Archive for the 'Berakit ke hulu' Category

Jul 08 2011

Medical Card Great Eastern Takaful

Published by under Berakit ke hulu

Untuk rakan perunding,

Seperti yang pernah kita semua alami, kadang-kadang dalam kita memasarkan produk takaful ini, setelah banyak usaha yang kita lakukan beserta masa yang kita korbankan, akan ada juga bakal pelanggan yang memilih untuk mengambil bukan dengan kita. Janganlah kecewa, merajuk atau berkecil hati apatah lagi dengan memburuk-burukkan pesaing anda kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ikhlaslah dalam bekerja. Jika semua tindakan kita telah diniatkan untuk ibadah, maka tidak ada yang sia-sia. Selalu ada hasil, jika tidak di dunia, pasti di akhirat. Sebab Allah Maha Tahu dan Adil membalas setiap ibadah kita. InsyaAllah.

Ceritanya….

“Dia kata kalau ambil dengan Great Eastern ni susah nak claim. Betul ke? ” tanya pelanggan itu.

“Siapa kata?” soal maman pula.

“Agen tu la cakap masa saya bagitahu dah decide untuk ambil medical plan dengan Great Eastern. Tapi based on statistic claim yg awak tunjuk tu sy rasa Great Eastern tak ada masalah” kata pelanggan itu seterusnya.

“Sebenarnya sebelum saya buat appointment ni saya dah buat study sikit pasal medical card ni, sebab tu la saya decide nak ambil dengan Great Eastern” tambahnya.

***

Akhir-akhir ini, beberapa temujanji maman dijumpakan dengan bakal pelanggan yang bijak takaful. Maksud maman ‘bijak takaful’ adalah sebelum berjumpa, mereka sudah membuat sedikit kajian dengan membandingkan pelbagai medical card yang ada di pasaran. Pelanggan jenis ini biasanya akan membuat perbandingan sendiri berpandukan maklumat yang ada di internet dan wakil-wakil takaful diruangan forum yang berselerakan di internet. Dengan perbandingan ini, ada antara mereka yang mula menyedari tidak semua medical card itu sama, dan pelan medical card Great Eastern mempunyai kelebihan yang tiada pada medical card daripada penyedia yang lain.  Biasanya pelanggan jenis begini akan aturkan temujanji hanya untuk kepastian dan periksa semula maklumat yang mereka faham adalah betul.

Ketika maman minta mereka berkongsi apakah yang menyebabkan mereka membuat keputusan memlih pelan comprehensive medical card Great Eastern Takaful  (agar dapat dijadikan panduan bagi mereka yang sedang mencari-cari medical card terbaik diluar sana), maka mereka menyatakan:

1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi

“Dengan caruman bulan yang sama iaitu RM200, Great Eastern memberikan saya medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM77,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care”. Kata Azmin (bukan nama sebenar) seorang eksekutif yang akan mencecah usia 34 tahun pada tahun hadapan.

Benar apa yang beliau katakan apabila pelanggan ini sendiri menunjukkan quotation daripada satu syarikat Takaful Senior, untuk caruman bulanan yang sama iaitu RM200, beliau hanya diberikan medical card Room & Board RM150 sahaja dengan Manfaat Kematian  RM70,000 dan berserta RM50,000 perlindungan penyakit kritikal.

2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi

“Bila saya compare, jika saya ambil medical card untuk Room & Board bernilai RM150, Great Eastern memberikan saya had tuntutan seumur hidup berjumlah RM720,000 dan had tahunan RM90,000. Ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan satu syarikat takaful yang memberikan saya had seumur hidup RM625,000 dan had tahunan RM62,500 sahaja” tambah beliau lagi.

Secara logik, Azmin mendapati adalah lebih menguntungkan jika pada caruman yang sama RM200 dengan Room & Board RM150 tetapi mendapat had tahunan dan had seumur hidup yang jauh lebih tinggi. Inipun beliau membandingkan untuk medical dengan Room & Board RM150 supaya adil katanya walaupun beliau diquote boleh untuk mengambil R&B yang leib tinggi iaitu RM200.

3) Ko-Takaful yang lebih menjimatkan kerana lebih rendah

“Saya membuat keputusan untuk memilih Medical Card daripada Great Eastern Takaful bila sahaja saya tahu rupa-rupanya caj co-takaful adalah sangat rendah. Sebelum ini saya tidak tahu Great Eastern hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan maksimum hanyalah RM500 sahaja” kata Azmin lagi.

“Berbeza dengan medical card syarikat takaful ini yang mana minimum adalah RM300 dengan maksimum RM1000. Ini bermakna jika bil yang dikenakan adalah RM1000, pemegang kad Great Eastern membayar hanya RM100 sedangkan pemegang kad takaful ini pula membayar RM300. Jika bil RM10,000 pula pemengang kad Great Eastern hanya membayar RM500 sedangkan pemengang kad takaful syarikat yang satu ini perlu membayar RM1000″ Azmin menceritakan hasil analisisnya.

Ramai pelanggan Great Eastern yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah sepertimana yang dinyatakan oleh Azmin. Walaupun begitu, kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful ini.

4) Cash-Value yang lebih tinggi nilainya

“Bila saya membandingkan projected cash value yang boleh saya keluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, saya dapati Great Eastern memberikan angka RM21,446 – RM 37,036 sedangkan syarikat takaful lagi satu memberikan angka RM19,037 – RM32,955″

Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.

5) Early Payout Critical Care Benefits (EPCC)

Early Payout Critical Care pula adalah manfaat pelan yang paling unik di Malaysia. Satu-satunya pelan yang membolehkan anda membuat tuntutan walaupun penyakit berada pada peringkat permulaan. Manfaat ini tidak akan anda temui ditawarkan oleh mana-mana syarikat takaful lain.

Azmin agak teruja apabila mengetahui tiada tambahan premium diperlukan untuk memiliki faedah ini. Bermakna caruman bulanan kekal RM200 dan sudah termasuk manfaat EPCC berjumlah RM50,000.

“Pelanggan yang menghidapi cancer stage pertama sbg contoh, tidak boleh claim dibawah manfaat perlindungan Penyakit Kritikal kerana hanya cancer stage 3 barulah dikatakan Critical Illnesses. Tetapi dengan pelan Great Eastern ini, penyakit yang masih tahap permulaan pun sudah boleh nak buat tuntutan. Kalau dia tiada medical card, boleh guna duit itu untuk rawatan. Kalau ada medical card pula, duit itu boleh guna untuk ganti income kalau terpaksa cuti tanpa gaji atau lebih teruk kalau terpaksa berhenti kerja” kata saya apabila Azmin minta untuk saya terangkan contoh lebih lanjut.

6) Tiada kos perlu ditambah untuk dapatkan Coverage Medical card sehingga umur 80 tahun

“Satu lagi perbezaan yang orang tak berapa nampak tapi saya nampak adalah had umur perlindungan medical card tersebut. Saya nampak Great Eastern punya medical card terus melindungi saya sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang satu lagi saya terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang RM200 itu untuk naikkan perlindungan medical card hingga umur 80. Tiada tambahan lain perlu dilakukan di Great Eastern” kata Azmin lagi.

Nota: Semua pemengang Medical Card Great Eastern Takaful sememangnya mendapat perlindungan sehingga usia80 tahun.

*Sebenarnya, apa yang client ini kongsikan adalah sebahagian sahaja daripada uniknya medical card Great Eastern Takaful. Ada beberapa fakta lagi bakal menyusul pada entri akan datang.

***

Maman pada mulanya agak terkejut apabila pelanggan sekarang boleh membuat perbandingan sehingga sebegitu terperinci. Namun ini adalah satu petanda baik kerana pelanggan kini lebih bermaklumat sehingga boleh terang seperti seorang perunding takaful pula. Satu sikap yang maman rasa satu aras bahawa pelanggan mutakhir ini bukan lagi seperti dulu yang sangat fobia bila mendengar perkataan insuran/takaful.

Syabas Malaysia!

No responses yet

Jun 20 2011

Konvensyen Ejen Takaful 2011

Published by under Berakit ke hulu,KomenKu

Kali ini dengan kehadiran lebih daripada 500 orang peserta daripada pelbagai syarikat penyedia takaful ke Konvensyen Ejen Takaful 2011 di PWTC, sambutan tahun ini dilihat lebih meriah apabila beberapa syarikat takaful yang baru memperolehi lesen turut serta dalam aktiviti yang berlangsung setiap tahun ini. Maman Solleh, seorang wakil Great Eastern Takaful berkongsi pengalaman yang dapat beliau kutip pada penyertaan pertamanya tahun ini buat titipan rakan-rakan yang tidak dapat hadir.

Semasa pihak Great Eastern menjemput maman untuk menyertai konvensyen ini, maman teruja kerana diberi peluang untuk dapat turut serta berhimpun dengan semua wakil-wakil takaful 1Malaysia. Dikhabarkan penyertaannya datang dari segenap ceruk negara.

Paling berharga maman dapat menimba pengalaman daripada barisan speaker hebat yang telah dijadualkan akan beraksi dipentas yang kali ini membawa mesej  ‘menggapai kecemerlangan bersama takaful’.

Secara peribadinya, Sessi 1 oleh Tuan Hj Rafie Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya pada permulaan majlis memberi impak istimewa. Walaupun kebanyakan isi kandungannya lebih kepada menguruskan wasiat, namun gaya penyampaiannya yang versatil menjadikan pembentangannya sangat menarik. Sehingga entri ini ditulis, maman masih menunggu pihak penganjur memberikan email slide powerpoint beliau seperti yang telah dijanjikan. Akan maman kongsi kemudian nanti. Jika ada lagi sessi oleh beliau pada masa akan datang, maman galakkan anda hadir. InsyaAllah berbaloi.

Kebangkitan industri takaful dibincangkan dalam sessi ke 2 iaitu forum yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Tarmidzi (yang baru-baru ini telah singgah di Great Eastern menyempurnakan taklimat A-B-C of Takaful). Ustz Mohd Fauzi Mustaffa (Perunding Motivasi) maman kira adalah panel paling menarik dalam menyampaikan buah fikirannya. Jika anda pernah melihat iklan Jus Tok Guru mungkin perasan gambar beliau yang tersergam sebagai jurucakap produk tersebut. Panel lain adalah Dr Aznan Hassan (Asst Prof, UIAM) dan Associate Prof. Dr Mohamad Akram Laldin (Exec. Director Int Shariah Research Academy for Islamic Finance).

Menariknya semasa sessi soal jawab pula, sambutan sangat hangat dari peserta. Masing-masing berebut mikrofon untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel.  Antara yang mendapat perhatian peserta adalah kebimbangan mereka apabila begitu banyak lesen takaful telah dikeluarkan kepada pengendali insurans konvensional. Isu akhlak (terutamanya pakaian-aurat) yang mana didakwa tidak mencerminkan kesucian produk takaful yang diketengahkan. Isu bukan muslim yang dibenarkan memasarkan produk takaful pun ada juga. Isu syarikat takaful yang lebih takaful daripada takaful yang lain pun ada juga disuarakan. Wakil takaful dikatakan sebagai Mujahid Takaful, tetapi sedihnya yang lain dari syarikat mereka menjadi Mujahat Takaful pula. Dan banyak lagi isu menarik… anda perlu hadir sendiri untuk merasa keHANGATannya. hehe.

Paling melekat dalam ingatan maman adalah apabila panel menegaskan, sebagai wakil ataupun perunding takaful sepatutnya anda beramai-ramai berebut-rebut untuk mengajak orang ramai diluar sana menjauhi riba. Bukannya berebut-rebut untuk menjatuhkan orang sesama industri pula. Persaingan adalah risiko yang sukar dielakkan dalam perniagaan. Peserta diajak untuk berfkir secara lebih kreatif untuk menambat hati pelanggan, bukannya dengan memburuk-burukkan syarikat lain. (anda ada idea untuk dikongsi? sila komen)

Sessi ke-3 kami diberi pilhan untuk 2 sessi yang berbeza. Maman memilih untuk mendengar tajuk MDRT daripada Puan Laila Johari dan suami beliau Sdr Mohamad Manmohan Abdullah. Puan Laila Johari yang sesekali tersasul menjadi L.Jo adalah seorang ahli MDRT seumur hidup dengan 21 tahun menggondol anugerah MDRT saban tahun.

Apa rahsia beliau? Selain panduan yang beliau kongsi dalam memilih network, beliau maman perhatikan mempunyai personaliti yang menarik. Sama seperti mana-mana MDRT yang anda jumpa, nasihat terbesarnya adalah ‘meet people’ secara konsisten bilangannya. Dalam pada itu, kata beliau, senjata yang paling tajam tetapi tidak ramai yang gunakan adalah; DOA. Beliau menggalakkan solat hajat sebelum pergi berjumpa pelanggan yang ‘sukar’, juga solat duha sebagai pembuka rezeki.

Sessi ke-4 yang merupakan sessi terakhir dilaksanakan dengan jayanya oleh ustaz selebriti, Ustaz Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin. Walaupun ada  seorang daripada peserta mengatakan ini merupakan sessi yang paling kurang relevan dengan objektif konvensyen ini tetapi maman pula berpendapat, input yang disampaikan sangat penting dan kritikal untuk membina sahsiah yang betul. Maman akan olah apa yang dibentangkan oleh beliau dalam entri yang akan datang untuk mengelakkan entri ini menjadi terlalu panjang pula.

Antara yang menarik, maman nanti mahu kongsi tentang bagaimana seorang wakil takaful itu seharusnya melihat kerjaya mereka?.  Adakah bekerja kerana komisen, atau kerana manager atau kerana Allah?. Kira-kiranya bolehlah maman katakan terus mendapat satu sudut lain dalam memandang industri takaful ini. Ustaz selebriti ini juga ada bercerita tentang konsep jual ikan, yang maman akan share dalam entri yang akan datang tak lama lagi.

Sebelum kami beredar pulang, kami telah dimaklumkan konvensyen ini bakal diadakan lagi tahun hadapan. Jika anda berpeluang untuk turut serta, maman nasihatkan jangan ketinggalan!

Maman berikan tahniah untuk penganjur. Dipanjangkan umur kita jumpa di Konvensyen Ejen Takaful 2012. InsyaAllah.

P/S: Jika anda juga salah seorang peserta yang hadir, dijemput tinggalkan komen/kongsi pengalaman anda dibawah.

 

No responses yet

Feb 20 2011

Sejarah di Bandaraya Teknologi Hijau

Published by under Berakit ke hulu

Alamatnya di Jalan PM15. Kereta maman berlegar perlahan di kawasan Persiaran Mahkota mencari-cari nama jalan yang dimaksudkan.

Mungkin di hujung sana. Oh Bukan pula. Mungkin dihujung jalan ini. Mungkin kena pusing lagi sekali. Eh itu Hajah Norzan punya agensi, tiba-tiba maman terpandang di tingkat dua bangunan shoplot itu satu papan tanda nama yang agak popular di Great Eastern (GE).

‘Danggggg!’

“Haiya tak tengok jalan ka!!” jerit tuan kereta baru itu.  Jantung terhenti sekejap. Berdebar. Undur kebelakng dan enjin maman matikan. Keluar kereta. Seperti yang maman jangka, sedikit perbalahan dan negotiation berlangsung ditepi simpang. Dan terbanglah beberapa ratus lagi… :(

Beberapa minit kemudian, pencarian disambung dengan bahagian hadapan kereta maman yang kemek sedikit dan bumper yang terjojol sedikit. Bangunan Great Eastern cawanagan Melaka itu akhirnya ditemui juga. Hari ini pertama kali maman meninjau disemua tingkat bangunan 4 tingkat tersebut. Dan nampaknya ini juga bukan kali yang terakhir. Selepas ini, adalah pertemuan dengan bakal pengurus agensi GE Takaful yang berjaya di Melaka.

Petang itu, niat ingin melawat ke cawangan adalah untuk menunjukkannya kepada penasihat baru GE takaful di Melaka. Namun, sesi perbincangan rupanya mengambil masa yang panjang. Pejabat pun sudah tutup pintu. Kami masih lagi bercerita tentang exam takaful, produk, esubmission, polisi, rider, dan segala macam rencah hidup yang lain. Nak jumpe client maman yang berada di sekitar Melaka Sentral itu pun tidak sempat.

Malamnya maman berpeluang menziarah kakak yang juga berada di Melaka.

Kepada sesiapa yang berada di Melaka dan berminat untuk mengetahui bagaimana produk Great Eastern Takaful boleh membantu anda, sila maklumkan kepada maman agar wakil-wakil kami yang berada di Melaka boleh menghubungi anda.

No responses yet

« Prev - Next »