Oct 30 2008
CarAura – It’s more than washing a car !
Jika sebelum ini maman ada mengemukakan cadangan membina rangkaian kedai kopi Kuat Cafe, kini maman akan utarakan sebuah lagi konsep bisnes yang akan menguntungkan anda para pelabur bijak. Hehe
Kali ini kita tampil dengan konsep saloon penjagaan kereta dengan sedikit improvasi kepada carwash biasa yang tumbuh dimerata kawasan mutakhir ini.
Ini mungkian satu konsep carwash gaya baru yang akan pasti memenuhi kehendak sebilangan BESAR daripada pemilik kereta terutama di ibukota.
Konsep Bisnes
Car Aura menjalankan perkhidmatan mencuci kereta. Namun begitu keistimewaan CarAura adalah dengan cucian akhir istemwa kami yang mana kami akan memberikan kereta anda satu lagi step iaitu dengan mandian air bunga dengan campuran 7 jenis bunga-bunga segar. Dengan kata lain - Mandi Bunga!.
Ya. Jangan hadkan warisan mandi bunga ini kepada mereka yang tidak bertemu jodoh sahaja. Atau mereka yang ingin kelihatan cantik sahaja. Mandi bunga yang merupakan pendekatan holistic ini kita boleh aplikasikan kepada perkara lain termasuk kepada kenderaan kesayangan anda.
Antara kelebihan cucian kereta dikedai maman ini ialah;
Dibacakan doa keselamatan dan dimandikan bunga agar pemilik kenderaan (terutama kereta baru) sebagai salah satu ikhtiar supaya kereta tidak ditimpa petaka atau kecelakaan atau kecurian.
Andaikata tuan punya kenderaan pun macam perlu direjuvenatekan juga maka kami tiada halangan untuk memandikan bunga tuan punya kenderaan sekali bersama-sama dengan keretanya agar tuan punya kenderaan pun sama-sama sejahtera dengan kos tambahan yang sangat minimal.
Kami yakin, bagi mereka yang mementingkan kesejahteraan menyeluruh, selain daripada segala jenis insurance dan permanduan berhemah, mencuci kereta cara kami ini pasti menjadi pilihan saban minggu..
Pengiklanan dan Pemasaran
Contoh teks promosi:
Hairan kenapa kereta anda asyik calar balar walaupun anda seorang pemandu yang sangat berhemah? Asyik terlibat dalam kemalangan? Rasa tidak selamat djalan raya dengan road bullies dan pemandu lain yang ganas? Dapatkan ketenangan dengan MENYUCIKAN kereta anda di CarAura !!
Maka …
Jadi para pelabur, apa tunggu lagi. Cepat melabur dalam rangkaian car wash maman ni pula.. Cheers!!!
Prospek bisnes : Konsep mandi bunga ini akan diluaskan kepada Cuci Rumah Air Bunga jika sambutan car wash ini memberangsangkan.. bleh masuk nescafe kickstart x??




banyak la ko punyer Car Aura…
kalu mcm tu impian Mr Haidan nk buka PosT OpiS yg ader car wash comfirm terkubur sbb ade pesaing yg lg advance…
BTW, form utk Nescafe Kickstart dah ader… ko nak apply x?
tompang tanya….kalau i berminat dgn servis yg pemandunya mandi bunga sekali tu…
i kena duk dlm keter ke? luar keter? boleh terangkan dng lebih terperinci tak servis yang itu?