Jul 11 2008
Jubilee
Sebut betul betul. Ianya Jubilee BUKAN AlJuburi
Jubilee merupakan istilah sejarah yang digunakan untuk meraikan sesuatu jangkamasa. Jubli ejaan BM.
Jubli Perak (25 tahun), Jubli Emas (50 tahun), Jubli Intan (di Britian – 60 tahun) dan yang paling agung;
Jubli Platinum (70 tahun di Britian, Malaysia maman tak tahu ada ke tidak).
Jadi, kalau berkhidmat setakat setahun tiga bulan lepas tu berhenti kerja (ke Lembaga **s** **l** *****i contohnya)… ada kah mana mana Jubilee dapat kita raikan?
Tak ada. Elek. Nan ado. hehe.
Kebiasaanya kalau perayaan yang melibatkan masa seperti ini kita akan adakan sesuatu sebagai kenang-kenangan. Kalau anda dah bekerja 25 tahun, syarikat anda mungkin akan bagi jam tangan, pen, mug, plaq dan sijil sebagai tanda kenang-kenangan. Jarang pulak yang maman dengar bg 3 bulan gaji ka…. barulah lebih manis untuk di kenang-kenang kan.
Bagi rakyat Malaysia khususnya kerajaan Negeri Kedah serta rakyatnya bakal menyambut sejarah dalam era pemerintahan berRaja di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah akan menyambut Jubli Emas 50 tahun pemerintahan pada 15 Julai 2008 bersamaan dengan 12 Rejab 1429 Hijrah.

Pada 15 Julai 2008 ini, jangan ketinggalan membeli koleksi filateli daripada Pos Malaysia Berhad sebagai memperingati peristiwa bersejarah ini.
sampul surat hari pertama

Beli segera kerana peristiwa bersejarah ini hanya sekali
Tidak seperti biasa, keluaran kali ini sangat istemewa kerana;
- Bilangan setem satu sheet adalah 22 keping (biasa 20 shj)
- Ini adalah keluaran PERTAMA menggunakan logo Pos Malaysia yang baru
- Oleh itu, harga dijangka akan meningkat pada masa akan datang
P/S; Ada juga member maman yang hadiahkan personalised setem* kepada ibu bapanya sempena hari jadi. Tak tahulah pulak Jubilee yang emas ke, perak ke, permata ke atau platinum.
*nota : Personalised Setem adalah setem yang menggunakan image anda sendiri. Kini anda boleh memiliki personalised setem hanya dengan serendah RM20.00 untuk satu sheet.





Alhamdulillah yang nie pun dah dapatkan …. siap cop alor setar lagi..