai. Dan begitu cepat masa berlalu. Berlari tidak mengejar, dikejar ia tidak berlari; itulah masa.
Mengenangkan usia mak yang semakin meningkat, menjadikan maman mahu lebih kuat berusaha. Maman berdoa, biarlah mak masih sihat untuk melihat kejayaan-kejayaan maman yang akan datang.
Kembali kepada business insurans. Beberapa kes yang maman submit ke Great Eastern bulan ini hanya 4 yang telah berjaya inforced. Agen lain yang inforced sampai 20 kes bulan Jan ni mungkin tersenyum sahaja melihat angka permulaan maman yang agak perlahan. Walaupun tak banyak, maman bersyukur. Ini adalah rezeki dan tanggunggjawab sebab diberi kepercayaan oleh 4 orang new client ini untuk menguruskan hal ehwal protection mereka, yang merupakan salah satu keputusan terpenting dalam hidup mereka. Ini juga menjadikan maman lebih bangga.
Great Eastern bulan ini juga mengumumkan menawarkan Insentif Istmewa percutian ke Bangkok yang dinamakan Sabai Sabai Sensation. Agen yang berjaya submit dan inforce new business minimum RM35,000 ANP sebelum 30 June akan diterbangkan oleh GE ke Bangkok, Thailand untuk pergi urut (hehe) beserta travel allowence RM200 jika RM15,000 dicapai sebelum 31 Mac 2010.
Head of BBDU, En Ibrahim dalam talknya selalu ingatkan “tahun ini, sebelum kita ke Taiwan atau Mongolia atau Afrika Selatan, kita singgah dulu ke Bangkok. From Bangkok to Taiwan hanya 2 jam sahaja” Selorohnya.
SABAI SABAI by Thong Chai McIntyre






InsyaAllah…..
(sedih pula bace tentang perbualan maman dgn mak maman….untung2 boleh ke sabai2, bawalah dia sekali?)