Jan 19 2011
GREAT HEADSTART 2011
How the caterpillar cross the river?
Bagaimana ulat bulu melintasi sungai?
***
18 Januari 2011, Plenary Hall, KLCC. 12.30 : Maman berjaya juga bersesak-sesak diantara lebih 3000 perunding insurans/takaful Great Eastern yang berpusu-pusu untuk mendaftar masuk ke program Great Eastern Headstart 2011. Satu program tahunan yang maman kategorikan sebagai antara yang terpenting bagi semua agency force di Great Eastern. Bagi agen dibawah seliaan maman yang tidak dapat datang kali ini, maman sangat menyarankan untuk datang pada tahun depan kerana pengisiannya memberikan satu pandangan yang lebih jelas tetang industri dan juga arah tujunya. Bagi konsultan yang separuh masa, maman berani jamin walaupun anda mengambil cuti tahunan untuk hadir ke sini, ianya memang bebaloi.
Catatan yang anda baca diblog ini hanyalah 5% sahaja ilmu dan tips berbanding yang anda boleh kutip jika hadir sendiri.
***
Berbalik kepada soalan di atas tadi. How the catepillar cross the river?
jawapannya adalah dengan menjadi BUTTERFLY!
Anda mungkin selalu bermain dengan kata-kata hebat seperti cappucino, latte, dan sebagainya. Untuk kelainan cuba anda guna satu perkataan hebat Greek yang berbunyi METAMORPHOSIS!. Atau dalam bahasa Inggerisnya adalah TRANSFORMATIONS!
Ini ada kaitan rapat dengan 2 jenis pemikiran yang maman ingin kongsikan iaitu;
1. Caterpillar type thingking.
2. Butterfly mentality
Apakah yang membezakannya keduanya?
***
Seperti menonton 2 kali filem Avatar, 6 jam berada dalam dewan yang sejuk itu seperti sangat sekejap benar. Walaupun permulaan majlis agak lewat namun kickstart program tersebut dengan gambit yang sangat kreatif menghangatkan majlis dan memberikan mood tersendiri kepada lebih 3500 perunding di dalam dewan tersebut untuk mengikuti hingga ke akhirnya.
Maman teruja dengan ucaptama daripada Director&CEO Great Eastern Life Assurance Malaysia Bhd (GELM), Mr Koh Yaw Hui. Secara peribadi maman menyifatkan ketokohan dan bakat yang ada sebagai leader pada diri beliau amat terserlah. Sebagai audiens, maman percaya ramai yang sependapat bahawa jarang kita melihat seorang CEO yang begitu passionate seperti beliau. Tanpa teks, tanpa slide, tanpa rostrum, segala info, statistik dan hala tuju GE pada tahun 2011 dibentangkan dengan jelas dan terang. Beliau adalah public speaker yang bagus dan boleh juga dikira seorang motivator kerana setiap kata yang keluar dari mulutnya sungguh menginspirasikan.
Maman juga tertunggu-tunggu giliran Executive Director dan CEO Great Eastern Takaful Sdn Bhd, En Mohamad Salihuddin Ahmad yang membawakan panji baru di Great Eastern iaitu TAKAFUL. Satu kata yang terungkap; HEBAT!. Pemegang gelaran nama mesra Che Din ini pernah berkhidmat sebagai CEO di PrudentialBSN Takaful satu masa dulu. Jika anda melihat barisan kepimpinan syarikat spt insurans dan takaful ini, ianya adalah sangat berbeza dengan CEO syarikat-syarikat konglomerat yang lain. Anda akan dapat rasakan.
Reputasi perkhidmatan dan produk GELM telah menjadikan PRESTIJ dan benchmark Great Eastern Takaful di letakkan tinggi. Oleh itu satu-satunya perbandingan paling hampir (jika boleh dilakukan pun) hanyalah dengan PRUBSN. Pelanggan GE Takaful akan mendapat kualiti produk dan servis setanding dengan GE Assurance yang memang telah diketahui ramai reputasi dn prestijnya itu. Malahan apa yang ditawarkan GE Takaful sudah pasti LEBIH BAIK daripada pesaingnya kerana untuk meningkatkan daya saing, Che Din telah memperbaiki kelemahan dan menambah baik kualiti berbanding produk takaful yang pernah diterajuinya dahulu.
Jika Che Din dulu pernah menjadikan PruBSN syarikat takaful No.1, kini harapan besar diletakkan dibawah kepimpinan beliau untuk memacu Great Eastern Takaful di tempat yang sepatutnya iaitu No.1. (atau sekurang-kurangnya pun top 3)..apatah lagi jika mengambil kira Great Eastern telah menunggu selama EMPAT tahun untuk menggenggam lesen takaful ini.
Untuk mencapai aspirasi tersebut, Che Din telah mengumumkan beberapa berita baik termasuk ; kempen istimewa untuk agen dan keluarga, Tambahan 4 Riders Takaful baru untuk pilihan pelanggan, Sabai-Sabai II – Phuket, dan banyak lagi yang akan datang.
Istimewa seperti yang dijangka, team iGreatFellas tampil mempersembahkan lagu Takaful You and Me yang semakin popular sekarang ini.
Kudos! you rawk iGreatFellas!
***
Jadi apa yang membezakan Caterpillar type thingking dan Butterfly Mentality?
Ulat bulu kebiasaanya makan, tidur dan kerja terlalu sedikit. Anda mungkin boleh boleh nampak sikap ini pada sesetngah orang spt abang ipar anda misalnya? (sekadar contoh : makan, tido, komplen,komplen,komplen)
Butterfly pula TERBANG!. Ingat fakta yang anda baru baca ini; Halangan TERBESAR bagi caterpillar adalah bagi Butterfly, perkara INDAH. (Sungai adalah halangan terbesar bagi caterpillar tetapi adalah pandangan indah bagi seekor rama-rama)
Caterpillar melihat masalah dimana-mana, Butterfly pula melihat, (jika kita transfom) melalui masalah ini boleh dijadikan peluang.
Sesetengah daripada kita melihat hidup seperti caterpillar diatas sedangkan sebenarnya takdir kita adalah butterfly.
***
Selepas ucaptama dan memperkanalkan tema Great Eastern pada 2011 yang bernada Embracing Opportunities, Building Great Success, satu persatu destinasi Supremacy Summit dibawakan kepada audiens.
1. EXCELLENCE AWARD : AMSTERDAM & PARIS
2. PREMIER AWARD : DUBAI & ABU DHABI
3. ELITE AWARD : GUANGZHOU
Dan juga special SABAI-SABAI 2 trip ke PHUKET.
Setiap yang hadir diberikan passport yang sudah dicop di semua destinasi diatas mengkobarkan semangat mereka.
***
Apa yang anda baca berkenaan dengan catepillar dan butterfly di atas adalah sebahagian daripada tips yang maman kongsikan diinspirasikan daripada sessi terakhir program ini. Talk yang telah disampaikan dengan berkesan, walaupun santai oleh Dr Andrew Goh ini sangat fantastik. Jadi selapas ini jika anda melihat status berbau caterpillar vs butterfly mentaliti di facebook atau twitter maman, tahulah anda apa yang maman maksudkan.
Selain itu juga, Dr Andrew Goh telah mendemonstrasikan 10 Fakta New Sales Idea. Jika maman tulis disini semuanya muntah pula pembaca blog ini mahu membacanya. Namun jika anda tidak dapat hadir semalam (atau keluar awal) dan ingin mengetahui 10 fakta ini, maman boleh emailkan. Murah sahaja hanya RM5 upahnya.
Kredit untuk Dr Andrew! Yang telah menyempurnakan program Headstart 2011 sebagai satu yang akan dikenang.
Sampai jumpa lagi di Headstart 2012
Love,
LIKE GE Takaful on Facebook







