Archive for the 'Cerita Agen' Category

Jan 14 2010

GE Go4More Headstart 2010

Published by maman under Cerita Agen

Apakah satu perkara terpenting yang mesti ada untuk berjaya?

Adakah ianya Attitude?

Knowledge?

Skill?

Habit?

Tidak dapat dinafikan, semua ciri diatas semangnya perlu ada pada setiap orang yang mahu berjaya dalam mengejar impian masing-masing.  Namun ada satu perkara lagi yang lebih penting sehingga kan jika tiada perkara ini sukar untuk menempa kejayaan walaupun Knowledge, Skill, Atitude, dan Habit (KSAH) sudah tip top. Apakah? Maman akan share perkara tersebut di akhir entri ini.

Kembali ke bisness…,

Separuh hari maman hari ini dihabiskan di KL Convention Center, menghadiri Go4More Headstart 2010, yang merupakan antara event penting bg kebanyakkan perunding insurans GE dalam memulakan tahun 2010. Untuk rekod, ini adalah pertama kali event ini diadakan di luar Menara GE.

Berkongsi dengan 3000 perunding insurans yang lain, hari ini diumumkan destinasi yang bakal menanti  mereka yang layak untuk Supremacy Summit 2010. Untuk rekod juga, ini adalah pertama kali event ini diadakan dengan kehadiran agen yang sebegini ramai.

Diringkaskan, 2010 ini Supremacy Summit Qualifier akan ke;

South Africa, Inner Mongolia, Taiwan

South Africa, Inner Mongolia, Taiwan

1) South Africa  (Excellence Award)
2) Inner Mongolia – (Premier Award)
3) Taiwan – (Elite Award)

Maka tunggu apa lagi, Get Set! Ready! Go!…

***

Headstart 2010 ini diakhiri dengan sessi motivasi yang membakar semangat mereka yang hadir hari ini untuk mengejar setiap hajat dan setiap impian dengan persiapan The Mental Warrior.

ini pesan motivator sebelum mengakhiri sessi beliau;

“Apabila isteri saya menyerahkan cek bernilai RM400,000 kepada seorang balu yang baru kematian suaminya, saya dapat rasakan bagaimana sebak dan tersentuh perasaannya ketika itu.  Walaupun wang sebanyak ini tidak mampu untuk menggantikan suaminya yang telah tiada, tetapi sekurang-kurangnya kehidupan balu itu dan pendidikan anak-anaknya sekurang-kurangnya telah terjamin. Tidak hidup meminta-minta. Sedarlah bahawa kuasa untuk memberi perubahan kepada kehidupan seseorang seperti ini ada di tangan anda, para agen insurans.”

Itu antara kisah benar yang dikongsi oleh suami seorang perunding insurans yang telah berjaya U2 Kumar, the invited speaker yang juga merupakan anak didik Dr. Lawrence Walter Ng yang memberikan ceramah motivasi penuh semangat sebelum 2010 Head Start Go4More ditamatkan pada jam 6.00 petang. Secebis kisah yang mungkin pada kita tidak berapa menarik tetapi memberikan makna yang sangat besar (life changing moment) kepada yang mengalaminya.

***

Kembali kepada persoalan yang maman utarakan dipermulaan entri ini, yang sebenarnya ia adalah merupakan petikan daripada ucapan pembukaan majlis ini tadi oleh Mr. Koh Yaw Hui, Great Eastern Director & CEO, yang masih melekat dalam mendula oblangata ini. Perkara terpenting yang dimaksudkan itu adalah PELUANG.

Jika anda semua tidak mempunyai atau tidak diberikan sebarang peluang, sukar untuk mengecapi apa yang anda impikan. Berusahalah sekeras mana sekalipun, KSAH tip top mana sekalipun.. jika tiada peluang, ianya tetap sukar. *mungkin anda pernah mengalaminya?, tak kiralah kerja sendiri atau kerja untuk majikan.

Istimewanya untuk semua yang sudah menyertai industri (insurans) ini, peluang untuk berjaya atau mengubah hidup itu memang sudah terbentang depan mata. Very loud and clear. Hanya tinggal kita untuk mendapatkannya.

P/S : untuk semua klien maman, my loved one (familylah), dan semua yang memberi makna dalam hidup maman, (Everything I Do) I Do It For You

Find out more about Life Protection  Planning, Children Education Planning, Health/Medical Card and Retirement Planning, contact me:

No responses yet

Jan 09 2010

Harapan 2010

Published by maman under Cerita Agen

Maman membuka tirai 2010 dengan gemerlap bunga api di KLCC. Hajat mahu cuba tangkap gambar bunga api tapi sayang kamera pula habis bateri pada hari kejadian. Hanya dapat share dengan MM je, itupun jadi le. Nak cerita lebih pasal New Year pun sudah basi. Walau dah lama berlalu, maman ucap juga selamat tahun baru.

Sudah dua hari ni maman demam. Hari ini demam berkurang tapi batuk dan selsema pula semakin menjadi-jadi. Sedilix DM dan uphamol yang ada dalam simpanan tu maman perabiskan. Dalam nak rehat, maman gagahkan juga ke Great Eastern untuk mendengar perancangan Bumiputera Business Development Unit (BBDU) sepanjang tahun 2010 ini.

Badan rasa ringan semacam je, mungkin sebab terlebih makan ubat. Cepat-cepatlah sembuh wahai tubuh, pinta maman dalam hati. Dalam rehat yang panjang, tiba-iba maman terkenang blog nan sepi ini. Lalu maman tarik laptop untuk mencoret sesuatu diperbaringan ini. Biar segar semula blog ini ditahun baru.

Kembali ke bisnes…,

Menyorot kembali, 2010 bakal menjadi tahun yang mencabar. Tahun yang mendebarkan bagi maman kerana ini tahun pertama bergelar perunding insurans sepenuh masa selepas maman tinggalkan semua (kerja tetap dan simpanan menjadi korban – pada usia sudah 3 series ni pun hidup masih tak stabil lg -> geleng kepala). Matlamat yang menjadi hasrat hati memang tinggi. Kalau ditulis takut memalukan diri sendiri. Tetapi lagi disimpan dalam hati lagi takut kalau ianya semakin jauh terpendam lalu perlahan-lahan terpadam, jadi biar sahaja maman abadikan disini. Biarlah apa orang lain nak pandang atau kata, sesen pun tak luak duit kita.

Sebab itu kata orang yang berjaya, matlamat jika tidak ditulis atau ditinta, jarang yang bakal terlaksana. Tidak kira besar atau kecil impian kita, write it down. Itu tips yang maman terima. Impian dan harapan ini kadangkala boleh menjadi satu-satu nya sebab untuk kita meneruskan kehidupan ini. Jika sudah putus harap, seolah-olah hidup itu pun sudah malap.

Tahun 2010 ini maman mempunyai angan besar menjadi seorang sales producer yang layak untuk Supremacy. Supremacy adalah pengiktirafan Great Eastern kepada semua agen yang memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Dalam pengiktirafan supremacy itu pula terdapat tahap-tahap tertentu juga (Honour/Elite/Premier). Namun, kata orang lama, sebagai seorang penasihat insurans, seumur hidup, busuk-busuk pun, MESTI usahakan dapat Supremacy sekurang-kurangnya sekali. ITs such an achievement for an agent (if not as an individual).

Pra syaratnya memang membuatkan maman garu kepala tetapi maman tidak mempunyai pilihan untuk tidak mengejarnya. Secara ringkasnya,

MATLAMAT : SUSUPREMACY

Target To date Shortfall
Number of Cases (NOC) 70 ? ?
Kutipan Premium Tahun Pertama (FYLP) RM 100,000 ? ?
Kutipan Premium Tahunan (ANP) RM120,000 ? ?
CPD Hours 30 Jam ? ?
Supremacy Point 1800 ? ?
Dateline 15 Dec 2010 (dlm hati target Oct) ? ?
Persistency Ratio 100% ? ?

? = kemudian menyusul

Seorang client menyatakan rasa hairan, bagaimana rasa canggung jika dia berada ditempat maman sekarang, apabila celik dari tidur sahaja tidak terasa mahu terkejar-kejar untuk ke pejabat.

Hakikatnya, menjadi perunding insurans bukanlah goyang kaki sahaja seperti teorinya. Kalau difikir-fikir, kami stress juga memikirkan bagaimana untuk mencari pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Apatah lagi nak capai target yang yang sudah sendiri tetapkan. Waktu kerja yang fleksibel adalah hanya salah satu kelebihan. Cuma kalau anda join, anda tahulah rahsia nak menangani semua ini.

Sebenarnya seronok kalau kerja sebagai perunding insurans ini kita gambarkan sebagai sebuah rancangan realiti tv, contohnya seperti anda menonton The Biggest Loser (skg Asia), yang mana setiap minggu beberapa orang perunding akan dilepaskan untuk melakukan sales dan setiap isnin berkumpul untuk review hasil dalam minggu tersebut dan masing-masing berkongsi motivasi sebagai penyuntik semangat. Cuma bezanya tiadalah penyingkiran setiap minggu.

Ramai perunding insurans yang berjaya, sangat berdisplin tetang waktu bekerja seperti orang kerja pejabat juga (malah ada yang lebih rigid). Apapun yang dibuat, kepuasan kerjalah yang menjadi ukuran. Kerja sendiri dan berkerja untuk orang berbeza dari segi cabaran, kepuasan dan HASIL. Faktor yang lain seperti kerja keras dan disiplin tinggi masih lagi (malahan amat-amat) diperlukan.

Pendek kata, bila anda merasainya sendiri… baru anda tahu.

2 responses so far

Oct 30 2009

Maka Si Oktober pun berlalu

Published by maman under Cerita Agen

Sudah dua jumaat, solat jumaat maman menepati konsep LIFO (last in first out) Datang akhir balik awal. Ingatkan hari ini boleh perbaiki, tapi ermmm hampeh juge.

Semasa entri ini ditulis, langit sudah mulai diselimut awan hitam. Bila-bila masa sahaja butiran air hujan akan menyimbah Kuala Lumpur. Rancangnya, petang ini maman akan bertolak ke kampung menziarah ibu. Lagipun maman cuba mengotakan janji kepada diri sendiri untuk pulang kekampung pada setiap hujung bulan.

Seperti baru semalam rasanya maman meraikan 30 September, sekarang sudah dihujung Oktober. Diam tak diam 2010 sudah mulai mengintai-intai.

Sebelum Disember datang berlabuh, maman bersyukur sempat melengkapkan syarat CPD hours (Continues Personal Development) yang wajib disempurnakan oleh setiap yang bergelar perunding insurans setiap tahun. Anggaplah ianya seperti kita melengkapkan credit hours semasa di universiti dahulu.

Trainning Advance Sales Programme yang berjalan selama 3 hari itu sebenarnya satu knowledge sharing yang sangat menyeronokkan. Walaupun maman belum pernah menjual insurans untuk korporat atau business owner, pendedahan dalam kursus 3 hari ini sepeti membuka mata tentang potensi besar dalam industri ini sekiranya kita mahu pergi lebih jauh daripada hanya personal sales. Dalam masa yang sama, advisor ditekankan untuk menjaga etika kerja pada tahap paling tinggi terutamanya TIDAK memburuk-burukkan produk dan perkhidmatan syarikat pesaing sebagai strategi pemasaran.

***

Prospect Client #5 yang bersetuju setkan appointment pada Khamis lalu nampaknya belum menunjukkan apa-apa signal untuk mendapatkan apa-apa plan insurans. Namun dia memberi kebenaran untuk maman review semula semua beberapa polisi yang beliau sudah miliki pada waktu ini. Selepas solat Jumaat itu juga maman menyempatkan diri membuat beberapa panggilan telefon untuk confirmkan beberpa new appointment pada minggu depan.

Malam itu, semasa maman memandu meredah hitam pekat di Lebuhraya Utara Selatan menuju kampung halaman, hujan lebat menjadi teman sepanjang jalan. Petir menyergah sekali sekala.

Mengimbas semula aktiviti maman dalam seminggu ini, walaupun tiada sebarang sales baru, maman tahu telah melakukan apa yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya minggu ini adalah lebih baik daripada minggu sebelumnya.

Hidup ini indah.. Selamat tinggal Oktober.

2 responses so far

« Prev