Apr 15 2009
Lagi Penyakit Misteri
Dear Diary,
Petang semalam, pulang dari pejabat maman bergegas ke Ampang Puteri. Tapi nampaknya tak ada rezeki nak jumpa x-hasmte maman yang telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Memandangkan sudah terlanjur sampai wad, dapat borak dengan nurse yang jaga disitu pun jadilah.
“Sebenarnya dia saket ape kak?”
“Demam” jawab akak nurse.
“Demam pun kena bawak ke Sungai Buloh ke?” soal saya lagi.
“Ohhh… dia ada ekzema juga, kan?” katanya sambil memandang nurse lagi sorang semasa mennyebut KAN itu.
Maman blurr. Mustahil hanya sebab itu dia perlukan rawatan lanjut ke Hospital Sungai Buloh?.
Imbas kembali, semasa maman sedang berABPBH di Arena Of Stars, Genting tempohari, maman menerima panggilan mengkhabarkan salah seorang x-housemate maman ini sedang terlantar di hospital. Berita yang lebih sadis yang dibawa oleh si pemanggil ini adalah kawan tu HILANG INGATAN. Menurutnya, semua kawan yang datang melawat dia sudah tidak berapa kenal. Dengar macam tu.. agak memeranjatkan juga. Dan maman membuat keputusan untuk melawat dia semalam.
what had happened actually?
Ini sudah mendatangkan misteri kepada maman, dan semangat ingin tahu yang tinggi membuak tiba-tiba.



