Feb 19 2009

Majalah IM Edisi ke 10

Published by maman at 9:44 am under KomenKu

Majalah IM

Pertama kali pelayar web ini menjejaki laman web Majalah IM, hati mudah teruja untuk meneroka apa yang ditawarkan. Laman web yang menyediakan ezine untuk pengemar Perniagaan Internet ini rupa-rupanya telah menerbitkan beberapa siri majalah online dan yang terkini adalah keluaran mereka yang ke 10. Tanpa berlengah, maman muaturn edisi terbarunya untuk memenuhi rasa ingin tahu yang tinggi ini. Nampaknya masa yang maman laburkan berbaloi kerana ezine Majalah IM keluaran ke 10 ini adalah lain daripada yang lain.

Jika anda masih tercari-cari panduan berniaga gaya online, teruskan pembacaanya anda..

MajalahIM tampil berbahasa Melayu dan susun aturnya ringkas. Penggunaan warna dan gaya bersahaja membuatkan pembacaan lebih relaks. Ini juga bermakna ianya selesa dibaca terutamya melalui skrin komputer anda.

Kata aluan editor menyermarakkan mood untuk menyelongkar isu terbaru majalah yang sudah satu tahun bertapak ini iaitu – eBay sebagai sumber pendapatan.

Ya, bagi pengemar internet seluruh dunia, jenama eBay bukanlah sesuatu yang asing. Jadi sudah pasti isu kali ini memberi ruang kepada anda untuk menyingkap semula segala ilmu yang berkaitan dengan ebay. Bagi yang masih tertanya-tanya bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan melalui eBay, isu Majalah IM kali ini ada jawapannya. Banyak yang boleh anda ketahui berkenaan eBay yang dikupas menarik dalam keluaran kali ini.

Tahukah anda siapakah satu-satunya orang Melayu yang dinobatkan sebagai Education Specialist Trained by eBay? Tahukah anda bagaimana mempromosi jualan eBay anda melalui blog?

Cari jawapannya di MajalahIM.

Bagi anda yang dahagakan tips-tips menarik, pelajari 3 tips mudah membeli di eBay. Ketahui juga kaji selidik sebelum memasuki pasaran jualan. Bukan itu sahaja, banyak lagi yang anda boleh pelajari dalam keluaran MajalahIM kali ini.

Selaku pengunjung yang baru pertama kali melayari dan memuaturun ezine ini, maman merasakan ianya perlu ada bagi setiap mereka yang merasakan anda adalah peminat tegar perniagaan online. Apatah lagi ianya didatangkan kepada anda secara PERCUMA!. Jadi tunggu apa lagi..

Jangan berlengah. Download MajalahIM ini sekarang!

7 responses so far

7 Responses to “Majalah IM Edisi ke 10”

  1. [...] Tempat pertama ialah Maman. [...]

  2. akakon 05 Mar 2009 at 12:46 am

    boleh percaya ke ni? ejaan pun salah…bunyik macam review kat dalam majalah dekorasi jekkk….

    *haha! ade unsur2 dengki di situ ya….*

    nway TAHNIAH….haruslah buat lagi…. i pun nak ada blog sendiri la, semata2 nak masuk pertandingan review ni bley??

  3. KHALIFAHon 05 Mar 2009 at 6:51 am

    TAHNIAH
    moga sihat n ceria sekeluarga///

    caiyokk3x
    moga menang lagi…

    dr.khalifah
    BAKAL MENDAHULUI ANDA

  4. mamanon 05 Mar 2009 at 11:11 am

    akak,

    jgn pertikaikan keputusan muktamand juri yea hehe :P

    Dr K,

    Thnk you. jupe lg direview akn dtg. ahaks.

  5. Dr Yakubon 08 Mar 2009 at 8:46 am

    Tahniah….

    Atas kemengangan tempohari, apapun jangan lupe wat review untuk MajalahIM 11 nanti. Saya ingin melihat review yang disampaikan oleh maman.

    Dr Yakub
    http://dr-blogspot.com

  6. mamanon 09 Mar 2009 at 1:03 am

    Terima kasih Dr Yakub kerana sudi singgah!

  7. Sapikkon 13 Mar 2009 at 2:03 am

    Tahniah krne memenangi review ini… hehe

    p/s: Sye org bru kt sini.. huhu :)

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply