Archive for the 'KomenKu' Category

Mar 05 2009

Majalah IM Edisi ke 11

Published by under KomenKu

Apakah persamaan antara item berikut;

1) Muffin

2) Cup Cake

3) Pemasaran Internet

(selain daripada boleh mendapatkan duit dari ketiga-tiganya)

Persamaan yang ketara adalah, untuk memastikan ketiga-tiga produk ini menyelerakan ia bergantung kuat kepada resepi yang digunakan oleh pembuatnya.

Kepakaran tukang masak diukur dengan kemahiran mereka mengadunkan bahan daripada resepi menjadi muffin yang lazat. Kepakaran usahawan internet pula diukur dengan kemahiran usahawan yang mampu menjadikan resepi pemasaran internet satu perniagaan yang memberikan pulangan.

Sebaliknya, tukang masak yang membuat muffin daripada zero adalah boleh disamakan dengan Usahawan Internet yang menjual produk online daripada scratch.

Oleh itu, ramailah yang berebut-rebut mahu belajar resepi daripada Chef Wan. Begitu juga usahawan internet yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang menuntut resepi berniaga online daripada barisan otai usahawan internet / internet marketer (IM) seperti Adly Mukhtar, Zhafran, Galadriel, Zamri Nanyan, Smartzul, Alang, Zamri Mohamad, Hairul, Mohd Amirol, ShueQry dan Fatin Pauz.

Sesiapa pun termasuk anda, akan mudah terangsang untuk mengetahui apakah resepi rahsia BESAR yang bakal mereka dedahkan?.

Maka teruskan membaca..

Sebelum itu maman mengandaikan anda adalah pengguna tegar internet yang ingin mengetahui perkembangan dunia internet dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, juga anda merasakan satu bonus jika sekurang-kurangnya anda bakal merasa imbuhan wang daripada aktiviti internet anda. Ya/tidak?

Juga maman mengandaikan anda merupakan bakal usahawan internet yang belum lagi membuat keputusan mempertimbangkan samada untuk menjual produk fizikal online, produk digital (seperti ebook),perisian, atau untuk menjual perkhidmatan atau servis. Anda juga mungkin sedang mencari maklumat pengenalan kepada servis/perkhidmatan  dan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di interenet yang boleh anda jalankan secara online. Ya/tidak?

Jika anda mahu terlibat dalam dunia perkhidmatan pula, Maman mengandaikan anda akan mudah teruja apabila diberitahu bagaimanakah servis itu satu cabang IM yang lumayan lantas anda terasa penting bagi anda untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana melakukan pemasaran untuk servis anda. Ya/tidak?

Maman juga mengandaikan anda sudah biasa mendengar perkataan ebook dan anda sangat teruja bila mengetahui bagaimana menjadikan ebook sebagai medium mempromosikan perkhidmatan anda. Ya/tidak?

Satu lagi, sepertimana masalah kebanyakkan pengguna internet tegar yang lain, maman mengandaikan anda masih tercari-cari tips paling berkesan bagaimana untuk fokus dalam perniagaan internet anda. Ya/tidak?

Jika kebanyakkan daripada andaian-andaian maman ini anda jawab YA. Maka anda adalah insan yang paling berhak untuk mengetahui rahsia BESAR yang saya sebutkan diawal entri ini.

Sekarang, baca semula perkataan yang BERGARIS diatas.

Jika anda adalah pengguna internet tegar yang berhak untuk mengetahui rahsia-rahsia tips bagi perkatan yang digariskan itu, maka dapatkan MajalahIM sekarang. Perkataan yang maman gariskan itu adalah antara topik-topik menarik yang boleh anda tatap dalam keluaran terbaru ezine  PERCUMA – Majalah IM  edisi ke-11 ini. Topik-topik ini ditulis khas untuk anda oleh nama-nama besar usahawan internet yang telah maman sebutkan diatas.

Jadi, tunggu apa lagi, tibalah masanya untuk anda mencuba sendiri resepi rahsia yang dikongsikan oleh otai-otai IM dalam satu-satunya ezine IM berbahasa Melayu ini. Jadikan perniagaan online anda adalah muffin yang bukan hanya sangat menyelerakan, tetapi boleh memberikan anda pendapatan lumayan.

Ayuh, MUAT TURUN SKG

P/S : Bonus untuk anda yang membaca keluaran ke 11 ini kerana kali ini MajalahIM menyiarkan interviu istimewa Bersama Kartunis UBI yang juga seorang usahawan internet tersohor. Baca pengalaman UBI dan belajar daripada kisah beliau.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Download sekarang!.

*Banyak lagi topik ezine ini (seperti tips dan advise menarik) yang tidak disiarkan dientri ini kerana maman mahu anda meneroka sendiri majalahIM ini. Download sekarang juga!.

Selamat membaca!

One response so far

Feb 19 2009

Majalah IM Edisi ke 10

Published by under KomenKu

Majalah IM

Pertama kali pelayar web ini menjejaki laman web Majalah IM, hati mudah teruja untuk meneroka apa yang ditawarkan. Laman web yang menyediakan ezine untuk pengemar Perniagaan Internet ini rupa-rupanya telah menerbitkan beberapa siri majalah online dan yang terkini adalah keluaran mereka yang ke 10. Tanpa berlengah, maman muaturn edisi terbarunya untuk memenuhi rasa ingin tahu yang tinggi ini. Nampaknya masa yang maman laburkan berbaloi kerana ezine Majalah IM keluaran ke 10 ini adalah lain daripada yang lain.

Jika anda masih tercari-cari panduan berniaga gaya online, teruskan pembacaanya anda..

MajalahIM tampil berbahasa Melayu dan susun aturnya ringkas. Penggunaan warna dan gaya bersahaja membuatkan pembacaan lebih relaks. Ini juga bermakna ianya selesa dibaca terutamya melalui skrin komputer anda.

Kata aluan editor menyermarakkan mood untuk menyelongkar isu terbaru majalah yang sudah satu tahun bertapak ini iaitu – eBay sebagai sumber pendapatan.

Ya, bagi pengemar internet seluruh dunia, jenama eBay bukanlah sesuatu yang asing. Jadi sudah pasti isu kali ini memberi ruang kepada anda untuk menyingkap semula segala ilmu yang berkaitan dengan ebay. Bagi yang masih tertanya-tanya bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan melalui eBay, isu Majalah IM kali ini ada jawapannya. Banyak yang boleh anda ketahui berkenaan eBay yang dikupas menarik dalam keluaran kali ini.

Tahukah anda siapakah satu-satunya orang Melayu yang dinobatkan sebagai Education Specialist Trained by eBay? Tahukah anda bagaimana mempromosi jualan eBay anda melalui blog?

Cari jawapannya di MajalahIM.

Bagi anda yang dahagakan tips-tips menarik, pelajari 3 tips mudah membeli di eBay. Ketahui juga kaji selidik sebelum memasuki pasaran jualan. Bukan itu sahaja, banyak lagi yang anda boleh pelajari dalam keluaran MajalahIM kali ini.

Selaku pengunjung yang baru pertama kali melayari dan memuaturun ezine ini, maman merasakan ianya perlu ada bagi setiap mereka yang merasakan anda adalah peminat tegar perniagaan online. Apatah lagi ianya didatangkan kepada anda secara PERCUMA!. Jadi tunggu apa lagi..

Jangan berlengah. Download MajalahIM ini sekarang!

7 responses so far

Feb 08 2009

PGLM III

Published by under KomenKu

okay, FYI N3  ni bukan entri FILLING IN THE GAP macam N3 sebelum ni. ahaks. 

Menyaksikan teater PGLM III adalah menyaksikan impian menjadi kenyataan bagi seorang pecinta seni bernama Tiara Jacquelina. Hasil yang dapat kita lihat ini adalah kerja keras dan komitmen yang tinggi.

ib.jpg

SEBELUM MENONTON

Maman menjadi teruja untuk melihat teater ini apabila membaca laporan demi laporan yang mengatakan bahawa IB FULL HOUSE sepanjang pementasan PGLM I dan PGLM II. Sekiranya PGLM III tidak ditonton oleh mereka yang tidak berkesempatan menonton dua siri musikal ini sebelumnya, maka ianya satu kerugian. Bagi yang telah menonton pula, pementasan kali ini perlu ditonton kerana banyak pembaharuan dan improvisasi ada dalam naskhah terbaru ini. (tips: track rekod yang baik adalah satu alat yang sangat membantu untuk menjual produk anda)

pgl1.jpg

Antara yang menarik perhatian maman ialah, tiket SOLD OUT awal. Bagi anda yang baru mencari-cari tiket pada waktu ini mungkin ianya sudah terlambat. Maklumlah sebelum tiba hari pertama pementasan, tiket telah habis dijual. Jika anda tidak dapat menontonnya, baca sahajalah pengalaman mereka yang sudah menonton yang banyak dimuatkan internet dan juga media cetak beberapa hari ini.

Tiket yang dijual online dan offline bergerak laju. Ini merupakan satu strategi bisnes yang sangat berjaya walaupun mungkin mencabar untuk melakukanya. Contohnya, jika anda penulis buku dan dapat menjual semua buku anda sebelum dilancarkan, bukankah ianya memberi perbezaan besar kepada sejarah yang bakal ditempa oleh buku tulisan anda itu nanti?.

SELEPAS MENONTON

Maman antara yang merasakan puas hati selepas melangkah keluar daripada Istana Budaya. Spektakular yang dihasilkan melalui skrip, penghayatan lakonan, rekaan set, kareografi, lampu, susunan muzik dan lagu-lagu yang dialunkan sangat menyentuh. Dengan set kostum yang extravaganza telah meletakkan naskhah teater ini pada satu kelasnya yang tersendiri. Eleman silap mata yang dikatakan magis juga satu pembaharuan berani yang menarik.

Jika perlu diperbaiki pun hanyalah dari segi sound system yang tidak berapa lancar dan maman merasakan watak Hang Tuah kurang menyengat lakonannya.

pgl3.jpg

Namun begitu, melihat lebih daripada sekadar teater dan hiburan ringan, pengajaran paling besar maman perolehi adalah rasa syukur kerana kita adalah insan yang bernasib baik. Tiara masih boleh berkarya dan orang macam maman masih boleh menikmati karyanya. Disini dalam suratkhabar, kita masih digalakkan makan bijirin sedangkan bila kita belek dimukasurat sebelah..? ;

pgl2.jpg

Siapalah yang tak tersentuh… Adakah kakak budak dalam paper ni sibuk bimbang tidak dapat tiket teater yang MOVING FAST? Sempatkah ibubapa budak ni nak kesah pasal makan sarapan bijirin sambil kagum dengan rekaan set dan kostum teater yang katanya ditaja penuh oleh Terengganu Royal Songket?

ado?

One response so far

« Prev - Next »