Aug 19 2009

Chasing Dream Pt 3

Published by at 11:16 pm under Berakit ke hulu

Tidak dapat dinafikan, keputusan maman akan menerima pelbagai reaksi. Namun maman terharu bila ada juga yang memberi sokongan moral. Sekurang-kurangnya ia mengurangkan perasaan bimbang dan ragu yang ada tersemat sedikit dalam diri. Lagipun maman pernah mencatatkan Worrying is using your imagination to create something you don’t want. Jadi maman cuba jangan bimbang sangat.

Maman tepek disini komen yang maman terima daripada kengkawan di Fesbuk. Suatu hari nanti bila maman rasa down, maman akan baca semula komen-komen dibawah ini sebagai satu motivasi untuk go on.

 

support_fb.jpg

maman juga ingin share emel yang maman terima daripada zool, seorang pensyarah nun jauh di utara sana yang juga merupakan antara client terawal maman.

Subject: ENCIK MAMAN SOLLEH

 

Salam Solleh, keputusan yang kau buat untuk meletak jawatan tentunya menggegarkan ramai pihak, jikalau menyingkap sejarah, dulunya kau GMT yang terbaik dikalangan yang terhebat, apabila tamat latihan kau orang pertama minta berkerja bawah POSONLINE, siap menolak tawaran dari customer services demi POSONLINE tercinta, tapi kini yang semuanya menjadi sejarah, kau menghitung hari untuk melangkah keluar dari dunia POSONLINE.aku terpikir sejenak selepas panggilan telefon kau,dalam tempoh dua bulan kau akan bergelar usahawan insurance yang berjaya, aku suggest kat kau apply buat master lepas tu dapat saja surat tawaran kau boleh apply biasiswa “PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA”  http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/biasiswa_bajetmini.php?m=3&navcode=NAV004&subcode=SUB005sambil menyelam minum air, kau boleh jual insuran sambil belajar, kalau kau ambik master full time dalam tempoh satu tahun setengah
kau dah boleh habis belajar, masa belajar kau boleh establish network business kau, nanti kalau kau dah buka agensi kau boleh jual banyak produk insuran contohnya group insurance, property insurance, etc
then bila kau habis belajar kau boleh minta jagi lecturer jika kau berminat dalam bidang insurance
apa-apa pun aku doakan yang terbaik, hanya sekadar memberi pendapat

regards
zool

Terima Kasih semua

-maman-

One response so far

One Response to “Chasing Dream Pt 3”

  1. akakon 20 Aug 2009 at 12:27 am

    tersentuh akak dengan emel seorang pensyarah nun jauh di utara sana, bunyi nya sangat iklhlas….dan akak terpaksa bersetuju, cadangan beliau mungkin boleh juga diambil kira….sebagai back up plan seperti yang dicadangkan oleh Azlina Ishak dan Jira….

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply