Jun 04 2009

Bukan kerana Tortila

Published by at 11:17 am under Dear Diary

Dear blog,

Abby dan Chef Nabil

Lihat bagaimana Chef Nabil kreatif menggunakan mesin basuh sebagai MEJA .

Semasa Abby Fana dan team Sinar.Fm serbu rumah sewa kami bersama-sama dengan Chef Nabil semata-mata untuk buatkan kami sarapan istimewa: tortila nestum berinti telur, maman hanya mampu bergambar dengan camera handphone sahaja. Alangkah bagusnya kalau ada kamera yang best untuk merakam saat-saat yang sangat jarang berlaku macam hari ini. (bukan selalu ye Abby nak duduk atas sofa ruang tamu rumah ini hehe)

Kesal dengan kualiti gambar kamerafon yang suam-suam kuku sahaja, maman telah bergegas ke kedai gambar dan terus beli sebiji DSLR Nikon D5000. Murah je dalam RM3K plus. :P

Ahahaha! Acah je. Sebenarnya..bukan semudah itulah nak beli DSLR.

Maman sudah lama teringin belajar fotografi. Angan-angan itu membuatkan dari awal tahun dulu sudah mula kumpul duit sikit-sikit. Bila dah mula sikit-sikit dah jadi busut la ni, maman keluarkanlah untuk beli kamera pertama maman sendiri. Bila ada dslr sendiri, barulah syok nak ambil gambar rumput ke, semut ke, bunga ke, pemandangan ke, potrait ke (barulah fotografi kan..hehe). Cantiklah kononnya nanti hasilnya.

*Thanks buat semua penasihat fotografi yang telah mengiringi maman untuk membeli dslr tersebut. Sampai tokey tu pun heran ramai gile advisor yang maman bawak.

Weekend lalu, JC ajak join dia wat outdoor photography di Lake Garden, maman pun turut serta tetapi agak memalukan bila maman terkial-kial nak guna dslr tersebut sebab basic handling camera pun maman tak pass lagi. So kebanyakkan photo yang maman tangkap tidak menepati standard yang sepatutnya. Maman agak kecewa tapi dalam masa yang sama rasa bertuah juga sebab dapat belajar daripada otai yang turut serta dalam sessi fotografo tersebut. *Terima kasih banyak2 kepada JC, Bas, Amir, Kid dan dua orang model yang sporting itu.

Nah.. tataplah antara foto yang termaktub sebagai hasil terawal maman dalam dunia digital camera ini. Walaupun agak kureng menyengat….

 

Bila dah pegang dslr, kenalah mula minat kepada alam sekitar, bunga, binatang, serangga… barulah cool! hehe

 

Tidak ketinggalan juga skill potrait dan people pictures kenalah mula diasah dari sekarang.. 
 

9 responses so far

9 Responses to “Bukan kerana Tortila”

  1. ImranAbdulJabaron 04 Jun 2009 at 12:04 pm

    huhu, best nya…

    ada abby fana dan kamera baru!

    p.s.
    tlg update my blog link…
    pls change to imranabduljabar.com ya.
    mekasih.

  2. zuki zainon 04 Jun 2009 at 12:06 pm

    Wonderful..

    What a great start! Please learn more from them, so that you can teach me later! Ahaks!
    Congatulations.

    zz

  3. mamanon 04 Jun 2009 at 12:21 pm

    Sifoo mer,

    now my life is complete.. hehe. okay dah tukar dah link tu

    Zuk,

    Yes. WALAUPUN hakikatnye aku masih blur nak bezakan setting antara apeture, shutter, metering n white balance n entah ape ke jadah lg jargon yang sgt asing… *pening..

  4. ImranAbdulJabaron 04 Jun 2009 at 2:39 pm

    aperture, shutter, DOF, exposure, white balance, iso, AF-MF…bla bla bla

    hehehe…belajar jgn tak belajar

  5. melasalamon 05 Jun 2009 at 5:32 am

    heyyyyyyyyyyyyyyy… bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr… abby fana sangat!!!

  6. Benon 08 Jun 2009 at 6:37 am

    waaaah.. bole lah kita gi petik gambar sama sama nanti. Man kat sini tengah sale.. meh lar jadi raksaksa dtg menyerang.. hehe

  7. akakon 09 Jun 2009 at 1:51 am

    kenapa tak taruk tag “maman.online.net” kat the rest of the gambars? Nanti orang curik caner? Harta intelek tu bro…..

    btw….gambar bunga2 tu macam….errr….cover writing pad masa zaman2 80an 90an…
    hehe…alaaa, writing pad yang kertas dia kaler biru, takpun gambar cover tu diwatermark sebagai kertasnya….. haa…cover dia macam bunga yg maman amik tu laaa… kira ok aaa tu :P cuba pi kedai stationeries, ntah2 ade lagi kot pesen writing pad camtu…hik hik…boley jual :P

  8. rasmoissalleon 11 Jun 2009 at 9:30 am

    Sy pun tringin gak nak dapat kan kmr DSLR tu..mana tahan skang ambik gambar guna kmera HP ngan Digital je !!!haha..

    Skarang ni kan dh kira cam trend dh kan org guna kmera DSLR…tak kisah le hp takde kaler kan !!!janji ada lapt ngan DSLR !!!haha…hp canggih bukan lagi keutamaan…hrmm..bila agaknya mampu ada DSLR ……..(*,*)…

    BTW..jgn lupa singgah blog saya k !!!

  9. jafararifinon 14 Jul 2009 at 4:48 am

    saya cuma berkenan yg bertudung merah – sudah perpunya ke belum- hendak cari kenalan.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply