Mar 21 2008

Siapa Maman?

Published by maman

Tak kenal maka tak cinta.

Dahulunya maman menulis blog di http://mamanonline.wordpress.com. Mengambil nama maman yang juga merupakan panggilan yang keluarga gunakan, ianya menjadi nick bertuah bagi anak muda ini dalam siri jelajahannya di dunia maya ini. 

Menjadikan blog ini sebagai tempat mencurahkan rasa hati, maman hadir memeriahkan kelompok blogger yang membiak sangat pantas ini (walaupun kadangkala hakikatnya blog ini sunyi :P ).

Tidak seperti rata-rata penulis blog yang kita baca sebagai jutawan senyap atau jutawan internet, maman hidup serba sederhana seperti kebanyakkan masyarakat marhean Kuala Lumpur yang lain. Mendiami sebuah rumah flat berhantu dengan minat membaca terutama buku dan blog (minat terbaru), anda bakal berkongsi rasa tentang pengalaman hidup, hobi, dan perjalanan career beliau dalam blog  ini. Seperti kebanyakkan warga kota seperti anda, maman cuba menikmati hidup sesuai dengan gaji beliau yang tidak seberapa itu.

Maman mempunyai impian untuk mengubah hidup. Beliau percaya masa depan baginya adalah cerah dan beliau sedang menuju kearah destinasi itu. Bagi beliau, destinasi hanyalah satu permulaan kepada sebuah perjalanan. Kehidupan itu pula adalah satu perjalanan yang panjang. Apapun, perjalanan beribu batu tetap bermula dengan langkah pertama.

Anda bertuah kerana berpeluang membaca antara jejak-jejak kecil langkah awal beliau dalam perjalanan hidup ini yang beliau kongsikan disini. Inilah jejak-jejak yang membina rentetan pengalaman hidup maman yang sangat bernilai. Sesuai dengan gelaran maman yang bermaksud pakcik (dalam bahasa jawa), yang mengambarkan orang banyak pengalaman. :)

Selain sekadar membaca, anda juga bebas mengambil iktibar juga berkongsi rasa suka dan duka dengan beliau kerana maman adalah manusia biasa serba sederhana seperti anda.

Maman mengucapkan selamat datang dan salam perkenalan.

maman a.k.a chesoll
Dec 2007

P/S: Dari segi profesion, maman adalah seorang penasihat insurans sepenuh masa. Hubungi beliau untuk mendapatkan pelan perlindungan terbaik untuk anda dan juga keluarga.

One response so far

One Response to “Siapa Maman?”

  1. adie waridion 02 Mar 2009 at 4:11 pm

    hai chesol..ada blog rupanya erk..samalah kita..salam blog..

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply