Mar 05 2009
Majalah IM Edisi ke 11
Apakah persamaan antara item berikut;
1) Muffin
2) Cup Cake
3) Pemasaran Internet
(selain daripada boleh mendapatkan duit dari ketiga-tiganya)
Persamaan yang ketara adalah, untuk memastikan ketiga-tiga produk ini menyelerakan ia bergantung kuat kepada resepi yang digunakan oleh pembuatnya.
Kepakaran tukang masak diukur dengan kemahiran mereka mengadunkan bahan daripada resepi menjadi muffin yang lazat. Kepakaran usahawan internet pula diukur dengan kemahiran usahawan yang mampu menjadikan resepi pemasaran internet satu perniagaan yang memberikan pulangan.
Sebaliknya, tukang masak yang membuat muffin daripada zero adalah boleh disamakan dengan Usahawan Internet yang menjual produk online daripada scratch.
Oleh itu, ramailah yang berebut-rebut mahu belajar resepi daripada Chef Wan. Begitu juga usahawan internet yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang menuntut resepi berniaga online daripada barisan otai usahawan internet / internet marketer (IM) seperti Adly Mukhtar, Zhafran, Galadriel, Zamri Nanyan, Smartzul, Alang, Zamri Mohamad, Hairul, Mohd Amirol, ShueQry dan Fatin Pauz.
Sesiapa pun termasuk anda, akan mudah terangsang untuk mengetahui apakah resepi rahsia BESAR yang bakal mereka dedahkan?.
Maka teruskan membaca..
Sebelum itu maman mengandaikan anda adalah pengguna tegar internet yang ingin mengetahui perkembangan dunia internet dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, juga anda merasakan satu bonus jika sekurang-kurangnya anda bakal merasa imbuhan wang daripada aktiviti internet anda. Ya/tidak?
Juga maman mengandaikan anda merupakan bakal usahawan internet yang belum lagi membuat keputusan mempertimbangkan samada untuk menjual produk fizikal online, produk digital (seperti ebook),perisian, atau untuk menjual perkhidmatan atau servis. Anda juga mungkin sedang mencari maklumat pengenalan kepada servis/perkhidmatan dan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di interenet yang boleh anda jalankan secara online. Ya/tidak?
Jika anda mahu terlibat dalam dunia perkhidmatan pula, Maman mengandaikan anda akan mudah teruja apabila diberitahu bagaimanakah servis itu satu cabang IM yang lumayan lantas anda terasa penting bagi anda untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana melakukan pemasaran untuk servis anda. Ya/tidak?
Maman juga mengandaikan anda sudah biasa mendengar perkataan ebook dan anda sangat teruja bila mengetahui bagaimana menjadikan ebook sebagai medium mempromosikan perkhidmatan anda. Ya/tidak?
Satu lagi, sepertimana masalah kebanyakkan pengguna internet tegar yang lain, maman mengandaikan anda masih tercari-cari tips paling berkesan bagaimana untuk fokus dalam perniagaan internet anda. Ya/tidak?
Jika kebanyakkan daripada andaian-andaian maman ini anda jawab YA. Maka anda adalah insan yang paling berhak untuk mengetahui rahsia BESAR yang saya sebutkan diawal entri ini.
Sekarang, baca semula perkataan yang BERGARIS diatas.
Jika anda adalah pengguna internet tegar yang berhak untuk mengetahui rahsia-rahsia tips bagi perkatan yang digariskan itu, maka dapatkan MajalahIM sekarang. Perkataan yang maman gariskan itu adalah antara topik-topik menarik yang boleh anda tatap dalam keluaran terbaru ezine PERCUMA – Majalah IM edisi ke-11 ini. Topik-topik ini ditulis khas untuk anda oleh nama-nama besar usahawan internet yang telah maman sebutkan diatas.

Jadi, tunggu apa lagi, tibalah masanya untuk anda mencuba sendiri resepi rahsia yang dikongsikan oleh otai-otai IM dalam satu-satunya ezine IM berbahasa Melayu ini. Jadikan perniagaan online anda adalah muffin yang bukan hanya sangat menyelerakan, tetapi boleh memberikan anda pendapatan lumayan.
Ayuh, MUAT TURUN SKG
P/S : Bonus untuk anda yang membaca keluaran ke 11 ini kerana kali ini MajalahIM menyiarkan interviu istimewa Bersama Kartunis UBI yang juga seorang usahawan internet tersohor. Baca pengalaman UBI dan belajar daripada kisah beliau.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Download sekarang!.
*Banyak lagi topik ezine ini (seperti tips dan advise menarik) yang tidak disiarkan dientri ini kerana maman mahu anda meneroka sendiri majalahIM ini. Download sekarang juga!.
Selamat membaca!





server down!!!!