Archive for the 'Edisi Khas 2008 : Rebat Petrol' Category

Jul 31 2008

Baru ! Rebat tunai online

Surprise!
yang org sebut2
“untie…. ni la rebat tunai format baru.. yang ORANG sebut-sebut tyuuu…….”

Ingin tuntut rebat tetapi sudah bosan untuk beratur di Pejabat Pos? Jangan kecewa dan putus asa. Kini alami kemudahan terbaru daripada Pos Malaysia untuk memudahkan anda membuat tuntutan rebat tunai kenderaan anda.

Mulai 1 Ogos 2008, anda yang telah memperbaharui LKM kini boleh membuat tuntutan dengan meng’kredit’ kan ke dalam akaun bank anda.

Mudah! Mantap dan lebih terampil!

Proses ini lebih mudah dengan menggunakan PosOnline. Layari https://www.posonline.com.my dan anda boleh terus merebat secara online. Jangan berlengah lagi, rebat lah sekarang!.


Alhamdulillah…. nenek rasa urusan rebat akan lebih mudah lepas ni…
bolehlah nenek claim sambil2 belajar buat blog ni…

- nenek maimun

P/S: anda juga boleh pilih untuk menerima kiriman wang. tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Rating: ★★★½☆

 

 

3 responses so far

Jul 02 2008

Rebat Tunai Fasa 2

Dia yang perkosa saya!

“Tak lain dan tak bukan adalah Fahri Abdullah. Dia manusia berhati serigala pura-pura menolong ternyata menerkam. Saya telah beberapa kali minta pertanggung jawabannya dan menyelesaikan masalah ini dengan baik-baik. Saya menuntut janjinya mau mengawini saya ternyata ia berkelit. Ia bahkan menuduh saya pelacur.”

Pengsan!

Maman adalah orang pertama yang pengsan dulu kalau si Saiful itu mengeluarkan ayat-ayat seperti diatas semasa perbicaraan nanti. Petikan diatas adalah sedutan Noura memfitah Fahri memperkosanya dalam Ayat ayat Cinta yang juga diilhamkan daripada kisah fitnah Zulaikha ke atas nabi Yusof.

Ketika negara sedang GEMPAR dengan kes liwat, kes Altantuya dan tokoh yang dikaitkan mungkin mula sedikit dilupakan. Kenaikan harga barang dan konflik politik yang kian meruncing kurang menjadi tajuk utama. Walau apa pun yang terjadi di luar sana, ada satu perkara yang tak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia:

CLAIM REBAT DI POS MALAYSIA!

jom-rebat.jpg

JOM REBAT!

Ya. Rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan kini boleh membuat tuntutan rebat di semua 683 cawangan Pos Malaysia. Fasa ke 2 ini tidak lagi hanya terhad kepada mereka yang telah memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada April dan Mei 2008 sahaja, tetapi untuk mereka yang TELAH memperbaharui LKM sepanjang tahun 2008 sehingga Mac 2009.

Kali ini, anda akan dapati terdapat penambahbaikan yang akan memudahkan anda. Antara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut;

1. Kini anda ada 2 pilihan membuat tuntutan: a) Datang Sendiri b) WAKIL.

2. Anda juga boleh pilih : a) Terima Tunai b) Terima Kiriman Wang (Drop Box)

Carta Flow Rebat

Soalan soalan Lazim

3. Borang baru yang digunakan sekarang adalah Pos Akuan 1. Borang semasa Fasa 1 tidak lagi diguna pakai. Sila muaturun;

BORANG REBAT (POS AKAUN 1)

Panduan Isi Borang

4. Untuk Jip dan Trak pick up yang berkusa enjin sehingga 3000 cc (yang LKM didaftar dan digunakan di Sabah dan Sarawak sahaja) kini boleh mengemukakan tuntutan RM625.

5. Selamat Merebat!!

No responses yet

Jun 18 2008

Lagi pasal rebat tunai

Nota : Dalam entri sebelum ini maman kata kena bawa original ic kan. Pls take NOTED, Jika menggunakan dokumen JPN.KP09 atau JPN.KP11, dokumen sokongan seperti Pasport atau Lesen Memandu adalah diperlukan

Nampaknya banyak komen berkenaan wang rebat subsidi minyak ni yang dapat kita baca, cerita-cerita disebalik tabir pun tak ketinggalan memenuhi media arus perdana dan juga media elektronik. Macam-macamlah kan..antaranya:

3 minit sahaja!

Sehari sebelum rakyat keluar beratur berebut untuk membuat tuntutan wang subsidi ini, kita telah dijanjikan dengan masa urusniaga yang hanya 3 minit. Hakikatnya;

“sudah 2 jam akak tunggu..” kata akak A.

“3 jam taw!” kata Akak B.

Tetapi ada juga yang beri komen, urusniaga kurang dari satu minit.

“Sangat effisien, kurang dari 1 minit saya dapat duit dah” kata salah seorang penduduk yang membuat tuntutan.

Sebenarnya apa yang dikatakan 3 minit adalah dikira bermula daripada nombor anda dipanggil sehinggalah anda mendapat tunai. Jadi, tak de la termasuk dengan masa menunggu ya. Please take noted

Pegawai yang siap sedia!

blog.jpg

Gambar Sekadar Hiasan : ini pegawai atau sindiket menjual borang?

Dimaklumkan juga bahawa telah bersiap sedia pegawai untuk menghadapi kesesakan yang bakal dijangka berlaku di pejabat pos. Maman difahamkan ada pegawai Pos HQ di kerah ke seluruh pelusuk ceruk negeri termasuk hingga ke Penang untuk memastikan urusan tuntutan ini berjalan dengan lancar.

Ada juga dikhabarkan pegawai yang telah mengedarkan borang sebelum pejabat pos dibuka untuk memudahkan urusan pelanggan. Ada juga pegawai pos yang sponsor makan kakitangan pejabat pos makan nasi kandar special sehingga mencecah RM150 untuk memastikan kakitangnnya tidak kelaparan semasa menjalankan tugas.. baiknya hati pegawai ni kan.

Dan tak ketinggalan juga ada pegawai yang telah menjadi lilin membakar diri apabila ‘berjalan kaki’ merentasi jalan demi jalan sehingga hampir-hampir mengelilingi Pulau Mutiara itu.

Diserbu rakyat jelata

Kebanyakkan pejabat pos menjadi tempat serbuan orang ramai pada hari Sabtu lepas. Ada yang beratur seawal 7 pagi. Malah sehingga ada yang sanggup pecahkan pintu pun ada seperti yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani. Yang maki hamun tak puas hati pun ada.

“Takut kerajaan ubah keputusan dan tarik balik subsidi” kata salah seorang yang ditemuramah.

Namun begitu diberitakan semuanya berjalan lancar. Malah maman menyaksikan sendiri ada pelanggan yang sungguh baik hati sponsor semua kakitangan di satu pejabat pos ni lunch nasi kandar.

Dikatakan bersekongkol dengan ECM Libra

Cerita yang mula tersebar melalui media emel ini berkenaan dengan kisah disebalik pembahagian subsidi ini yang ‘ada udang disebalik mee’ katanya. Samada betul atau tidak, biarlah waktu yang menjawab. Kalau ada sesapa yang ada suorce yang boleh dipercayai, boleh juga share disini.

Perihal Borang

blog-form.jpg

Ini yang paling maman kagum, borang MO6 yang boleh didapati secara PERCUMA itu telah dijual sewenang-wenangnya kepada orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan harga RM2. Ada juga yang menangguk di air keroh…

*pengsan

blog-kacang.jpg

One response so far

Next »