May 27 2008
” Alat & Bahan Kesenian Siri II”
Pernah terfikir untuk mengumpul setem sebagai hobi?.
Jika anda memberi peluang untuk diri anda melihat-lihat koleksi setem di unit Filateli, Pos Malaysia Berhad, jangan terkejut sekiranya anda akan jatuh cinta pandang pertama dengan koleksi setem ini. Kalau tak pergi ke HQ pun, bolehlah singgah dimana-mana pameran yang disertai oleh Filateli (contohnya Bookfest yang berlangsung di KLCC sekarang). Percaya atau tidak, mengumpul setem mempunyai tarikannya tersendiri. Macam kes rumizu ni lar.
“Dulu aku rasa mcm pelik tgk org minat mengumpul setem..Semalam aku singgah la gerai Pos Malaysia kat MITC, Melaka.. Maman jaga kat situ.. Aku memula gelakkan la maman bukak topik setem ni, sekali pas aku tgk setem2 kat situ dgn 1st day covers, hehe akhirnya aku terbeli gak a few setem.. mmg cantik².. Baru aku tau nape org suka kumpul setem..”
Jadi selain daripada hobi anda sekarang kumpul hutang, bolehlah anda mula kumpul setem. Mulakan dengan setem yang akan dikeluarkan pada 10.06.2008 ini bertema ” Alat & Bahan Kesenian Siri II”;

Jangan ketinggalan mendapatkan 3 jenis corak setem dengan denominasi 50sen dan 30sen dengan rekabentuk yang menarik.
Yang KUKUR KELAPA tiga segi itu dijangka SOLD OUT sebab setem berbentuk begini jarang-jarang di keluarkan. Dapatkannya segera. Lagipun sejak kehadiran si Blander dan Kelapa Segera… bila la masanya korang nak guna kukur kelapa dan batu giling tu kan… huhu
Bermula jun ini, koleksi Folder Set untuk keluaran juga ini boleh anda beli secara online di https://www.posonline.com.my/eshop





Dah lama sangat article pasal setem nih. I dah beli dah 1 sheet. Maman dah beli ke? Iklan beria-ia….
Abis bila nak update cerita baru ni? Dengar-dengar banyak cerita sensasi sepanjang minggu ni yang sesuai diblogkan? Tak sabar i nak baca ayat-ayat cinta u?
alaa terlepas sudahhh
heheheheh dah dapatkan setem nie ari tu .. cantik … beli FDC jer