Apr 24 2009
Ada hati nak melabur walaupun tidak berwang
Dear Diary,
Penantian sudah membawa ke hari-hari terakhir. Merasa.
Maklumlah Sabtu minggu ini tak boleh senyum lebar sangat sebab kena bertugas. Maman pun pekerja biasa yang mengikut arahan. Jadi bersiap sedialah untuk bertugas pada hari minggu dengan hati yang terbuka dengan penuh tawaduk. Tiada lagi maknanya ungkapan TGIF yang sibuk dilaung-laungkan seperti selalu. Uwargh.
Foodcourt Plaza Angsana ditambah kapasiti tempat duduknya gara-gara MSAM. Kebanjiran orang yang datang melimpah ruah mungkin menyebabkan beberapa kanopi tambahan terpaksa di bina diruang kosong berhadapan foodcourt tersebut. Plaza Angsana juga secara tak langsung menerima limpahan pelanggan yang lebih dari biasa.
Memilih untuk duduk diruang tambahan sementara itu, seorang client maman di JB ni meluangkan masa sama-sama makan SOTO. Walaupun dia bukan mewakili mana-mana bank tapi dia advise maman untuk ambil loan ASB.
“Sekurang-kurangnya kau ada sedikit saving bila dah 20 tahun nanti…” katanya yang juga merupakan seorang pensyarah universiti tempatan. Beliau pun baru nak ambil loan ASB RM50K setelah 5 tahun ‘berfikir’.
Benar juga. Kadang-kadang kalau tiada unsur paksaan begini, menyimpan secara konsisten besar cabarannya. Bagi mereka yang berdisplin tinggi dalam menyimpan duit, buat loan untuk melabur adalah satu tindakan yang nampaknya seperti kurang bijak.Tetapi bagi sebahagian yang lain, loan ASB ini boleh jadi menguntungkan.
Thrill buat pinjaman Loan ASB ini adalah terletak pada BLR vs Dividen ASB yang tak menentu itu. Selain daripada itu maman rasa tiadalah memberi kesan yang ketara dalam meniti kedudukan kewangan si peminjam.
Loan ASB merupakan produk yang sangat popular dipasarkan oleh bank-bank yang terlibat dalam minggu saham amanah ini. tetapi setelah beberapa tahun penganjurannya, ianya tidak pernah menimbulkan minat maman untuk mengambilnya sehinggalah hari ini. Mungkin juga setelah diterjah oleh ramai sangat bankers nak offer produk ini maka leburlah Great Wall ini. huhu
Maman tiba-tiba teruja pula. perlukah sign up?





sye rase, klo nk buat pelaburan ASB ni, sebaik2nye elakkan yg loan tu.. bukan ape, sekarang krisis kwangan, bank ckp lain, tpi hakikatnye lain.. sye dapat advise ni pun dripada rakan2 forumer di topix.com suatu ketike dahulu..
Tpi klo Buat pelaburan ASB cara biasa tnpe loan, huh.. mmg sye respek, sesape yg x pndai simpan duit pun boleh jd berdisiplin.. insyaAllah.. bak kata pepatah.. sedangkan belakang parang yg tumbul tu pun klo di asah tajam jua ia..
BTW, sye juge ingin membuat pelaburan ASB dlm mse terdekat ni.. jaminan di mase lanjut nnti..
akak dolu pun terjebak amik loan ASB nih…sampai satu tahap xleh nak merelakan duit interest yg tinggi tu dapat kat bank. trus akak apply personal loan agro utk bayar balik semua balance tu. huh..lega rasa! nampak lah selepuk duit tu lam akaun/sijil utk buat “IBU $$”.
kalau rasa xberapa bagus nk simpan sendiri..ok jer nak amik loan nih, tp rasanyer lebih baik simpan sendiri tiap2 bulan dgn amaun yg sama utk bayar loan tu. lg semangat bila tgk duit tu bercambah. cumanyer jgn gatal tangan ler nak kuarkan!…