Apr 15 2008

Farewell…

Published by at 12:46 am under Uncategorized

Kalau kita tidak meninggalkan, kita akan diitinggalkan. Tiadalah benda dalam dunia ini yang tidak akan meninggalkan kita suatu hari nanti. Meninggalkan dan ditinggalkan adalah perkara-perkara yang perlu kita alami dalam hidup yang fana ini.

puduraya.jpg

Dulu-dulu , kalau nak balik kampung, mamanĀ pernah kena ditinggalkan bas ekspress kalau lewat sedikit sampai ke pudu. Tapi kalau bas yang yang datang lewat daripada jadual, tak apa lah pulak. Macam tiada apa-apa kesalahan.

Ada orang meninggalkan sebab sudah sampai masanya, atau sudah tidak sayang, ada pula sebab inginkan yang baru (lebih hijau katanya), ada yang meninggalkan kerana sudah takdir dan ada pula yang disebabkan untuk boikot.

shellwildliefinal.jpg

Maman sudah meninggalkan Shell. Walaupun orang kata kempen memboikot produk Belanda susah mahu berjaya, tetapi hanya inilah yang terdaya. Minggu ini maman mulai memenuhkan minyak kereta dengan Petronas walaupun terbantut pergerakan point BonusLink maman itu. Tak dapatlah nak redeem payung atau mug. :P

Bagi Shell, biasalah customer come and go.

Letak Jawatan

Seiring dengan kempen boikot ini, 2 orang officemate maman merangkap klien maman akan meninggalkan syarikat tempat kami bernaung mencari sesuap nasi ini. Letak jawatan. Walaupun bukan termasuk dalam kempen boikot tapi unsur-unsur ‘malas nak layan kerja skg’ mungkin rasanya ada juga sedikit sebanyak. kan?. Ada juga yang bertanya-tanya maman bila pulak. Maman jawab “Saya tak tertekan, kenapa saya harus letak jawatan” sambil memandang keluar dari tingkap pejabat dan melihat;

Letak jawatan
:P

Bagi Boss, Biasalah staff come and go.

Maman juga tidaklah mahu ketinggalan untuk pergi ke Pesta Buku dan PC Fair 2008 walaupun dunia bacaan buku dan gadget ini sudah lama maman tinggalkan disebabkan duit dan masa yang ada tidaklah banyak mana tinggal. Di PC Fair, lebih banyak membuang masa daripada membeli belah. Terasa macam berlatih buat ibadat Haji. Orang terlalu ramai.

Bagi maman, biasalah money come and go.

Emak dikampung masih terus bertanya, bila untuk balik ke kampung lagi. Mungkin rindu dengan anak-anak yang seorang demi seorang sudah meninggalkan kampung halaman..

Bagi emak mungkin, biasalah anak-anak datang melawat dan pergi.

24282240.jpg

Tapikan..tak semua yang kita tinggalkan akan membuatkan kita rasa sedih. Cuba sesekali buat-buat tertinggal bayar hutang PTPTN atau kredit kad. Tak de la rasa sedih sangatĀ atau betapalah tak sedihnya kita kalau tiba-tiba kita dapat surat dariapada PTPTN dan Credit Card ini mengatakan kita tak perlu bayar lagi sebab dia dah jemu dan sampai masanya untuk mereka meninggalkan kita…

Biasalah hutang come and go come.

3 responses so far

3 Responses to “Farewell…”

  1. cekedutzxon 15 Apr 2008 at 9:33 am

    maman, window mana yg u tgk nih.. bukan i ke di sebelah kanan u n hidayah di sebelah kiri u.. window mem operation sangat jauh laa maman.. u gerek eh? huhuhu

  2. mamanon 15 Apr 2008 at 9:40 am

    ops. tak de window ye kat opis kite??? hehehe

  3. melasalamon 17 Apr 2008 at 11:12 am

    uolssssssssssssss… mek menantikan keajaiban surat ptptn atau kad kredit ittewww datang dan mengatakan… “terima kasih kerana menyelesaikan semua pembayaran anda…” padahal sampai lemas nak bayar hutang2 tu…

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply