Archive for December, 2010

Dec 20 2010

KERJA GILA

Published by under Berakit ke hulu

Hari itu maman memutuskan untuk memulangkan kembali wang pendahuluan yang telah pelanggan ini serahkan beberapa hari lalu.

“ini duit first payment RM300. Bermaksud application Mr Chin (bukan nama sebenar) untuk insurans saya tidak teruskan”

Mr Chin memandang maman. Mungkin cuba memahami butir kata yang maman baru keluarkan.

“Ya saya faham”.. ujarnya.

Semasa perjumpaan itu, mungkin Mr Chin tidak menjangka yang maman akan memulangkan semula duitnya dan maman tidak mahu meneruskan permohonanya. Dia juga telah menyiapkan beberapa dokumen yang menyatakan segala ubat dan juga penyakit yang dia ada sekarang. Mujur tiada rusuhan, tiada amukan.

Sekali pandang, macam kerja gila bila perunding insurans mahu memulangkan semula duit yang pelanggan sudah bayar untuk perlindungannya. Apatah lagi bila hari closing date untuk submission bisnes baru 2010 semakin hampir.

2 HARI SEBELUMNYA

Hari ini maman menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan di pejabat bersebelahan. Hairan kerana maman tidak pernah berurusan dengan pejabat Agensi itu walaupun mereka juga merupakan wakil kepada Great Eastern (GE). Menurutnya seorang pelanggan maman sedang menunggu maman di pejabat.

“Mesti Mr Chin” terdetik di hati maman.

Sangkaan maman tepat. Namun begitu appointment maman dengan dia adalah pada jam 11.00am.  Sedangkan pada waktu itu baru jam 9.00.

Maman bergegas ke pejabat kerana pejabat masih berkunci. Maklumlah kerja seperti maman, tidak pernah lekat di pejabat. Kadangkala seminggu sekali nak jenguk opis pun kira nasib untung.  Temujanji sarapan pagi yang telah dirancang terpaksa pula maman batalkan.

Dalam perjalanan, maman terimbas kembali peristiwa semalam yang menemukan dia dengan maman.

***

Mr Chin adalah pelanggan yang berhenti untuk bertanya apa yang maman jual di kaunter Great Eastern, Medan Selera Jalan Duta semalam. Bia begitu berminat untuk mengetahui apa faedah insurans yang maman tawarkan.

Mr Chin memperkenalkan diri sebangai seorang penjual sayur yang mata pencariannya diperolehi dengan menaiki motor mengagih-agihkan sayuran jualannya disekitar taman-taman perumahan.

Menyedari kerjanya yang agak terdedah kepada bahaya, maman sangat menyarankan dia mengambil perlindunagan terutamanya jika berlaku kemalangan dan juga perlindungan perubatan sekiranya terpaksa menerima rawatan di hospital. Kebiasaannya dilema mereka yang bekerja sendiri adalah terpaksa mengeluarkan simpanan sendiri jika terpaksa masuk hospital. Ramai yang masih kurang sedar yang mereka boleh berjimat dengan hanya mendapatkan Kad Perubatan daripada syarikat takaful/insurans.

“Kalau gila, you all cover tak?” antara soalan yang dia tanya semasa sesi penerangan produk.

“Ya, kalau semasa sign polisi pelanggan waras. dan katakan doktor mengesahkan dia gila dua atau tiga tahun kemudian maka kita akan berikan tuntutan” jawab maman dengan yakin.

Pertemuan hari itu berakhir dengan Mr Chin setuju mengambil polisi untuk dirinya dan dia bergegas ke Bank Simpanan Nasional untuk mengeluarkan wang sebagai pendahuluan sebanyak RM300. Hari itu, maman tutup kaunter dan pulang dengan hati girang seperti nelayan pulang membawa hasil tangkapan ikan dilaut.

***

Semasa kereta yang maman pandu sudah sampai di pejabat, maman hanyalah menjangkankan Mr Chin mungkin ingin batalkan permohonnya semalam. Semasa maman menerangkan semula produk yang dia ambil dan dia menyatakan sebenarnya dia ingin declare penyakit yang dia tak declare semalam semasa soal-selidik. Sangkaan maman  dia mahu batalkan permohonan meleset. Mungkin dia tak tidur malam memikirkan yang dia tak declare sehingga datang ke pejabat seawal pagi itu.

Rupa-rupanya dia ingin membuat declaration bahawa dia ada menghidapi SKIZOFRENIA. Dan dia terus mendesak untuk meneruskan permohonan tersebut walaupun maman menasihatinya supaya ada baiknya dia berfikir terlebih dahulu.

Maman terkesima sekejap dengan kesungguhannya. Mungkin kalau GE yang reject application Mr Chin lebih proper, fikir maman pada awalnya.

Tetapi maman silap, selepas berjumpa dengan Mr Chin di pejabat hari itu, maman ditemukan dengan beberapa peristiwa yang agak ganjil.

Dia membuatkan maman terperanjat apabila dia muncul kembali ke pejabat secara tiba-tiba selepas kami off kan perjumpaan tersebut, hanya untuk memberikan maman setin coke. Sedangkan dia sudah turun dari bangunan pejabat lima tingkat itu.

Tidak lama kemudian maman menerima panggilan daripada Bank Negara menyatakan seorang pelanggan maman ingin membatalkan polisi. Mr Chin sudah sampai ke bank negara dan menurut kakitanga Bank Negara itu, dia ingin membatalkan polisi yang dimohonnya.

Tidak lama selepas itu pula maman menerima panggilan telefon daripada Pengawai Khidmat Pelanggan Great Eastern menyatakan ada pelanggan nak bercakap dengan maman. Apabila talian diserahkan kepada pelanggan tersebut, suara yang maman dengar adalah tak lain tak bukan suara Mr Chin. Kali ini dia suruh maman buat quotation untuk Endowment Plan pula.

Maman bingung. Apakah erti semua ni???

Dalam masa tak sampai 2 jam dia sudah sampai di 2 tempat yang berbeza hanya untuk membuat perkara yang dia boleh tanya ketika maman berjumpa dengan dia 2 jam yang lalu.

Sebelum maman sendiri yang jadi gila, baik maman ambil langkah berjaga-jaga. Hati sudah tidak berapa tenang dan maman membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan Mr Chin. Biar hilang customer tetapi hati tak risau.

Harap-harap dia faham bila maman memberitaunya maman mahu berjupe keesokkan harinya.

Takut pula kalau-kalau dia bawa pisau ke? Tiba-tiba dia Amok sebab kita tak nak teruskan apa yang dia nak. Nauzubillah.

***

Alhamdulillah.. mujur semuanya selamat dan panggilan telefon dia tidak ada lagi menganggu hari-hari maman yang mencabar. Pengalaman yang memang maman tidak akan lupakan dikala masa sudah suntuk untuk mengejar nak cukupkan target 2010 ni.

6 responses so far