Dec 01 2011
Salam Maal Hijrah 1433
BERKENAAN TAHUN BARU DAN HAJI
Salam maal hijrah!
Semasa mesyuarat agensi semalam, menarik apabila sekali lagi doa awal tahun dibaca mengambil barakah tahun baru maal hijrah. Maman percaya semua yang berada pada mesyuarat tersebut jika hayati bait-bait kata yang melengkapi doa itu pasti memberi makna tersendiri.
Tahun Baru ini juga lembaran baru agensi Sayf Al Haq yang bergabung dengan F1G, yang merupakan hibrid beberapa agensi. Tahun baru, semangat baru!
Sehari sebelum mesyuarat itu, maman baru sahaja pulang dari kampung jadi cerita-cerita dari ibu maman yang baru pulang dari menunaikan haji masih segar.
Sedikit nota, seiring dengan masa, Mekah semakin moden kini. Mekah semasa arwah ayah tunaikan haji tidak lagi sama keadaannya semasa ibu tunaikan haji. Pencakar langit (termasuk deretan hotel lima bintang) yang di bina sekitar Masjidil Haram dengan Royal Mecca Clock Tower menjadi titik fokal, memberi isyarat bahawa kapitalisme seakan memamah tinggalan sejarah. Lokasi rumah Siti Khadijah, isteri pertama Nabi Muhammad SAW sudah bertukar menjadi blok tandas. Banyak lagi tinggalan sejarah yang bakal dimusnahkan ekoran pembangunan pesat oleh pemerintah monarki Arab Saudi.


Walau apapun, maman sudah gambarkan diri ini akan menjejakan kaki ke tanah suci suatu masa nanti. Semua orang maman percaya berkongsi impian yang sama. Semua umat islam pasti akan kesana seperti yang telah disyariatkan. Namun begitu, ianya tertakluk kepada beberapa perkara (semoga dipermudahkan olehNya);
1) Giliran.
Jika anda berminat untuk tunai haji melalui Lembaga Tabung Haji, daftar segera kerana jika anda daftar pada hari ini, giliran anda mungkin pada tahun 2030.
2) Usia.
InsyaAllah jika usia panjang, dapat kita menjadi tetamu Allah. Jika kita sudah kembali ke rahmatuallah tanpa sempat menunaikan haji, waris kita akan menunaikan haji untuk kita. Namun begitu, atas tuntutan hidup yang semakin mencabar, adalah baik untuk kita memastikan sendiri yang upah haji bakal dibuat tanpa mengharap kepada waris kita. Salah satu cara ialah dengan mencarum di iGreatAmal, perserta program ini memperolehi kemudahan badal haji sebagai salah satu manfaat dalam program ini. Badal haji adalah satu faedah dimana syarikat akan melakukan upah haji untuk anda.Malah bukan itu sahaja, manfaat lain adalah seperti yang boleh anda baca disini.
3) Simpanan.
Wang diperlukan untuk tunai haji saya percaya bakal bertambah saban tahun. Apatah lagi dengan segala kemudahan disana yang sedang giat dinaik taraf oleh kerajaan saudi. Ini bermakna lagi banyak wang anda, lagi selesa anda disana. Jika banyak wang yang sudah diperuntukkan disana, bagaimana anda rancang untuk sara hidup selepas tunai haji?. Peserta iGreatAmal, selain daripada memperoleh faedah badal haji, juga menerima faedah tunai yang boleh dikeluarkan selepas sahaja tempoh pelan berakhir. Duit ini boleh anda gunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai simpanan persaraan.
4) Kesihatan.
Tak perlu cakap banyak, kesihatan adalah kekayaan. Health is Wealth
5) Tawakal.
Apapun yang kita sudah rancang, Allah juga yang tentukan samada kita berjaya ataupun tidak untuk ke sana. Niat, perancangan dan doa harus dibuat seiring. InsyaAllah.
CERITA KLIEN DAN AYAM-AYAMNYA.
Selepas mesyuarat itu, maman bergegas ke KL Sentral kerana ada temujanji dengan klien untuk serah dokumen polisi. Walaupun klien ini menghantar wakil beliau, namun pertemuan 15 minit itu memberi banyak pengajaran pada saya.
Maman belum lagi menjadi seorang perunding takaful yang hebat, menjadi serba salah pula apabila klien kata ‘kita jual ayam sahaja, bukan macam orang jual insurans’. Itu jawapan apabila maman tanya beliau apa bisnes yang sedang beliau usahakan sekarang.
Beliau pada hemat maman sekadar mahu merendah diri, mungkin agar perbualan tidak terlalu protokol. Walaupun beliau tidak kenal maman dan hanya mewakilkan rakan niaga untuk ambil polisi sahaja, tetapi sudi bercerita serba sedikit tentang perniagaan yang beliau jalankan. Hanya kerana rakannya adalah klien maman.
Walaupun menjual ayam, beliau mempunyai 10 cawanngan di beberapa taman perumahan. Setiap taman mempunyai kepadatan 500 orang. Sasaran jualan hanya 10% iaitu 50 orang yang menjadi pelanggannya setiap hari. Jika seekor ayam kampung berharga RM18, sehari jualan adalah RM RM18 x50 = 900. Jika dikali dengan 10 cawangan, jualan sehari adalah RM9000. Gerai hanya berbentuk kiosk sahaja.
Bunyi bising orang makan tengahari tidak menghalang maman untuk fokus kepada cerita beliau yang bertambah menarik.
“Kita tak perlu menjadi tan sri jika mahu menjadi jutawan” katanya lagi. Beliau juga menerangkan bagaimana insurans/takaful sebenarnya lebih mudah dijual berbanding ayam. Dan seharusnya maman sepatutnya lebih berjaya dari sekarang.
“Semuanya bermula dari hati, jika awak masih bekerja untuk komisen. Selamanya awak akan tertekan”. Beliau juga memberi satu sikap berfikir yang mana dengan sedikit perubahan pada apa yang kita fikirkan boleh memberi perubahan yang sangat besar kepada tindakan. Mungkin disebabkan pengalaman beliau yang sudah mula berniaga sejak berusia 15 tahun (dan menjadi tauke pada usia 17 tahun), apa yang beliau cerita pada hari itu sangat terkesan pada maman. InsyaAllah dilain entri maman akan kupas perbualan tersebut dengan lebih terperinci.
Hari itu semasa menaiki LRT pulang ke Great Eastern, ketika LRT meluncur laju dari satu stesyen ke satu stesyen menyelusuri celah-celah bangunan tinggi Kuala Lumpur, maman mencatatkan semua butir-butir perbualan dalam jurnal sebelum terlupa apabila sudah mula melakukan aktiviti lain.




