Aug 30 2009

Merdeka!

Published by at 9:07 am under Berakit ke hulu,CurHatKu

Cuti tiga hari seperti satu makna merdeka yang tersendiri.

Rasa mengantuk menyerang melemahkan minda dan nadi. Seperti orang tidak kuat semangat, maman tewas di tempat beradu. Ngantuk banget! Apatah lagi sedikit rasa selsema menyebabkan appointment dengan client terus dibatalkan. (Takut-takut nanti client tidak selesa bila presentation bersulamkan bersin dan selsema).

Masa maman penuhi dengan maraton menonton cerita Nur Kasih daripada episod pertama hingga ke 14 di laman web TV3. Two thumbs up!. Cerita bersiri ini begitu menarik dan tahniah untuk semua warga kerjanya. Skrip,lakonan dan arahannya bagus sekali.

***

Anak buah maman yang hilang dikhabarkan sudah dijumpai. Melalui akaun freindster dan perbualannya di Skype, keluarga menjejakinya dengan teknik menggunakan seorang rakan sebagai new friends, menjalin rapport dan mengaturkan temujanji. Walaupun ianya memakan masa, namun berbaloi kerana ianya berhasil.

Apa yang pasti, pengetahuan emak di kampung tantang ICT sekarang bukan hanya terhad sekadar handphone dan sms sahaja, tetapi sudah merangkumi internet dan social networking. (Walaupun dalam masa yang sama tetap cari orang yang pandai tengok orang hilang dalam mangkuk berisi air tu). Kagum juga kerana dia, dalam usia emasnya mampu mengadunkan dalam kognitifnya cara orang lama dengan yang baru.

Merdeka mempunyai takrifan tersendiri, bagi anak buah maman mungkin ianya sedikit kebebasan keluarga, bagi ibu maman pula ianya adalah jaminan keselamatan anak cucunya dan bagi maman sendiri, perkembangan kerjaya juga memerlukan kebebasan untuk kita yang menentukan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

One response so far

One Response to “Merdeka!”

  1. akakon 01 Sep 2009 at 3:19 am

    maman seharusnya berbangga punyai ibu yang terbuka mindanya untuk mencuba sesuatu yg baru, walaupun di usia agak emas.

    ***Two thumbs up! untuk ibu maman.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply