Jun 28 2008
Lagi pasal Ayat Ayat Cinta

Semasa maman membeli novel Ayat-ayat Cinta beberapa bulan yang lalu, maman tidak sempat untuk membacanya sehingga tamat. Novel Indonesia yang telah dikeluarkan versi Malaysia itu maman hadiahkan kepada anak buah maman semasa cuti sekolah tempohari.
Sehinggalah filem Ayat-ayat Cinta keluar dipawagam, maman masih belum dapat menikmati hasil karya BEST SELLER di negara asalnya ini. Akhirnya hari ini maman dapat juga membaca sehingga ke lembaran terakhir novel yang maman muatturun daripada internet. Walaupun berbahasa Indo namun ianya mudah difahami.
Novelnya memang bagus, mengenali watak-watak Fahri, Aisha, Maria dan Noura memang mengharukan.
Sebelum maman menulis entri ini, maman telah berkesempatan menonton filemnya.
Menonton filem tidak seperti membaca novelnya dan membaca novelnya tidak seperti menonton filemnya. Kebiasaannya sesuatu perkara itu lebih menarik bila on paper berbanding dengan keadaan yang sebenar.
Proposal juga nampak begitu terancang, tersusun, teratur diatas kertas. Perlaksaanaannya masih belum tentu. Aturcara majlis pun begitu, begitu terancang dan tersusun tetapi keadaan yang sebenarnya?? masih tandatanya. Rakan siber di Facebook atau MySpace atau Friendster yang anda kenal cantik, baik dan menawan kadangkala TIDAK SAMA bila anda berjumpa LIVE.
Begitula ibarat kalau anda ingin membandingkan Filem Ayat-ayat Cinta dengan Novel Ayat-ayat Cinta. Walaupun filemnya tidak mengecewakan dan masih berupaya untuk meruntun perasaan anda dengan lakonan cemerlang disampaikan oleh pendukung-pendukung wataknya, tetapi tulisan ceritanya (novel) tetap lebih menarik untuk dihayati.
Dalam filem, kita tidak boleh mengharapkan hasil/kesan sebaik novelnya.

pengsan tak? VJ MTV Indonesia, Rianti Cartwright memegang watak gadis solehah bernama Aisha
Membaca novelnya membantu anda lebih mengenali setiap watak yang dilakonkan dan memahami susur galur jalan cerita di dalam filem. Jiwa sebenar ada dalam novel.
Melalui filem, anda akan menilai kreativiti dengan sisi yang lain. Malah ada adegan yang ditukar dan diimprovisasikan supaya filemnya lebih segar. Dan sebenarnya anda menilai dan menghayati dua karya seni yang berbeza walaupun kedua-duanya berkongsi isi yang sama.
Apa yang lebih penting dari itu adalah deretan mesej yang terbit daripada Novel dan filem daripada seberang ini untuk kita hayati. Mesej yang disulam dengan berhati-hati dalam jalan ceritanya adalah lebih mengagumkan maman selain daripada gaya tulisan penulis novel dan lakonan cemerlang para pelakonnya.
Mengenangkan kesungguhan pengarahnya seperti yang dinyatakan di blognya hanungbramantyo.multiply.com maman kasi salute untuk dia kerana berjaya menghasilkan karya ini.





Salam… Awak… boleh awk bagi tahu saya di mana boleh saya dapatkan buku ni di pasaran Malaysia.?? Filem ini telah timbulkan kesan yang mendalam dan fenomena di Universiti saya,,,;. HEHEHE…. thanks…..
boleh beli online http://www.ujanailmu.com.my