Oct 16 2008
Berbekam Lintah
Ramai yang mengetahui minyak lintah digunakan untuk membesarkan satu anggota badan yang dikatakan kecil. Maman pun tahu akan hal ini. Apa yang maman tidak tahu, lintah kini digunakan dalam rawatan berbekam untuk mengeluarkan darah kotor dalam badan kita. Dikatakan oleh pegamal perubatan ini, kaedah ini dapat memberi kesan dalam merawat resdung, migrain, pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.
Sehari sebelum Aidilfitri tempohari, maman memberanikan diri mencuba untuk rawatan resdung. Dua ekor lintah diperlukan untuk mencari port yang sesuai untuk disedut. Geli geleman maman rasa semasa lintah tersebut menguit-guit hujungnya semasa proses searching tersebut. 2 jam masa diambil untuk lintah tersebut membesar menjadi lebih 3 kali ganda daripada saiz asal hasil daripada pemindahan darah maman dalam badan dia. Bila sudah kenyang dia akan mudah ditarik.

Ada juga pelanggan-pelanggan lain yang menyerahkan kaki, forehead dan anggota badan lain kepada lintah ini mengikut keperluan rawatan masing-masing. Mujurlah pada waktu itu tidak ada pelanggan yang sedang membuat rawatan untuk barah buah dada, sebab maman wondering juga untuk rawatan tersebut di bahagian badan mana lintah itu akan diletakkan? hehe
Untuk 2 ekor lintah ini kosnya adalah RM20. Yang menariknya, jurujual yang berpakaian seperti rockers itu memberikan pesan “sekiranya maman tidak merasai apa-apa effect daripada rawatan ini, bermakna maman harus buat rawatan ini berulang kali.. barulah nampak hasilnya..” katanya. Ermmm sempat lagi dia nak buat repeat order.
Maman juga difahamkan, lintah ini dapat membezakan darah yang mengandungi virus HIV. Bermakna lintah tidak akan menghisap darah jenis ini. Sejauh mana kebenarannya maman tidak berapa pasti.
Hasil daripada rawatan ini seerti yang dijangka tidaklah ketara sangat (mungkin benar kata jurujual tersebut bahawa sekali rawatan sahaja tidak mencukupi). Cuma maman rasa kekerapan bersin pada pagi/waktu2 sejuk agak berkurangan. tetapi alahan-alahan lain seperti habuk dan makanan tidak banyak berubah.
Bagi mereka yang menderita dengan sinus seperti maman mungkin boleh cuba rawatan ini. Bagi yang nak rebut peluang ini bolehlah berjinak-jinak mentrnak lintah. Seekor je dah boleh jual RM10… untung giler.
Namun begitu, maman percaya peniaga lintah akan menjadi lebih kaya jika lintah ini mempunyai kemahiran lebih daripada menghisap darah. Lebih ramai pelanggan yang akan cuba walaupun geli tahap macamana pun. Maksud maman, bayangkan kalau lintah ini boleh HISAP LEMAK…!
*lari





Takutnyer…hehehehe
perghhh….berani ko. Tapi lepas tu, darah meleleh tak henti2 kan (lepas lintah ditarik).
p/s: kalau lintah leh sedut lemak, aku dulu ternak berkotak2 letak di belakang umah….hahaha
owh!