Aug 28 2008
Khas untuk insan yang bergelar TUANRUMAH!
Maman ada create satu kategori baru yang didedikasikan khas untuk tuanrumah maman yang selalu kutip sewa TEPAT pada masanya itu tanpa mengira hujan panas, ribut petir ataupun perang saudara.
Komitmen tinggi ini memberikan inspirasi yang besar kepada kami untuk mengenal apa itu erti tanggungjawab dan pengurusan masa.
Namun begitu, memontem ini bagaikan hilang dengan sekelip mata apabila malam tadi rumah kami dipotong bekalan air!
Semalam, ketika Kuala Lumpur disimbahi air hujan beribu-ribu gelen, ada sebuah rumah flet dicelah-celah remang kotaraya ini yang penghuninya mati kutu kerana tiada bekalan air untuk urusan mandi wajib manda, basuh baju, gosok gigi dan sebagainya.
Semua kesukaran ini hanya kerana tuan rumah tidak membayar yuran penyelengaraan.
Setelah membuat panggilan protes kepada tuan rumah malam tadi, diharap hari ini keadaan akan kembali seperti sediakala.
Selain daripada air takungan yang satu bekas itu, tiadalah kami sumber semulajadi lain untuk kegunaan asas seperti diatas. Apa pilihan yang kami ada?. Tak lain tak bukan ialah ;

Pernah ke ko mandi guna air RO seliter RM0.20??? Ado?





kesiannya korang. Harap cepat2 hambatkan tuan rumah supaya selesaikan masalah ini. Jangan biarkan dia pijak kepala anda. Pengguna bijak, banyak faedah
nasib baik musim hujan….
better korg p buat pembentungan utk tadah air hujan tu…
jimat bangat tu…