Archive for March, 2010

Mar 11 2010

Once gone, Never come back

Published by maman under Cerita Agen

Cuaca panas Kuala Lumpur memanggang seluruh penghuninya. Yang berkerja di pejabat seolah-olah tidak mahu keluar. Yang berada dirumah mungkin berfikir seribu kali untuk keluar tanpa sebarang urusan penting.

Tetapi akhir-akhir ini, hujan sudah mula sudi untuk turun di ibukota ini. Dari tingkap kereta, melihat ke langit yang mencurahkan butir-butir hujan, bagaikan satu pesta. Hati menari girang meraikan Kuala Lumpur tidak lagi dipanggang. Namun bila melihat ke arah jalan, kesesakkan lalulintas yang panjang pula menjadi hidangan.

Perjalanan dari Shah Alam ke KL yang sepatutnya lancar menjadi sebaliknya. Beberapa appointment di Shah Alam berjaya maman penuhi, antaranya berjumpa seorang client yang permohonan Medical Cardnya sudah diluluskan. Maman bersyukur kerana proposal medical card yang R&B 300 dengan maksimum claim sehingga RM1.2 Juta itu diterima tanpa banyak kerenah. Sekurang-kurangnya client sudah tidak risau tetang perbelanjaan perubatannya sehingga beliau mencecah usia 80 tahun nanti. Peluang ini belum tentu beliau akan dapat lagi jika beliau menagguhkan untuk mendapatkan kad perubatan itu sekarang.

Sebelum ke Shah Alam pada pagi Isnin itu, seperti biasa maman hadir ke pejabat DNA group di Pandan Indah. Daripada jam 9-10 pagi inilah masanya ahli-ahli DNA-Pandan Indah untuk update sesama sendiri tentang kes yang berjaya diperoleh dan juga berkongsi pengalaman bisnes dalam minggu lepas. Pagi tu cikmis berkongsi bagaimana beliau closed 7 kes dalam minggu lepas. Ini adalah case sharing yang sangat menarik kerana pada minggu lepas cikmis tidak sehat, lantaran pula banyak jemputan untuk beliau deliver talk sana sini termasuk daripada syarikat insurans lain. Bila maman melihat orang seperti ini, selalu terdetik dalam hati, Bilakah masanya orang seperti ini berasa penat?. Ataupun mungkin penat itu sudah tidak ada dalam kamus hidup mereka. Melihat bagaimana orang lain menggunakan 24 jam mereka menjadikan maman bermuhasabah pada diri sendiri apa yang telah maman lakukan pula dengan 24 jam milik maman.

Sebelum pulang petang itu, maman singgah dipejabat seorang prospect client untuk mengambi beberapa buah polisinya untuk maman review. Minggu lepas maman ada buat presentation untuk Education Plan anak beliau. Oleh kerana beliau memang sudah ada banyak polisi jadi maman menawarkan khidmat untuk membuat review polisi sedia ada kerana perlindungan yang ada sekarang tidak boleh hanya berpandukan kata-kata agen sahaja. Apatah lagi untuk pembelian insurans melalui telefon atau telemarketing yang semakin banyak sekarang. Apa yang dikatakan oleh telemaketer mungkin tidak sama dengan polisi atau kemungkinan berlaku salah faham tetap ada. Jika tidak disemak sekarang, salah faham ini boleh menimbulkan kesulitan dimasa hadapan jika musibah melanda.

Petang itu maman membawa pulang seikat dokuman yang mengandungi buku-buku polisi.

Hari ini maman telah belajar, 3 perkara dalam hidup ini jika telah pergi TIDAK akan kembali lagi; Masa, Kata-kata yang telah dikeluarkan dan Peluang.

2 responses so far