Aug 15 2009

Drama Kehidupan

Published by at 12:37 pm under CurHatKu

Maman tahu emak tengah risau di kampung. maman dan adik beradik yang lain juga risau.

Sudah lebih dari 3 minggu anak saudara maman tidak pulang ke rumah. Tadi maman telefon mak lagi. Sayup maman dengar suaranya yang terputus-putus .”Yang hairannye dia boleh chat dalam komputer” kata mak dicorong telefon. Anak buah maman ni juga berpesan supaya jangan risau atau report kerana dia nak cari duit sendiri. Entahlah apa konflik dia dengan maknya.

Hilang kunci pun maman dah mengelabah, inikan pula hilang anak. Macamana agaknya perasaan itu?

***

Memandangkan beberapa appointment hari ini semua ditangguhkan oleh client, maman menghabiskan masa membaca skrip filem TITANIC by James Cameron. Skrip ini dan beberapa filem serta drama lain adalah antara ole ole dibawa pulang selepas tamatnya  Bengkel Dari Idea Ke Skrin (Asas Penulisan Skrip TV dan Pemasaran Melalui Internet) anjuran Persatuan Karyawan Malaysia tadi. Ini lah pertama kalinya maman melihat skrip filem lengkap. Meneliti setiap tulisan dalam skrip tersebut, maman menjadi kagum dengan kegigihan para karyawan yang terlibat dalam industri ini. Mereka sangat kreatif mengolah agar sesebuah cerita mengambarkan kehidupan dengan tambahan drama, aksi dan watak.

Selepas dari bengkel ini, maman terasa lebih menghargai filem-filem atau drama atau sitkom yang kita tonton. Kerana maman tahu ianya bukan satu kerja mudah. Dan kehilangan beberapa orang penting dalam industri baru-baru ini sememangnya satu kerugian besar bagi kita semua. Tanpa idea dan komitment tinggi, hasil yang dihidangkan tentunya dapat kita rasakan separuh masaknya. 

Menelusuri tragedi anak buah maman yang nekad lari, maman seolah-olah tidak percaya tragedi yang biasa dihidangkan dalam skrip drama-drama tv kita ini berlaku pada keluarga sendiri.

Drama tv yang dipengaruhi kehidupan atau kah kehidupan ini yang dipengaruhi dengan drama tv?

One response so far

One Response to “Drama Kehidupan”

  1. betasultanon 15 Aug 2009 at 2:04 pm

    ye la tu… besok mesti akan dgr tinggal hasil karyanya….

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply