Sep 03 2008

Hantu Flet Usang Pt. 2

Published by at 4:24 pm under CurHatKu,tuanrumah

Mungkin anda juga pernah alami, semua apa yang kita mahu jauhi akan datang menghantui kita.

Malam itu, semasa rumah kami tiada bekalan air itu, dia muncul lagi. Kali ini kemunculannya lebih istimewa dan lebih in person.

Housemate maman, seperti biasa adalah calon favourite yang akan dia pilih untuk entiti ini beramah mesra. Lewat malam itu, ruang tamu hanya diterangi oleh samar cahaya daripada lampu koridor luar. Kipas disyiling tidak berpusing. Senyap. maman punya housemate-the-chosen-one ini terbangun dari tidur kerana ingin ke washroom buang air. Pintu bilik dibuka.

To his surprise, ada sesusuk tubuh lembaga gelap sedang duduk di sofa ruang tamu. Tidak sanggup memandang lama, housemate maman terus laju melangkah ke bilik air. Pura-pura tidak terlihat apa-apa. Tetapi dalam hati, bergetar juga. Selepas membuang apa yang sepatutnya dibuang, housemate maman berfikir-fikir tentu apa yang dia nampak tadi sudah tiada. Malang bagi dia, kerana selepas dia membuka pintu bilik air, lembaga misteri itu masih lagi duduk di tempat yang sama. Kepalanya botak. Tunduk kearah lantai dengan tangannya diletakkan diatas kepala. Seolah-olah sedang menekan kepalanya atau menyembuyikan wajahnya. Kalau-kalau dia mendongak menunjukkan mukanya, bagaimanalah agaknya wajahnya?.

Siapakah dia? Siapakah abang botak itu? kenapa dia suka buat kemuculan macam tu? Persoalan ini masih menjadi misteri kepada kami bertiga sehingga entri ini ditulis.

Maman percaya, setelah tiga hari puasa dan disepanjang bulan Ramadhan ini, kuasa Abang Botak dalam rumah ini juga akan berehat daripada membuat kemunculan istimewa yang mendebarkan itu. Tak tahulah kalau lepas puasa nanti, kalau-kalau dia akan muncul dengan imej dan strategi baru pula.

Disebalik daripada kejadian itu, Good news nya, tuanrumah bayar semua duit penyelengaraan sehari sejurus selepas maman buat pangglan protes tempohari. Jadi, tak perlulah maman mandi guna RO water.

Phuihh

2 responses so far

2 Responses to “Hantu Flet Usang Pt. 2”

  1. sherrinaon 11 Sep 2008 at 1:27 pm

    Misteri sungguh rumah kamu ni. Eloklah berpindah atau rajin2 membaca Al-Quran. Sapa yang nampak tu, Suhaimi ke Am?

  2. Rosham77on 19 Sep 2008 at 8:04 am

    hmmm…silap2 haribulan “hamba” ciptaan allah itu mendengar apa yg kamu dan teman2 serumah katakan.dengan kata lain dia akan menuntut bela atas apa yang telah kamu semua umpatkan.harap2 lepas ini jgn lah lagi pandang belakang ya…..

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply