Jan 09 2010

Harapan 2010

Published by at 12:32 pm under Berakit ke hulu

Maman membuka tirai 2010 dengan gemerlap bunga api di KLCC. Hajat mahu cuba tangkap gambar bunga api tapi sayang kamera pula habis bateri pada hari kejadian. Hanya dapat share dengan MM je, itupun jadi le. Nak cerita lebih pasal New Year pun sudah basi. Walau dah lama berlalu, maman ucap juga selamat tahun baru.

Sudah dua hari ni maman demam. Hari ini demam berkurang tapi batuk dan selsema pula semakin menjadi-jadi. Sedilix DM dan uphamol yang ada dalam simpanan tu maman perabiskan. Dalam nak rehat, maman gagahkan juga ke Great Eastern untuk mendengar perancangan Bumiputera Business Development Unit (BBDU) sepanjang tahun 2010 ini.

Badan rasa ringan semacam je, mungkin sebab terlebih makan ubat. Cepat-cepatlah sembuh wahai tubuh, pinta maman dalam hati. Dalam rehat yang panjang, tiba-iba maman terkenang blog nan sepi ini. Lalu maman tarik laptop untuk mencoret sesuatu diperbaringan ini. Biar segar semula blog ini ditahun baru.

Kembali ke bisnes…,

Menyorot kembali, 2010 bakal menjadi tahun yang mencabar. Tahun yang mendebarkan bagi maman kerana ini tahun pertama bergelar perunding insurans sepenuh masa selepas maman tinggalkan semua (kerja tetap dan simpanan menjadi korban – pada usia sudah 3 series ni pun hidup masih tak stabil lg -> geleng kepala). Matlamat yang menjadi hasrat hati memang tinggi. Kalau ditulis takut memalukan diri sendiri. Tetapi lagi disimpan dalam hati lagi takut kalau ianya semakin jauh terpendam lalu perlahan-lahan terpadam, jadi biar sahaja maman abadikan disini. Biarlah apa orang lain nak pandang atau kata, sesen pun tak luak duit kita.

Sebab itu kata orang yang berjaya, matlamat jika tidak ditulis atau ditinta, jarang yang bakal terlaksana. Tidak kira besar atau kecil impian kita, write it down. Itu tips yang maman terima. Impian dan harapan ini kadangkala boleh menjadi satu-satu nya sebab untuk kita meneruskan kehidupan ini. Jika sudah putus harap, seolah-olah hidup itu pun sudah malap.

Tahun 2010 ini maman mempunyai angan besar menjadi seorang sales producer yang layak untuk Supremacy. Supremacy adalah pengiktirafan Great Eastern kepada semua agen yang memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Dalam pengiktirafan supremacy itu pula terdapat tahap-tahap tertentu juga (Honour/Elite/Premier). Namun, kata orang lama, sebagai seorang penasihat insurans, seumur hidup, busuk-busuk pun, MESTI usahakan dapat Supremacy sekurang-kurangnya sekali. ITs such an achievement for an agent (if not as an individual).

Pra syaratnya memang membuatkan maman garu kepala tetapi maman tidak mempunyai pilihan untuk tidak mengejarnya. Secara ringkasnya,

MATLAMAT : SUSUPREMACY

Target To date Shortfall
Number of Cases (NOC) 70 ? ?
Kutipan Premium Tahun Pertama (FYLP) RM 100,000 ? ?
Kutipan Premium Tahunan (ANP) RM120,000 ? ?
CPD Hours 30 Jam ? ?
Supremacy Point 1800 ? ?
Dateline 15 Dec 2010 (dlm hati target Oct) ? ?
Persistency Ratio 100% ? ?

? = kemudian menyusul

Seorang client menyatakan rasa hairan, bagaimana rasa canggung jika dia berada ditempat maman sekarang, apabila celik dari tidur sahaja tidak terasa mahu terkejar-kejar untuk ke pejabat.

Hakikatnya, menjadi perunding insurans bukanlah goyang kaki sahaja seperti teorinya. Kalau difikir-fikir, kami stress juga memikirkan bagaimana untuk mencari pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Apatah lagi nak capai target yang yang sudah sendiri tetapkan. Waktu kerja yang fleksibel adalah hanya salah satu kelebihan. Cuma kalau anda join, anda tahulah rahsia nak menangani semua ini.

Sebenarnya seronok kalau kerja sebagai perunding insurans ini kita gambarkan sebagai sebuah rancangan realiti tv, contohnya seperti anda menonton The Biggest Loser (skg Asia), yang mana setiap minggu beberapa orang perunding akan dilepaskan untuk melakukan sales dan setiap isnin berkumpul untuk review hasil dalam minggu tersebut dan masing-masing berkongsi motivasi sebagai penyuntik semangat. Cuma bezanya tiadalah penyingkiran setiap minggu.

Ramai perunding insurans yang berjaya, sangat berdisplin tetang waktu bekerja seperti orang kerja pejabat juga (malah ada yang lebih rigid). Apapun yang dibuat, kepuasan kerjalah yang menjadi ukuran. Kerja sendiri dan berkerja untuk orang berbeza dari segi cabaran, kepuasan dan HASIL. Faktor yang lain seperti kerja keras dan disiplin tinggi masih lagi (malahan amat-amat) diperlukan.

Pendek kata, bila anda merasainya sendiri… baru anda tahu.

2 responses so far

2 Responses to “Harapan 2010”

  1. MN Shukrion 12 Jan 2010 at 7:30 pm

    teruskan usaha anda ….

  2. kzon 13 Jan 2010 at 5:07 pm

    insyaAllah, if there is a will there’ll always be a way…. all the best…maman boleh!

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply