Archive for the 'KomenKu' Category

Jun 20 2011

Konvensyen Ejen Takaful 2011

Published by under Berakit ke hulu,KomenKu

Kali ini dengan kehadiran lebih daripada 500 orang peserta daripada pelbagai syarikat penyedia takaful ke Konvensyen Ejen Takaful 2011 di PWTC, sambutan tahun ini dilihat lebih meriah apabila beberapa syarikat takaful yang baru memperolehi lesen turut serta dalam aktiviti yang berlangsung setiap tahun ini. Maman Solleh, seorang wakil Great Eastern Takaful berkongsi pengalaman yang dapat beliau kutip pada penyertaan pertamanya tahun ini buat titipan rakan-rakan yang tidak dapat hadir.

Semasa pihak Great Eastern menjemput maman untuk menyertai konvensyen ini, maman teruja kerana diberi peluang untuk dapat turut serta berhimpun dengan semua wakil-wakil takaful 1Malaysia. Dikhabarkan penyertaannya datang dari segenap ceruk negara.

Paling berharga maman dapat menimba pengalaman daripada barisan speaker hebat yang telah dijadualkan akan beraksi dipentas yang kali ini membawa mesej  ‘menggapai kecemerlangan bersama takaful’.

Secara peribadinya, Sessi 1 oleh Tuan Hj Rafie Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya pada permulaan majlis memberi impak istimewa. Walaupun kebanyakan isi kandungannya lebih kepada menguruskan wasiat, namun gaya penyampaiannya yang versatil menjadikan pembentangannya sangat menarik. Sehingga entri ini ditulis, maman masih menunggu pihak penganjur memberikan email slide powerpoint beliau seperti yang telah dijanjikan. Akan maman kongsi kemudian nanti. Jika ada lagi sessi oleh beliau pada masa akan datang, maman galakkan anda hadir. InsyaAllah berbaloi.

Kebangkitan industri takaful dibincangkan dalam sessi ke 2 iaitu forum yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Tarmidzi (yang baru-baru ini telah singgah di Great Eastern menyempurnakan taklimat A-B-C of Takaful). Ustz Mohd Fauzi Mustaffa (Perunding Motivasi) maman kira adalah panel paling menarik dalam menyampaikan buah fikirannya. Jika anda pernah melihat iklan Jus Tok Guru mungkin perasan gambar beliau yang tersergam sebagai jurucakap produk tersebut. Panel lain adalah Dr Aznan Hassan (Asst Prof, UIAM) dan Associate Prof. Dr Mohamad Akram Laldin (Exec. Director Int Shariah Research Academy for Islamic Finance).

Menariknya semasa sessi soal jawab pula, sambutan sangat hangat dari peserta. Masing-masing berebut mikrofon untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel.  Antara yang mendapat perhatian peserta adalah kebimbangan mereka apabila begitu banyak lesen takaful telah dikeluarkan kepada pengendali insurans konvensional. Isu akhlak (terutamanya pakaian-aurat) yang mana didakwa tidak mencerminkan kesucian produk takaful yang diketengahkan. Isu bukan muslim yang dibenarkan memasarkan produk takaful pun ada juga. Isu syarikat takaful yang lebih takaful daripada takaful yang lain pun ada juga disuarakan. Wakil takaful dikatakan sebagai Mujahid Takaful, tetapi sedihnya yang lain dari syarikat mereka menjadi Mujahat Takaful pula. Dan banyak lagi isu menarik… anda perlu hadir sendiri untuk merasa keHANGATannya. hehe.

Paling melekat dalam ingatan maman adalah apabila panel menegaskan, sebagai wakil ataupun perunding takaful sepatutnya anda beramai-ramai berebut-rebut untuk mengajak orang ramai diluar sana menjauhi riba. Bukannya berebut-rebut untuk menjatuhkan orang sesama industri pula. Persaingan adalah risiko yang sukar dielakkan dalam perniagaan. Peserta diajak untuk berfkir secara lebih kreatif untuk menambat hati pelanggan, bukannya dengan memburuk-burukkan syarikat lain. (anda ada idea untuk dikongsi? sila komen)

Sessi ke-3 kami diberi pilhan untuk 2 sessi yang berbeza. Maman memilih untuk mendengar tajuk MDRT daripada Puan Laila Johari dan suami beliau Sdr Mohamad Manmohan Abdullah. Puan Laila Johari yang sesekali tersasul menjadi L.Jo adalah seorang ahli MDRT seumur hidup dengan 21 tahun menggondol anugerah MDRT saban tahun.

Apa rahsia beliau? Selain panduan yang beliau kongsi dalam memilih network, beliau maman perhatikan mempunyai personaliti yang menarik. Sama seperti mana-mana MDRT yang anda jumpa, nasihat terbesarnya adalah ‘meet people’ secara konsisten bilangannya. Dalam pada itu, kata beliau, senjata yang paling tajam tetapi tidak ramai yang gunakan adalah; DOA. Beliau menggalakkan solat hajat sebelum pergi berjumpa pelanggan yang ‘sukar’, juga solat duha sebagai pembuka rezeki.

Sessi ke-4 yang merupakan sessi terakhir dilaksanakan dengan jayanya oleh ustaz selebriti, Ustaz Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin. Walaupun ada  seorang daripada peserta mengatakan ini merupakan sessi yang paling kurang relevan dengan objektif konvensyen ini tetapi maman pula berpendapat, input yang disampaikan sangat penting dan kritikal untuk membina sahsiah yang betul. Maman akan olah apa yang dibentangkan oleh beliau dalam entri yang akan datang untuk mengelakkan entri ini menjadi terlalu panjang pula.

Antara yang menarik, maman nanti mahu kongsi tentang bagaimana seorang wakil takaful itu seharusnya melihat kerjaya mereka?.  Adakah bekerja kerana komisen, atau kerana manager atau kerana Allah?. Kira-kiranya bolehlah maman katakan terus mendapat satu sudut lain dalam memandang industri takaful ini. Ustaz selebriti ini juga ada bercerita tentang konsep jual ikan, yang maman akan share dalam entri yang akan datang tak lama lagi.

Sebelum kami beredar pulang, kami telah dimaklumkan konvensyen ini bakal diadakan lagi tahun hadapan. Jika anda berpeluang untuk turut serta, maman nasihatkan jangan ketinggalan!

Maman berikan tahniah untuk penganjur. Dipanjangkan umur kita jumpa di Konvensyen Ejen Takaful 2012. InsyaAllah.

P/S: Jika anda juga salah seorang peserta yang hadir, dijemput tinggalkan komen/kongsi pengalaman anda dibawah.

 

No responses yet

May 28 2011

CLAIM MEDICAL CARD GREAT EASTERN

Published by under KomenKu

Telah sekian lamanya, banyak syarikat insurans/takaful muncul dengan pelbagai produk untuk menarik perhatian dan memenuhi keperluan pelanggan.

Perunding insurans/takaful daripada syarikat masing-masing ini pula bermatian mempertahankan bahawa produk mereka adalah yang terbaik didunia walaupun ____________  (isi sendiri). Disebabkan oleh persaingan sengit ini, seringkali terdapat segelintir perunding insurans/takaful mengambil pendekatan kpd bakal pelanggan seperti ahli politik pula –> “if u cannot convince them, confuse them”. LIDAH TIDAK BERTULANG!

Semalam di Himpunan Sejuta Belia – Hari Belia Negara Mei 2011 Putrajaya, maman pun baru sahaja diconfusekan oleh perunding takaful company sebelah yang ‘kondem kaw2′ medical card Great Eastern sejurus apabila maman membalas pertanyaannya dengan menyatakan maman sudah memiliki Medical Card daripada Great Eastern  (mungkin kerana dia tidak tahu maman adalah wakil Great Eastern Takaful). Yang sedihnya, apa yang diperkatakan oleh beliau berkenaan ciri-ciri keburukan-keburukan medical card Great Eastern itu adalah langsung tidak benar sama sekali. Lebih menarik, sempat pula beliau memberi amaran ‘Encik jangan menyesal’ kepada maman apabila maman meminta diri tanpa mahu meneruskan bicara.

***

Sebenarnya apakah produk insurans/takaful yang benar-benar terbaik untuk anda?

Adakah dengan memiliki produk yang dikatakan terbaik itu (yang dipakejkan bersama-sama dengan agennya yang bermulut celupar suka tabur fitnah dan dakyah sesuka hati itu) tergolong dalam PRODUK YANG HEBAT?.

Adakah produk yang menang award (tetapi kurang mendapat perhatian pelanggan) itu yang terbaik?

Adakah yang ramai orang langgan itu yang terbaik?

Adakah mendapat seorang agen yang baik sudah memadai (walaupun pelan yang ditawarkan tiada istimewanya)?

Maman percaya, tidak kira dari syarikat mana, produk insurans/takaful yang terbaik untuk anda adalah pelan yang masih inforced dan MAMPU melunaskan tuntutan anda jika musibah berlaku. Hebat macamana pun sesuatu produk jika anda berhenti meneruskan premium payment, ianya tidak berguna sama sekali.

Ramai client maman yang mempunyai pengalaman dengan syarikat lain berkongsi cerita betapa peritnya mereka apabila tiba masa membuat claim. Sedangkan masa penerangan produk, semuanya manis-manis. Ini bermakna, pengalaman membuat tuntutan adalah tidak sama dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain. Malah ada yang menyatakan, syarikat dan perunding mereka seakan-akan cuba melarikan diri pun ada.

Adakah disebabkan kekangan dana membuatkan ada syarikat yang strict dan ada syarikat yang mudah membuat claim? #spekulasi shj. :P

Apalah gunanya anda memiliki polisi insurans/takaful jika rumit untuk membuat tuntutan?

Semalam maman menerima cek daripada Great Eastern untuk seorang klien yang baru sahaja 8 bulan menjadi pelanggan maman;

Nama Pelanggan : Dirahsiakan
Simpanan bulanan : RM300
Jenis pelan : Plan Investmentlink berserta Medical Card
Sebab masuk hospital : Sakit Mata
Masuk hospital : 1 hari shj
Jumlah Bil : RM 1,428
Jumlah cek oleh Great Eastern : RM 1,437 (termasuk RM200 daily hospital income)
Masa diambil untuk memproses (keluarkan cek) : 8 hari

Claim RM 1,237.60

Claim Daily Hospital Income RM200 per day

Masih panas dari oven. Oleh kerana maman tidak serajin blogger-blogger seperti daripada syarikat sebelah nak korek claim2 dulu-dulukala semata-mata nak tampal di blog, maka, mana yang ada sahajalah ya maman paparkan.

Claim ni tidaklah banyak tapi kebetulan dah ada ni maman blogkan shjlah sebagai gambaran bagaimana medical card coverage ini membantu menyelamatkan wang anda melunaskan bil hospital. Ini adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan claim yang diluluskan oleh Great Eastern saban tahun. Untuk makluman, daripada Januari sehingga March 2011 ini sahaja, jumlah claim yang telah dikeluarkan oleh Great Eastern adalah RM 128.9 Million. Bukti Great Eastern mengotakan kata seperti yang dijanjikan dalam kontrak.

Tanya perunding yang approach anda itu, dalam masa 3 bulan pertama ini, berapakah claim yang dikeluarkan oleh syarikat mereka pula?. Anda Bandingkan.

Andai anda tahu bahawa aset milikan GE adalah yang terbesar, anda tahu Great Eastern sememangnya MAMPU menguruskan walau berapa pun claim yang anda tuntut.

Sumber : Bank Negara (Statistik tahun 2010)

Tiada ketenangan fikiran selain memiliki keyakinan bahawa syarikat yang anda langgan sekarang sememangnya MAMPU menguruskan dengan baik atas tuntutan anda dikemudian hari.

Inilah sebaik-baik pelan yang terhebat untuk anda dan bukannya hanya pelan yang bertanam tebu di tepi bibir.

Seperti biasa klik LIKE dibawah dan Cepat2 email maman untuk mendapatkan satu medical card yang bereputasi tinggi untuk anda sekeluarga. :)

info[at]mamansolleh.com

No responses yet

May 15 2011

Sejadah Kaabah

Published by under KomenKu

Cerekarama TV3 yang tampil dengan Sejadah Kaabah kali ini menyajikan satu kisah rakyat marhaen yang menarik untuk kita ambil iktibar.

1) Perancangan Kewangan.

Kematian ketua keluarga yang tidak mewariskan bekalan kewangan yang mencukupi kebiasaannya mempunyai potensi untuk menjerumuskan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan menanggung beban kewangan yang perit dan memakan masa yang lama. Ini tidak termasuk beban emosi yang terpaksa dialami. Apatah lagi jika isteri tidak bersedia. Mujur kebolehan untuk masak nasi lemak dan menjahit boleh sekurang-kurangnya menjadi punca pendapatan. Bagaimana jika tiada kemahiran?. Bagaimana mahu menyara Hutang kereta? Rumah?

Pendidikan anak yang ditinggalkan juga berkemugkinan terjejas kerana terpaksa meniaga yang akhirnya membahayakan nyawa anak yatim ini semasa gigih menjual nasi lemak menaiki basikal.

Dan jika anak berjaya pun, adakah simpanan kewangan pendidikan tingginya sudah tersedia?. Pelan perlindungan takaful terutamanya atas ketua keluarga maman tekankan sangat penting. Apatah lagi jika ada isteri dan anak-anak yang bergantung penuh atas pendapatan anda.

Tidak keterlaluan jika maman katakan masalah bertimpa-timpa atas keluarga malang terjadi ini atas kesilapan dan kegagalan ketua keluarga yang gagal atau terlalu lambat untuk merancang kewangan keluarga setelah beliau telah tiada semasa hayatnya dikandung badan.

Andai arwah meninggalkan cek RM100,000, adakah jalan kisah ini akan berubah? mungkin tidak seteruk ini.

2) Semangat Keusahawanan

Menjual nasi lemak atau apa pun termasuk menjadi wakil takaful memerlukan semangat tinggi dan tegar. Maman kagum dengan usaha memupuk semangat ini pada penonton. Tahniah.

Maman pernah banyak kali juga kena tangkap dengan guard terutamanya dipusat-pusat membeli belah kerana mengedarkan risalah produk Great Eastern Takaful tanpa kebenaran.

Persoalannya, dihalau oleh penguatkuasa akan menjadikan anda lebih rasa kerdil atau menjadikan anda lebih rasa tegar? Ini akan menentukan tindakan anda selepas itu. Samada semakin kuat berusaha ataupun terus berputus asa.

3) Hubungan anak dengan ibubapa.

Dalam ramai-ramai anak, sentiasa akan ada anak yang tidak akan menghargai jasa yang dicurahkan oleh orang tua semasa muda. Anak yang baik meninggal awal dan anak yang jenis parasit pula yang takdir umurnya panjang, dia akan terpaksa menjaga kita bila tua nanti. Redhakah kita?

Oleh sebab itu, selain merancang untuk pendidikan anak, ibu bapa masa kini PERLU merancang hari tua anda sendiri. Fikir semula, elakkan diri anda bila sudah meniti usia emas baru tersedar bahawa anda sudah habiskan SEMUANYA untuk anak. Jika berlaku, ianya sudah terlambat.  Janganlah berharap anak merupakan pelaburan anda dimasa hadapan. Dahulukala mungkin ya TETAPI tidak di zaman mellinium ini. Anak adalah tanggungjawab untuk kita besarkan namun simpan sedikit wang untuk masa tua anda, terutamanya ketika anda masih muda dan sihat untuk menjana pendapatan. Bila meniti usia emas, keperluan yang sangat asas seperti medical card dan simpanan untuk sara hidup anda sendiri seharusnya sudah tersedia.

Juga jangan sesekali korbankan impian anda seperti ingin menunaikan haji. Watak izah dalam cereka ini yang tetap mahu menunaikan impian ibunya sehingga nafasnya yang terakhir wajar dipuji. Walaupun adengan ini mungkin sekadar untuk memancing simpati penonton namun tidakkah ini memberikan kesan apa-apa dihati anda?

Diharap penonton cerita ini menonton lebih daripada apa yang disajikan dihadapan anda.

No responses yet

Next »