Archive for the 'KomenKu' Category

Oct 30 2008

CarAura – It’s more than washing a car !

Published by under KomenKu

Jika sebelum ini maman ada mengemukakan cadangan membina rangkaian kedai kopi Kuat Cafe, kini maman akan utarakan sebuah lagi konsep bisnes yang akan menguntungkan anda para pelabur bijak. Hehe

Kali ini kita tampil dengan konsep saloon penjagaan kereta dengan sedikit improvasi kepada carwash biasa yang tumbuh dimerata kawasan mutakhir ini.

Ini mungkian satu konsep carwash gaya baru yang akan pasti memenuhi kehendak sebilangan BESAR daripada pemilik kereta terutama di ibukota.

Konsep Bisnes

Car Aura menjalankan perkhidmatan mencuci kereta. Namun begitu keistimewaan CarAura adalah dengan cucian akhir istemwa kami yang mana kami akan memberikan kereta anda satu lagi step iaitu dengan mandian air bunga dengan campuran 7 jenis bunga-bunga segar. Dengan kata lain -  Mandi Bunga!.

Ya. Jangan hadkan warisan mandi bunga ini kepada mereka yang tidak bertemu jodoh sahaja. Atau mereka yang ingin kelihatan cantik sahaja. Mandi bunga yang merupakan  pendekatan holistic ini kita boleh aplikasikan kepada perkara lain termasuk kepada kenderaan kesayangan anda.

Antara kelebihan cucian kereta dikedai maman ini ialah;

Dibacakan doa keselamatan dan dimandikan bunga agar pemilik kenderaan (terutama kereta baru) sebagai salah satu ikhtiar supaya kereta tidak ditimpa petaka atau kecelakaan atau kecurian.

Andaikata tuan punya kenderaan pun macam perlu direjuvenatekan juga maka kami  tiada halangan untuk memandikan bunga tuan punya kenderaan sekali bersama-sama dengan keretanya agar tuan punya kenderaan pun sama-sama sejahtera dengan kos tambahan yang sangat minimal.

Kami yakin, bagi mereka yang mementingkan kesejahteraan menyeluruh, selain daripada segala jenis insurance dan permanduan berhemah, mencuci kereta cara kami ini pasti menjadi pilihan saban minggu..

Pengiklanan dan Pemasaran

Contoh teks promosi:

Hairan kenapa kereta anda asyik calar balar walaupun anda seorang pemandu yang sangat berhemah? Asyik terlibat dalam kemalangan? Rasa tidak selamat djalan raya dengan road bullies dan pemandu lain yang ganas? Dapatkan ketenangan dengan MENYUCIKAN kereta anda di CarAura !!

Maka …

Jadi para pelabur, apa tunggu lagi.  Cepat melabur dalam rangkaian car wash maman ni pula.. Cheers!!!

Prospek bisnes : Konsep mandi bunga ini akan diluaskan kepada Cuci Rumah Air Bunga jika sambutan car wash ini memberangsangkan.. bleh masuk nescafe kickstart x??
:)

2 responses so far

Jun 28 2008

Lagi pasal Ayat Ayat Cinta

Published by under KomenKu

Semasa maman membeli novel Ayat-ayat Cinta beberapa bulan yang lalu, maman tidak sempat untuk membacanya sehingga tamat. Novel Indonesia yang telah dikeluarkan versi Malaysia itu maman hadiahkan kepada anak buah maman semasa cuti sekolah tempohari.

Sehinggalah filem Ayat-ayat Cinta keluar dipawagam, maman masih belum dapat menikmati hasil karya BEST SELLER di negara asalnya ini. Akhirnya hari ini maman dapat juga membaca sehingga ke lembaran terakhir novel yang maman muatturun daripada internet. Walaupun berbahasa Indo namun ianya mudah difahami.

Novelnya memang bagus, mengenali watak-watak Fahri, Aisha, Maria dan Noura memang mengharukan.

Sebelum maman menulis entri ini, maman telah berkesempatan menonton filemnya.

Menonton filem tidak seperti membaca novelnya dan membaca novelnya tidak seperti menonton filemnya. Kebiasaannya sesuatu perkara itu lebih menarik bila on paper berbanding dengan keadaan yang sebenar.

Proposal juga nampak begitu terancang, tersusun, teratur diatas kertas. Perlaksaanaannya masih belum tentu. Aturcara majlis pun begitu, begitu terancang dan tersusun tetapi keadaan yang sebenarnya?? masih tandatanya. Rakan siber di Facebook atau MySpace atau Friendster yang anda kenal cantik, baik dan menawan kadangkala TIDAK SAMA bila anda berjumpa LIVE.

Begitula ibarat kalau anda ingin membandingkan Filem Ayat-ayat Cinta dengan Novel Ayat-ayat Cinta. Walaupun filemnya tidak mengecewakan dan masih berupaya untuk meruntun perasaan anda dengan lakonan cemerlang disampaikan oleh pendukung-pendukung wataknya, tetapi tulisan ceritanya (novel) tetap lebih menarik untuk dihayati.

Dalam filem, kita tidak boleh mengharapkan hasil/kesan sebaik novelnya.

rainti.jpg rianti-fahri.jpg

pengsan tak? VJ MTV Indonesia, Rianti Cartwright memegang watak gadis solehah bernama Aisha

Membaca novelnya membantu anda lebih mengenali setiap watak yang dilakonkan dan memahami susur galur jalan cerita di dalam filem. Jiwa sebenar ada dalam novel.

Melalui filem, anda akan menilai kreativiti dengan sisi yang lain. Malah ada adegan yang ditukar dan diimprovisasikan supaya filemnya lebih segar. Dan sebenarnya anda menilai dan menghayati dua karya seni yang berbeza walaupun kedua-duanya berkongsi isi yang sama.

Apa yang lebih penting dari itu adalah deretan mesej yang terbit daripada Novel dan filem daripada seberang ini untuk kita hayati. Mesej yang disulam dengan berhati-hati dalam jalan ceritanya adalah lebih mengagumkan maman selain daripada gaya tulisan penulis novel dan lakonan cemerlang para pelakonnya.

Mengenangkan kesungguhan pengarahnya seperti yang dinyatakan di blognya hanungbramantyo.multiply.com  maman kasi salute untuk dia kerana berjaya menghasilkan karya ini.

2 responses so far

Jun 20 2008

Ayat-ayat Cinta The Movie

Published by under KomenKu

Akan Datang Sedang ditayangkan di pawangam berdekatan

Untuk mendapat lebih kepuasan menonton filem ini, anda perlu juga baca novelnya terlebih dahulu.

Bagi yang belum membaca Novel Ayat-ayat Cinta bolehlah muaturun dipautan ini

http://www.esnips.com/doc/b9271c64-5818-4a97-9ffb-b5343f4c62f1/Novel-Ayat-Ayat-Cinta

No responses yet

« Prev