Archive for the 'CurHatKu' Category

Jun 07 2011

Lagi berkenaan REPUTASI

Published by under CurHatKu

Seorang rakan yang masih dikira baru menceburi bidang ini berkongsi pengalaman sedih beliau dengan maman semalam.

Beliau maman lihat sebagai seorang yang rajin dan jumlah pelanggannya maman dapat lihat daripada 0 sehinggalah bertambah dari semasa ke semasa. Kebanyakkan pelanggan adalah rakan-rakannya yang memberi sokongan atas kerjaya beliau ini.

Apa yang mendukacitakan beliau adalah apabila tiba-tiba pelanggan-pelanggannya dihubungi oleh seorang perunding takaful daripada sebuah syarikat takaful terkenal. Perunding takaful ini mahu membuat review semula atas pelan yang telah diambil oleh kebanyakkan pelanggan-pelanggan rakan maman ini. Oleh kerana perunding takaful tersebut dan juga rakan maman ini mempunyai rangkaian rakan-rakan yang sama maka bermulalah sedikit perselisihan antara dua sahabat ini. Semuanya gara-gara mahu berebut pelanggan seolah-olah sudah tidak ada orang lain di Kuala Lumpur ini.

Ironinya, semasa maman ke Ipoh hujung minggu yang lepas kerana berjumpa dengan bakal seorang wakil Great Eastern Takaful disana, maman telah dimaklumkan bahawa syarikat takaful terkenal yang wakilnya asyik mahu berebut pelanggan (seperti yang maman tulis diatas) itu telah disenarai hitamkan oleh satu hospital swasta tersohor di Ipoh kerana terdapat masalah claim. Dalam ertikata lain, pihak hospital mengalami masalah membuat tuntutan bil lalu menyenaraihitamkan syarikat insurnas/takaful tersohor ini pada bulan Januari lalu. Ini dinyatakan sendiri oleh kakitangan hospital tersebut yang sememangnya bertugas dibahagian tuntutan.

Maman tidak berniat untuk memburukkan syarikat lain, cuma maman sangat faham perasaan rakan maman itu kerana maman sendiri pernah mengalami keadaan itu dimana ada pelanggan maman yang lari ke pelan syarikat lain gara-gara termakan dengan kata-kata perunding yang maman percaya kurang profesional. Maman sangat faham bagaimana beliau rasa terkilan kerana untuk mendidik orangramai memiliki pelan insurans/takaful bukan mudah, tetapi ada sahaja yang mahu menagguk di air keruh bila lihat rakan maman ini telah serba sedikit berjaya memberi maklumat tetang keperluan adanya perlindungan ini kepada rakan-rakannya.

Maman juga percaya semua ini ada hikmahnya, bagi mereka yang masih stay dengan maman, maman ucapkan ribuan terima kasih.

Disebalik itu, kepada yang suka tukar pelan perlindungan dari satu syarikat ke syarikat lain itu, maman tekankan supaya rujuk semula kenapa anda beli pelan perlindungan ini?

Apa Objektif anda sebenarnya mengambil pelan ini?

Pelan Perlindunngan tujuannya untuk melindungi kita daripada jatuh miskin jika berlaku musibah.  Contohnya ramai pemegang medical card mahu bil rawatannya nanti ditanggung oleh syarikat insurans/takaful demi untuk meyelamatkan akaun bank mereka. Jika ini objektif anda, maka anda tidak akan peduli pun medical card tersebut ada No Calim Bonus atau tidak. Apa yang penting bil anda boleh dilunaskan. Yang penting, tidak banyak kerenah masa mahu membuat tuntutan nanti.

Ramai yang mungkin masih tak sedar bahawa pemegang pelan Great Eastern mempunyai pelan yang paling bereputasi tinggi di negara ini. Kadang-kadang maman sedih juga ada pelanggan maman sendiri yang tidak boleh menghargainya.

Semalam maman dapat lagi satu cheque klien maman buat claim bil hospital. Sebagai satu lagi bukti bahawa anda tidak salah pilih memiliki pelan daripada kami. Percaya cakap saya, anda memiliki produk yang mempunyai reputasi dalam kelasnya yang tersendiri. Ramai yang sudah mendapat manfaat daripadanya. Anda jangan ragu-ragu teruskan setia bersama kami dan saya sebagai wakil anda. Pastikan premium bulanan anda cantik :-)

Nama Pelanggan : Dirahsiakan
Simpanan bulanan : RM300
Jenis pelan : Plan Investmentlink berserta Medical Card
Hospital : KPJ Tawakkal Jln Pahang
Sebab masuk hospital : Acute infective bronchitis with Pharyngitis
Masuk hospital : 5 hari shj
Jumlah Bil : RM 5,343
Jumlah cek oleh Great Eastern : RM 4,830 + RM1,000 = RM5,830 (termasuk RM200 daily hospital income)

Tuntutan RM 4,830

Tuntutan Daily Hospital Income RM1,000 (RM200 sehari x 5 hari)

Sebenarnya bulan lepas ramai klien maman masuk hospital, tetpai ada yang tidak maman tepek disini kerana faktor kekangan masa.

Bantu saya untuk memberitahu rakan-rakan anda dengan klik LIKE dibawah. Cepat email saya untuk mendapatkan plan medical card anda dengan simpanan serendah RM100 sahaja.

info[at]mamansolleh.com

One response so far

Oct 19 2009

Separuh bulan…

Published by under Berakit ke hulu,CurHatKu

Maman sudah lama berlatih untuk menerima konsep “Kita tidak mungkin dapat SEMUA yang kita inginkan”.

Dari kecil, kita tidak mungkin dapat semua mainan yang kita mahukan. Semasa belajar, kita tidak mungkin dapat pergi ke semua tempat belajar yang kita angan-angankan. Semasa jatuh cinta (hehe ada ke), kita mungkin tidak diterima oleh semua orang yang kita dambakan. Semasa bekerja, kita mungkin tidak dapat semua kerjaya yang kita idamkan. Maman fikir ianya sudah cukup untuk mengajar maman tentang rezeki dan takdir. Rupa-rupanya maman masih lagi belum mangli.

Sudah hampir separuh bulan maman berasak dengan gelombang hidup seorang penasihat insurans. Dalam tempoh ini, maman tahu jalannya adalah tidak mudah. Dan maman jangan sekali-kali tunduk dengan keadaan. Tekad itu maman tanam dalam-dalam.

Pendek kata, walaupun maman ketandusan sales kerana tiada lagi case closed, maman tetap cuba dan cuba.

“Saya ada parent, semakin hari mereka semakin tua. Adalah menjadi impian setiap ibu bapa mahu untuk melihat anaknya berjaya dalam kerja dan juga hidup. Ini yang akan menyebabkan mereka berasa tenang dan tidak risau lagi tentang masa depan anaknya. Kerana itulah setiap kali memikirkan berkenaan ini akan membuatkan saya gigih untuk buat satu lagi panggilan, dan berjumpa seorang lagi bakal pelanggan. Saya mahu memastikan parent saya dapat melihat kejayaan saya sebelum mereka menutup mata buat selamanya”

Kata-kata daripada speaker yang maman hadiri ‘talk’nya pada hari pertama maman turn Fulltime itu terulang tayang dalam kepala ini. Kata-kata yang menyuntik inspirasi kepada lebih kurang 1000 agen yang hadir pada hari itu termasuk maman.
 
Dalam masa-masa awal pembabitan ini, ramai agen yang berpengalaman menekankan agar maman mulakan dengan membina habit yang betul. Sebab itu, dalam maman masih lagi menyesuaikan diri dengan rentak time freedom, maman seboleh-bolehnya akan buat new appointment setiap hari. Maman juga cuba membiasakan diri dengan jadual baru ini dengan penuh displin.

Maman cuba buang jauh-jauh kebimbangan-kebimbangan yang datang sepertimana maman lemaskan kebimbangan yang pernah tenggelam timbul semasa maman membuat keputusan berhenti dahulu. Ketika itu apa yang maman pahatkan kepada diri sendiri adalah;

“I will. I will climb this mountain. They told me it is too high, too far, too steep, too rocky and too difficult. But it’s my mountain. I will climb it. You will soon see me waving from the top or dead on the side from trying.”

Setinggi mana gunung, kalau kita berjaya mendaki puncaknya. Ianya akan berada dibawah kaki kita.

Dan dalam proses ini maman betul-betul belajar satu erti hidup: Hidup ini adalah sukar.

6 responses so far

Oct 03 2009

Finally…

Published by under Berakit ke hulu,CurHatKu

30 Sept 2009 adalah harinya.

Satu perasaan yang luar biasa sekali apabila maman melangkah keluar daripada pejabat kerana ini adalah hari terakhir maman bergelar sebagai kakitangan PMB. Juga melepaskan jawatan Penolong Pengurus yang sudah hampir memasuki tahun ke 3.

Maman hilang kata-kata untuk mengambarkan keseluruhan rasa ketika itu. Bukan seronok, bukan juga sedih dan bukan juga menyesal. Semuanya diadun menjadi satu. Seperti anda pindah ke rumah baru, masuk ketempat baru adalah mudah. Tetapi untuk meninggalkan yang lama pada maman adalah sukar. Ada satu rasa tidak mahu meninggalkan kerana setiap perkara yang ada dipejabat ada nostalgia yang tersendiri. namun maman terpaksa unload semua perasaan berat itu. Yang pasti kenangan dan kawan-kawan adalah yang maman tidak akan leraikan sampai bila-bila.

Sehingga sedikit gegaran bencana alam yang maman tiba-tiba rasa dianggap oleh maman pening kepala kerana menakung rasa berat hati untuk meninggalkan. Rupa-rupanya memang itu gegaran gempa bumi yang berlaku di Indonesia.

Malam itu maman adalah kakitangan yang paling lewat pulang. Seperti biasa, maman tutup semua lampu pejabat. Pintu utama pejabat itu maman kunci dan punch out. Dan syahdu menyusup bila mengenang ini adalah kebiasaan yang terakhir. Rakan-rakan yang mengucapkan selamat tinggal dan bermaaf-maafan siang tadi silih berganti menerpa dalam kotak ingatan.

Semasa memandu pulang kerumah daripada tempat kerja lama, itu adalah saat yang sangat lapang yang maman TIDAK AKAN LUPAKAN. Landskap dan neon disepanjang jalan terasa begitu indah.Sebelum ini, memandu pulang kerumah tidak pernah merasa nikmat seperti ini.

Semasa hampir sampai kerumah, ada satu mini pesta yang berlaku di kawasan business centre berhadapan LRT cahaya itu. Tanglung dipasang disepanjang kawasan ini. Mungkin mereka sedang meraikan pesta tanglung, detik hati ini. Tiba-tiba, maman mendengar dentuman seperti meriam. Dalam tidak sampai beberapa saat, langit malam yang hitam disimbahi bunga api pelbagai formasi dan rona warna. Berselang-selang dengan jeritan penonton yang berhimpun.

Pertunjukan bunga api itu melengkapkan perasaan gembira dan bebas yang menjalar disetiap nadi yang susah untuk maman ungkapkan.

***

P/S: Dari pegalaman ini, maman percaya setiap individu berhak untuk merasa kebebasan dalam diri sendiri, Ini juga merupakan sebab yang paling besar kenapa maman menceburi bidang insurans ini. Jika anda tertekan dengan kerja anda sekarang, bidang yang maman ceburi ini BERUPAYA membantu ANDA untuk BEBAS dan anda boleh menjalani hidup seperti yang anda mahukan.

Jika anda bersedia untuk membebaskan diri anda daripada perangkap kerja anda sekarang, maman disini bersedia untuk bersama-sama dengan anda untuk kita sama-sama memulakan kembara kejayaan ini.

Success is NOT a destination,its the journey.

6 responses so far

« Prev - Next »