Archive for April, 2011

Apr 18 2011

Rozita Dapat 1/2 Juta

Published by under Rupa-rupanya

Sebelum maman bertolak ke Melaka sebentar lagi, sempat juga update satu entri.

Jika anda membaca sisipan Pacaindera Ahad semalam (17/04/2011) terdapat berita bertajuk Rozita mendapat RM1/2 juta. Bila anda membaca artikel seterusnya, ianya menyatakan Rozita mendapat bayaran RM200,000 dan perlindungan insurans bernilai RM300,000. Dinyatakan juga Rozita adalah satu-satunya artis di negara ini yang dilindungi insurans sepanjang bergelar duta produk.

Maman agak keliru. Apa yang nak dikecohkan berdegar-degar dengan perlindungan insurans RM300K itu pun maman kurang faham. Wartawan yang menulis artikel ini cuba menggambarkan artis ini yang memiliki perlindungan bernilai RM300k itu sangat besar dan jarang-jarang dimiliki oleh orang biasa. Dan artikel ini juga boleh agak tersasar daripada tajuk kerana memiliki perlindungan RM300k tidaklah bermakna Rozita mendapat RM300k.

Persoalannya, kita kena lihat juga jenis perlindungan apa yang diberi, adakah ianya insurans hayat? atau Perlindungan Medikal ? atau Perlindungan Kemalangan Peribadi?. Jika jenis insurans Personal Accident yg bernilai RM300k, kita pun boleh perolehi hanya dalam premium RM25 sahaja sebulan. Majoriti klien maman yang menyimpan purata bulanan RM200 memiliki medical card coverage yang rata-rata mempunyai perlindungan maksimum sehingga RM960,000. Kalau begitu bolehkah maman menyatakan klien maman yang bekerja hanya sbg pemandu lori memiliki perlindungan yang jauh lebih besar daripada Rozita yang berpendapatan RM200,000 tersebut. Tetapi adakah kenyataan itu tepat?

Maka itu tuan-tuan, inilah pentingnya insurans/takaful education.

Mungkin kita juga tidak boleh menyalahkan wartawan tersebut yang memberikan maklumat mengelirukan kerana pengetahuannya dalam bidang insurans/takaful mungkin tidak banyak. Begitu juga maman perhatikan kepada kebanyakan daripada kita sepanjang maman bergelumang dalam industri ini, pengetahuan berkenaan insurans sangat terhad. Ditambah pula dengan persepsi negatif yang tidak tepat. Sehingga satu tahap tu ada seorang eksekutif bila maman tanya adakah beliau sudah memiliki insurans/takaful? dia menjawab sudah ada. Bila maman tanya lagi insurans apakah yang dia miliki itu? Dia menjawab ‘insurans kereta’.

Mungkin kesilapan maman disini adalah memberikan soalan yang tidak begitu tepat. Yang tidak menggambarkan apa yang maman ingin tahu sebenarnya iaitu dalam konteks perlindungan peribadi eksekutif tersebut. Maman percaya ramai yang masih keliru diluar sana. Insurans Peribadi, insurans perubatan, insurans kereta, insurans kebakaran, insurans MRTA, insurans pinjaman peribadi dan insurans credit card setiap satunya mempunyai fungsi berbeza-beza. Priority juga tak sama dan anda memerlukan adivsor untuk menerangkan kepada anda.

Selain itu, ini juga menunjukakan insurans itu luas dan produknya pelbagai. Pelanggan sendiri kadang-kadang pun keliru dan tidak faham apa yang mereka miliki dan pada keadaan bilakah perlindungan tersebut berjalan. Lebih sedih, ada yang tidak tahu menahu dan langsung tidak memberi peluang jika ada perunding seperti kami datang ingin menerangkan kepadanya. Ada juga yang membuat silap perbandingan antara produk insurans, umpama membandingkan epal dengan oren.

Maka tuan-tuan, sudah tiba masanya anda memberikan perhatian sedikit kepada perlindungan insurans dan takaful yang anda miliki. Jika belum, jangan segan-segan tanya maman. Wujudkan hubungan baik dengan advisor anda dan selalulah berkomunikasi dalam memastikan maklumat yang anda terima adalah betul. Semak dengan agen lain atau dengan company untuk double check.

Dalam masa terdekat ini maman mungkin akan cerita lebih lanjut berkenaan POLICY REVIEW, yg ada permintaan supaya maman kongsi. Maman juga akan dedahkan bagaimana seseorang klien itu jatuh kepada kategori KLIEN BERKUALITI.  InsyaAllah.

Watch out this space!

Salam jumpa lagi dan selamat memulakan tugas di hari isnin ni. Semangat ya!

No responses yet