Jan 27 2009

Mesh with mesh potatoes

Published by at 4:11 pm under Dapur Bujang,Travelog

Bagi maman yang sukar untuk membezakan antara butter, marjerin dan mentega, maka sudah terang lagi disuluh memasak bukan maman punya forte. Walaupun begitu bersempena dengan aktiviti outing CNY di Ulu Yam yang berkonsepkan pot luck, maka maman terpaksa juga mencungkil bakat terpendam mana yang ada. Dengan bantuan rakan blogger, maman cuba menyediakan Resepi Kentang Penyet Istimewa.

Sebelum tu, mari kita shopping bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu.

tesco.jpg

btw tesco ada masuk dalam senarai yang perlu diboikot tak? *matilah

Siapa sangka barangan yang tasteless didalam bakul cart ini akan menjadi satu hidangan yang sangat lazat walaupun itu baru pertama kali maman mencubanya.

bahan.jpg
Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini boleh email kepada maman untuk maklumat lanjut.

***

Trip outing ke Ulu Yam memang meriah pada Hari Raya Cina Pertama itu. Walaupun sampai sana dalam jam 10 pagi, rupa-rupanya ramai yang sudah memenuhi P1, P2 dan beberapa point lagi di sepanjang jalan Ulu Yam itu. Apapun atas kemahiran seorang ahli rombongan yang tiada tolok bandingannya, maka kami dapat juga port yang sangat menarik.

Kedinginan air terjun yang menyentuh tubuh memang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Segar. Walaupun sampah sarap bertebaran disekitar kawasan air terjun dan sepanjang jeram ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini , ianya masih tidak mengaggu mood kami untuk berseronok disitu.

Menjelang tengahari, orang semakin ramai datang. Dari kumpulan remaja hinggalah kepada keluarga, masing-masing memenuhi segenap penjuru sepanjang jeram yang dingin itu. Setelah menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang kami bawa termasuk spaghetti, ayam barbeque, me goreng, salad, makaroni dan sebagainya, maka kami pun bertolak pulang dalam jam 2 petang.

Memang menyeronokkan!  

3 responses so far

3 Responses to “Mesh with mesh potatoes”

  1. akakon 28 Jan 2009 at 2:08 am

    akak ade beberapa pekara nak komen…..ready?

    1. N3 (<– familiar tak shortform nih?) ni kurang menyengat… boring la camni, camana i nak bagi komen2 yg membina ni? This is not your best performance. U can do better than this….

    2. Tesco mesti boikot laaaa….tapi ade gak Pak Aji kopiah putih yg soping situ eh…hmm…

    3. Aiyo!!! i nak resepi nak resepi! tarukla gambar end produk dia kat sini…barula dapat menghayati N3 nih…(dahla tak bagi rasa….)

  2. BetaSultanon 30 Jan 2009 at 10:07 am

    N3 ni kurang umph skit….
    mcm Ctrl C Ctrl V pun ade…
    semakin merundum gaya bahasa yg digunakan..
    mungkin X Facto di FB dh menganggu gugat….
    u need back to own track bro!…

  3. onlineon 22 Feb 2010 at 1:31 pm

    perlu menyemak:)

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply