Jul 25 2009

Law of Attraction?

Published by at 12:41 pm under Berakit ke hulu

Pernahkah anda terasa seperti hadir sesuatu yang kita mahu kena pada masanya? Just nice right in place and right in time? 

Sesetengah orang mengelarkannya Law of Attraction. Ada yang cakap nasib. Ada yang berkata itu adalah doa yang dimakbulkan. 

Apapun maman merasakan kali ini nasib menyebelahi maman. 

Ramai yang sebenarnya tidak sedar bahawa maman selalu mencari pendekatan baru untuk membuat sales. Selalu dalam minda ini mencari-cari teknik yang sesuai dengan personaliti maman yang urban ini. :)

Sebab itulah maman suka jika membaca buku tentang teknik untuk buat sales. Contohnya sekarang maman sedang cuba menghabiskan buku bertajuk “How To Sell When Nobody’s buying”.  Buku ini memberi idea kreatif untuk menjana sales dan juga menggunakan media baru. Juga ia menunjukkan bagaimana untuk tetap boleh menjual dikala kegawatan ekonomi sekarang.

Belum sempat maman menghabiskan buku tersebut, maman menerima satu emel daripada seorang kenalan dari sebuah Syarikat Pengiklanan terkemuka tentang satu seminar berkenaan dengan media baru di PWTC. (http://www.uzaidi.com/seminar-new-media-2009) Berita baiknya, walaupun agak short notice, maman berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang peserta seminar ini yang dipromosikan sebagai seminar PERTAMA seumpanya di negara ini.

Seminar sehari ini mendedahkan begitu banyak elemen pemasaran WEB 2.0 yang sedang rancak berlaku pada masa ini. Yang pasti, ianya memberi banyak ruang kepada mereka yang mahu belajar dan menggunakannya.

Habis sahaja seminar, terbuka lah minda ini tentang apa yang sedang berlaku dalam dunia www yang membawa gelombang media baru yang tidak boleh dipandang remeh. Terdetik juga rasa masa begitu pantas sebenarnya, yang membawa gaya hidup sekarang jauh berbeza daripada masa lalu.  

Kudos kepada penganjur!

One response so far

One Response to “Law of Attraction?”

  1. MN Shukrion 27 Jul 2009 at 1:53 am

    Mau jd 2nd internet millionaire ni…

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply