Jul 02 2008
Rebat Tunai Fasa 2

“Tak lain dan tak bukan adalah Fahri Abdullah. Dia manusia berhati serigala pura-pura menolong ternyata menerkam. Saya telah beberapa kali minta pertanggung jawabannya dan menyelesaikan masalah ini dengan baik-baik. Saya menuntut janjinya mau mengawini saya ternyata ia berkelit. Ia bahkan menuduh saya pelacur.”

Maman adalah orang pertama yang pengsan dulu kalau si Saiful itu mengeluarkan ayat-ayat seperti diatas semasa perbicaraan nanti. Petikan diatas adalah sedutan Noura memfitah Fahri memperkosanya dalam Ayat ayat Cinta yang juga diilhamkan daripada kisah fitnah Zulaikha ke atas nabi Yusof.
Ketika negara sedang GEMPAR dengan kes liwat, kes Altantuya dan tokoh yang dikaitkan mungkin mula sedikit dilupakan. Kenaikan harga barang dan konflik politik yang kian meruncing kurang menjadi tajuk utama. Walau apa pun yang terjadi di luar sana, ada satu perkara yang tak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia:
CLAIM REBAT DI POS MALAYSIA!

JOM REBAT!
Ya. Rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan kini boleh membuat tuntutan rebat di semua 683 cawangan Pos Malaysia. Fasa ke 2 ini tidak lagi hanya terhad kepada mereka yang telah memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada April dan Mei 2008 sahaja, tetapi untuk mereka yang TELAH memperbaharui LKM sepanjang tahun 2008 sehingga Mac 2009.
Kali ini, anda akan dapati terdapat penambahbaikan yang akan memudahkan anda. Antara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut;
1. Kini anda ada 2 pilihan membuat tuntutan: a) Datang Sendiri b) WAKIL.
2. Anda juga boleh pilih : a) Terima Tunai b) Terima Kiriman Wang (Drop Box)
3. Borang baru yang digunakan sekarang adalah Pos Akuan 1. Borang semasa Fasa 1 tidak lagi diguna pakai. Sila muaturun;
4. Untuk Jip dan Trak pick up yang berkusa enjin sehingga 3000 cc (yang LKM didaftar dan digunakan di Sabah dan Sarawak sahaja) kini boleh mengemukakan tuntutan RM625.
5. Selamat Merebat!!




