Jul 29 2011
Speedy Great Eastern Takaful Medical Claim
Salam semua,
Semasa mula menulis untuk entri ini, maman sebenarnya ingin berkongsi pendapat dan cerita tetang ramai orang yang selama ini mudah berasa selesa dengan perlindungan medical yang disediakan oleh majikan masing-masing. Maman berfikir mahu meletak tajuk Medical Coverage: Personal vs Employer. Namun begitu ada permintaan juga supaya maman kongsi tetang pengalaman membuat tuntutan takaful (claim medical) baru-baru ini. Oleh kerana baru 2 hari lepas maman mendapat cek claim tersebut berjumlah RM10,863.00, maka maman dahulukan entri claim ini (Kronologi RM10,863.00) agar (kalau dapat) dimanfaatkan sebagai input berguna kepada anda;
Jika anda seorang perunding takaful baru (perhatikan teks biru), pengalaman ini boleh menjadi panduan sedikit sebanyak.
Jika anda salah seorang pelanggan maman (perhatikan teks hijau), jadikan senario ini input dalam memahami penggunaan dan fungsi medical card yang anda ada sekarang.
Jika anda seorang pelawat yang sedang mencari-cari pelan takaful medical(perhatikan teks merah), pengalaman ini dapat membantu bagaimana anda memilih kriteria produk terbaik.
Sebelum itu, kepada yang berminat untuk copy-paste sebarang artikel daripada blog maman ini, maman sangat menghargai agar anda dapat memberi kredit dengan meletakkan hyperlink semula ke laman ini. Satu tindakan paling mudah sebagai tanda masa dan usaha yang maman luangkan untuk menulis disini dihargai. Juga sebagai pemangkin semangat untuk menulis lagi pada masa akan datang.
Sebelum terlambat, maman ambil kesempatan ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi. Sudah pasti,masing-masing tentu mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna.
Oh ya, sebelum terlupa, sesiapa yang berhasrat hadir ke Takaful Motivational Seminar pada 30 July 2011 ini jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket yang sudah mula dijual. RM10 sahaja untuk menyaksikan penampilan julungkali gabungan Badrulhisham, Chung Muh Sha dan Ustaz Mohd Fauzi Mohd dalam satu platform. Sesuai untuk perunding takaful lama, baru dan juga mereka yang berhasrat ingin mengenali lebih lanjut industri takaful ini. Anda dijemput hadir. Hubungi maman jika berminat. Kepada yang tiada kelapangan untuk hadir, kembali ke laman blog ini untuk dapatkan sedikit corat-coret daripada majlis tersebut.
***
Kronologi RM10,863.00
24/03/2011
Hari ini seorang klien maman sudah diluluskan permohonannya oleh Great Eastern Takaful. Maka makluman diberi dan temujanji dibuat untuk maman serahkan dokumen sijil takaful dan medical card. Klien selesa untuk maman serahkan sendiri di pejabat beliau yang terletak disekitar stesyen LRT Masjid Jamek. Maman masih ingat, klien mencuri sedikit masa pejabatnya untuk mendengar penerangan terperinci dokumen sijil takaful yang maman bawa.
12/07/2011 (112 hari selepas itu)
Ketika ini maman bersama seorang rakan seagensi membuka kaunter di salah sebuah bangunan kerajaan. Semasa sedang sibuk mencari pelanggan baru maman dikejutkan dengan panggilan dan sms daripada klien memaklumkan mahu menggunakan medical card untuk operation apendiks. Klien pada awalnya sangka sakit bhgian abdomen itu tidak serius. Terkejut dia bila doktor menasihatkan pembedahan dijalankan.
Setelah membuat semakan, yakin bahawa medical card klien sudah selesai tempoh waiting period 30 hari dan payment pula tiada yang tertunggak, maman menyatakan bahawa medical card beliau sedia untuk digunakan bagi tujuan rawatan appendix tersebut.
“Gunakan Medical Card semasa nak admit di hospital” maman menjelaskan sekali lagi memandangkan klien ini baru pertama kali menggunakan medical card beliau.
Pihak hospital akan uruskan untuk dapatkan Guaratee Letter (GL) daripada Great Eastern.
“Jika ada sebarang masalah, inform saya” maman mengingatkannya.
Lagipun sebab polisi masih terlalu baru, takut kalau-kalau ada sedikit hiccup. Kebiasaanya bagi klien maman yang pernah claim, mereka sudah lama (bertahun) memiliki medical card, sememangnya urusan lancar. Tiada masalah.
Klien memaklumkan esok akan admit ke hospital Ampang Puteri.
*Simpan nombor telefon Health Department supaya mudah anda membuat semakan.
*Sentiasa maklumkan maman anda jika anda (client maman) mahu admit ke hospital. Sekurang-kurangnya untuk semakan. Juga monitor payment anda tiada tunggakan.
*Sakit boleh terjadi pada bila-bila masa. Kenapa anda masih lagi bertangguh untuk memiliki medical card?
13/07/2011
Pagi itu, maman membuat semakan kedua di Great Eastern. Namun begitu apa yang mengejutkan maman, GL tidak dikeluarkan untuk klien ini. GL tidak dikeluarkan kerana waiting period tidak cukup 120 hari.
Maman panik juga. Berdasarkan pengalaman wakil-wakil takaful senior yang maman kenal, rawatan apendiks tidak memerlukan 120 hari waiting period.
Kerana tidak puas hati, maman membuat semakan sekali lagi.
“Dalam sistem, klien encik admitted BUKAN sebab apendik, tetapi doktor state sebab URINARY COLIC” kata kakitangan di bahagian claim, Great Eastern. Perlindungan untuk Urinary Colic adalah selepas 120 hari daripada tarikh inforced 24/03/2011.
Apabila hubungi klien, beliau tetap konsisten menegaskan ianya apendiks, tetapi GL request daripada doktor mengatakan sebaliknya. Maman sedikit keliru.
Bila suasana agak tegang dan sedikit drama berlaku melalui corong telefon, maman membuat keputusan untuk datang sendiri ke hospital.
Maman bergegas ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Di admission counter, maman berjumpa dengan staff yang menguruskan GL klien maman untuk mengetahui lebih lanjut apa yang sebenarnya terjadi.
“Saya agen insurans kepada klien ini” maman memperkenalkan diri kepada kakitangan tersebut. Apa yang menarik, dalam masa kami berbincang menyelesaikan kekusutan, kakitangan tersebut sempat menyatakan “baguslah awak datang sebab ada juga kes macam ni yang agen dia tidak muncul langsung untuk membantu”.
Menurutnya, pihak hospital telah fax 3 request for GL ke Great Eastern, 2 daripadanya mengatakan Urinaric Colic kecuali 1 GL request yang menyatakan Acute Appendices. Mungkin kerana ketidak-konsistenan ini permohonan GL ini ditolak.
Klien juga kebingungan. Menurutnya pemedahan harus segera dijalankan. Khuatir jika apendik itu BURST bila-bila masa. Setelah sedikit perbincangan, klien setuju untuk menggunakan dahulu credit card.
“Jangan risau, saya akan tolong puan untuk buat claim bil rawatan ini selepas semua ini selesai” maman menyatakan, jika GL tidak dikeluarkan, bukan bermakna claim tidak boleh dilakukan. Kita masih boleh submit for claim untuk bil yang beliau sudah bayar. Claim beginilah yang kita selalu sebut ‘File and Claim’ itu. Yang penting, claim adalah genuine. Contoh claim yang tidak genuine adalah claim untuk penyakit yang pre-existing, jika itu memang tidak boleh.
Klien nampaknya kini lebih faham bagaimana proses membuat claim dan arif berkenaan waiting period 30 dan 120 hari. Berdasarkan pengalaman, paling molek selepas setahun, medical card mudah digunakan kerana semua penyakit sudah dicover oleh Great Eastern. Dinasihatkan, ambil perhatian jangan pula sampai lapse. Jika polisi lapse, waiting period akan kembali dikira dari zero.
*Penting untuk anda memastikan klien faham berkenaan waiting period dalam medical card. Tekankan sekali lagi semasa menyerahkan dokumen polisi.
*Jika anda (client maman) masih tidak jelas tentang waiting period ini, sila hubungi maman segera.
*Jika anda memiliki medical card nanti, pastikan wakil takaful anda menjelaskan tetang waiting period ini. Jika wakil hanya cerita yang manis-manis sahaja, ragui profesionalismnya.
16/07/2011
Maman curi masa sekejap melawat klien di Ampang Puteri sambil serah borang claim untuk diisi oleh klien dan juga doktor yang merawat. Lihat keadaan klien semakin bertambah baik. Discharge hari ini.
20/07/2011
Maman terima panggilan daripada klien menyatakan borang claim akan diserah selepas follow up pada 21/07/2011.
21/07/2011
Tengahari itu, client maman telefon daripada Ampang Puteri untuk menyerahkan borang claim. Hari ini merupakan temujanji beliau dengan doktor untuk follow up. Jadi kebetulan maman pun sudah ada disana klien ajak berjumpa dengan doktor sekali.
Petang itu maman menerima semua bil yang telah dibayar dengan jumlah adalah RM11,128.60.
Dalam laporan doktor juga (melalui CTU) klien maman TIADA pun menghidap URINARY COLIC. Mungkin doktor ada sebab tersendiri kenapa beliau isytihar begitu namun maman tidak faham kenapa perlu doktor menyatakan itu dalam GL request sedangkan doktor belum lagi pasti ada atau pun tidak (yang kemudian sebenarnya ianya memang tidak ada). Bukankah lebih elok dan memudahkan semua pihak jika pihak hospital confirm dahulu kemudian setelah sah, barulah request for GL seperti yang biasa dibuat oleh doktor-doktor daripada hospital-hospital lain.
Atas sebab itu jugalah maman menasihatkan klien untuk consider Gleneagals Hospital jika mahu mendapatkan apa-apa rawatan pada masa akan datang. Tawakal pun okay juga, ada klien maman yang pernah claim disana semuanya berjalan lancar. Lagi satu sebab lain, maman tak tahan dan tak faham ada sesetengah doktor yang kata-katanya suka merendah-rendahkan kita (wakil insurans) dihadapan klien. Sakit hati juga bila tak pasal-pasal, dihadapan klien dituduh kita ni kerjanya hanya menipu orang ramai. :’(
Walaupun mungkin doktor tersebut pernah berhadapan dengan kes-kes yang mana ada syarikat insurans yang susah nak bayar claim, tetapi membuat kesimpulan SEMUA syarikat insurans menipu adalah sangat tidak profesional. Sepanjang pengalaman maman buat claim, okay sahaja. Lagipun, maman juga boleh kata ada juga doktor yang menipu. Kalau maman kata dia menipu, tentu dia pun naik angin juga kan? haih.
Maman abaikan semua remarks nista yang doktor itu lemparkan kerana tujuan maman hanya satu iaitu untuk bantu klien. “You do your part, and i will do mine”
22/07/2011
Submit Claim tersebut ke Great Eastern Takaful.
25/07/2011
Maman menerima panggilan telefon daripada Great Eastern Takaful menyatakan cek mahu dipos atau diserah kepada maman.
26/07/2011
Maman ambil cek di Great Eastern untuk diserahkan kepada klien. Cek yang berjumlah RM10,863 melunaskan bil yang dicaj oleh pihak hospital.
*Ketika inilah peranan perunding takaful menjadi penting, kita sendiri yang memastikan semua dokumen lengkap untuk submit claim dan kita juga yang serahkan cek kepada klien. Secara tidak langsung menyatakan apa yang kita katakan semasa beliau tandatangan pelan takaful ini dahulu bukanlah cakap kosong.
*Sentiasa terus memastikan simpanan takaful bulanan anda tidak tertunggak. Jika polisi tidak lapse, memudahkan urusan claim dikemudian hari.
*Penting bagi anda yang bakal memiliki kad medical takaful untuk memiliki polisi daripada syarikat yang bereputasi tinggi dgn wakil yang anda selesa, percayai dan sedia membantu anda. Agar urusan dikemudian hari serba memudahkan.
27/07/2011
Hari ini maman meluangkan masa untuk serahkan sendiri cek tersebut kepada klien. Maman rasa gembira klien sangat berpuas hati apatah lagi cek dikeluarkan hanya memakan masa 1 hari sahaja (tidak termasuk 2 hari cuti sabtu ahad). Sedangkan maman maklumkan beliau sekurang-kurang cek mungkin keluar dalam masa 14 hari. Apabila klien sendiri membuat kiraan yang beliau baru sahaja simpan untuk 4 bulan, jumlah baharu dalam RM800 tetapi sudah claim sebanyak RM10,863, klien ambil keputusan ingin ambil satu lagi pelan medical card RM400 sebulan lepas raya ni. Alhamdulilah.
*tahniah kerana anda berpeluang untuk merasa pengalaman ini. Perasaan puas apabila menyerahkan cek claim kepada client adalah sukar digambar dengan kata-kata. Anda gembira kerana produk yang anda perkenalkan membantu klien. Hanya wakil takaful sahaja yang dapat alami perasaan begini.
Lebih manis, anda mungkin akan dapat referral ataupun kes baru. Jadilah wakil takaful yang suka membantu klien dan bukannya bernuansa komersil semata-mata. InsyaAllah rezeki pasti akan ada.
*tahniah juga kerana anda telah memiliki medical card berkualiti dan wakilnya yang prihatin.
*yang masih nak cari medical card tu nak tunggu apa lagi?. Anda sudah baca testimonial ini, masih tidak percaya? mahu hubungi sendiri klien maman tu pun boleh untuk confirmkan atau hubungi maman terus untuk dapatkan plan medical untuk anda.
THE END.
P/S: Jika ada staff Great Eastern Takaful membaca blog ini. Maman ucap Tahniah dan terima kasih selesaikan claim dibawah 4 hari. Keep it up!.








