Aug 11 2008
Hantu Flet Usang the movie

Pada waktu ini, hantu sudah lebih glamer dariapada Erra Fazira, Ide Nerina, Maya Karin dll. Malah artis yang disebutkan itupun beria nak jadi hantu. Siapa sangka makhluk yang hodoh, buruk dan perengus, yang dulunya mendiami hutan belantara dan kawasan busuk kini menjadi bintang. Ramai yang kata takut melihat hantu tetapi berduyuuun pergi menonton di pawagam dan juga di stesen tv.
Iya… berduyuuuuunnn tiba..
Maman tidak arif tentang hantu dan belum juga pernah terserempak mata bertentang mata secara live (harap-harap tidaklah). Walaupun begitu, mendiami rumah flet berdinding esotik ini yang pernah menyaksikan beberapa adegan pelik berlaku adalah antara secebis kredibiliti yang maman ada untuk menulis kisah benar ini: Hantu Flet Usang.

Hantu Flet Kos Rendah
Ya, rumah maman berhantu. dan hantu dirumah ini bijak menguasai ruang sepenuhnya. Teknik yang digunakan adalah baik sehingga meremangkan bulu-bulu. Sebagai rekod, antara kemunculan hantu dirumah usang ini yang tidak pernah dapat kami lupakan adalah;
1. Teknik Bahan Bukti Syabu Pejabat Polis Johor. Iaitu seperti magic, kejap ada kejap tak ada. Ini dilakukan dengan kemunculannya duduk dalam kesamaran dalam bilik belakang. Bila anda toleh sekali lagi, tiada. Hanya tinggal katil bujang yang kosong.
2. Teknik Selit. Iaitu memenuhi ruang sempit sebaiknya. Ini dilakukan dengan duduk mencangkung dibawah singki dapur dalam kesamaran. Susuk tubuh yang agak kurus memeluk tubuh jelas kelihatan walaupun suasana malam agak suram. Maman berjaga-jaga juga kalau-kalau dia buat kemunculan khas atas almari, diatas meja atau di atas flush toilet.
3. Teknik harapan palsu. Iaitu melalui penyamaran. Contohnye pernah satu hari, ketika maman duduk seorang dalam bilik, Penghuni ghaib ini akan buka dan tutup pintu luar seolah-olah housemate maman balik rumah. Sedangkan pada hakikatnya, tiada sapa yang balik.
4. Teknik Special Effect MRR2. Seperti mana pengguna MRR2 yang terkejut mendengar bunyi serpihan jalan yang jatuh, hantu dirumah ini juga pandai menggunakan effect bunyi-bunyian untuk melengkapkan profilnya. Teknik ini dijayakan dengan mahkluk ini memperdengarkan bunyi seperti menyeret kaki ketika berjalan. Maman yang pada mulanya kurang percaya bila housemate maman cerita. Sehinggalah pada suatu malam ketika maman sedang berjaga kira-kira jam 3.00 pagi. Maman mendengar sendiri dengan telinga ini akan kesan bunyi seretan itu. Sangat menyeramkan.
Disebabkan faktor-faktor yang telah disebutkan, maman phobia bila seorang diri dirumah. Terasa macam ada tangan akan keluar dari dalam mesin semasa maman masukkan baju dalam mesin basuh. Bila ke ruang tamu, terasa seperti ada orang didapur. Bila nak tidur, terasa macam ada makhluk bawah katil.
Bila salah seorang daripada housemate kami ada menerima gangguan, kami biasanya akan berkumpul dan bercerita. Oleh kerana kami biasanya berkumpul pada waktu malam, maka hanya waktu itulah yang kami dapat luangkan. Malam tu, kami bercerita hantu lagi, semasa tengah meremang bulu ini mendengar cerita ulang tayang ini, tiba-tiba kami dengar grill pintu digoncang.
Kami berpandangan sesama sendiri.
Adakah hantu ini menggunakan teknik baru untuk menakut-nakutkan kami??.
Maman memberanikan diri untuk buka pintu perlahan-lahan. Dan………………..

Nga Chai Chai………………
“Ayyya… apa pasat lama sgt bukak pintu. Mana itu sewa rumah ini bulan??” kata apek tua kurus di muka pintu.
Cheh! apek tuan rumah kutip sewa rupanya hikhikhik.





Genre filem yang Sherrina takkan tgk samada di pawagam atau di tv ialah cerita seram. Buat pe nak menakutkan diri sendiri yang sudah sedia penakut. Anyway, memang tak penah jumpa lagi dan doa setiap hari supaya takkan jumpa. Gulp…
serammmmmnyaerrrr rumah uolsssssssssssssssssssssssssssssssss
lagi seram kalo nama tempat tu LUBOK ANTU atau PONTIANAK….
btw tanpa hantu2 ni takdak la pawang seantero nusantara dan pelusuk dunia nak berniaga…
almaklum berniaga tu 9/10 dari sumber rezeki….
hampeh;
Ah sooooooon..!!!