Jan 22 2012
Kehilangan orang tersayang, apabila ejen takaful mencelah.
Status terbaru saya di FB, antaranya;
“ Narrated by Anas bin Malik (r. a), the Holy Prophet (s. a. w) told a Bedouin Arab who left his camel untied trusting to the will of Allah (s. w. t): Tie the camel first and then leave it to Allah (s. w. t)” (at-Timirdzi).
Ikat unta dulu, baru berserah. Sediakan payung sebelum hujan. Malang tidak berbau. Semua menggambarkan bagaimana peranan takaful kepada kita semua. Tapi rupanya ada yang tidak sependapat.
***
Tidak apalah kalau ada yang nak marah pun. Bagi yang kata perunding insurans/takaful ini suka ambil kesempatan atas kesedihan orang lain akibat kehilangan orang tersayang atau yang idap penyakit kritikal, maka biarlah. Mulut tempayan boleh lah kita tutup. Mulut orang?.
Dahulu pernah maman kena sindir oleh rakan sendiri kerana menurutnya adalah perbuatan keji jika maman mempromosikan perlindungan takaful dengan menjaja cerita kematian dan sakit kritikal. Asyik mahu kritik, kawan yang kritik itu pun sampai hari ini tidak ada apa-apa perlindungan takaful termasuk kad perubatan.
Apa yang kami, perunding takaful ni mahu sampaikan adalah ambil perlindungan sekarang. SEGERA. Jangan tunggu sehingga musibah datang. Itu sahaja. Ambil kejadian orang-orang yang meninggal muda ini sebagai iktibar. Bila kita ambil contoh orang sakit, bukan kami nak kata padan muka sakit, tapi kami mahu yang tidak sakit lagi ini ambil iktibar ambil medical card ketika masih sihat. Jika sudah sakit tidak ada mana-mana syarikat insurans/takaful mahu layan.
Akhir-akhir ini ramai orang terkenal yang mati muda. Yang tak terkenal pun ramai juga. Tetapi ramai yang tidak dapat mesej disebalik senario ini. Apa yang boleh kita jadikan iktibar dalam menangani risiko yang PASTI akan terjadi kepada semua orang ini?. Semua orang akan mati. Itu satu bentuk risiko yang sudah tentu. Yang tidak tahu hanya bila sahaja. Jika ada yang muda belia dihadapan kita dijemput terlebih dahulu, sampai bilakah kita mahu memberi alasan ‘tidak bersedia’ dalam mendapatkan pelan perlindungan takaful anda? sampai bila?
Ramai perunding takaful yang memberi maklumbalas bahawa untuk mendidik orang melayu tentang insurans/takaful ini mencabar. Ramai yang tidak ambil peduli dan ramai yang ambil mudah. Ada yang berkongsi pengalaman, ada seorang klien dia sudah claim beribu ringgit akibat kemalangan, rakan baik kepada klien ini tetap tidak mahu ambil medical card walaupun cek tuntutan itu sudah berada di hadapan matanya. Mahu cakap apa lagi jika jumpa orang kita jenis mentaliti seperti ini?.
Maka itulah perunding takaful ini wujud kerana kerja mendidik itu tidak mudah. Kalau semua orang berebut-rebut mahu ambil pelan takaful maka peranan perunding takaful ini sudah pasti tiada lagi.
Nasihat saya, jangan takut dengan perunding takaful. Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu ditakuti. Perunding inilah yang sepatutnya anda dekati. Tanya perkara yang anda rasa perlukan penjelasan. Perunding takaful tidak boleh memaksa anda ambil pelan mereka. Tahukah anda jika kami ambil mereka yang tidak sedia menjadi klien (contohnya dengan push customer) dan mereka menjadi klien yang tidak meneruskan caruman, sebenarnya kami akan dikenakan penalti. Sebolehnya kami perunding takaful pun mahu elakkan daripada mengmbil klien yang separuh masak seperti ini yang kelak bakal menyebabkan kami terpaksa membayar penalti yang bukan sedikit. Jadi, tiada istilah anda perlu takut dengan perunding takaful, sepatutnya perkara sebaliknya berlaku.
Iktibarnya disini, perunding takaful sebenarnya adalah orang yang sabar. Maman tabik kepada semua perunding insurans dan takaful seluruh Malaysia. Usaha anda banyak atau sedikit maman sangat hargai dalam membentuk rakyat yang celik takaful. Semoga diberikan kekuatan, kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah swt.
Selamat bercuti panjang semua. Dan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.




