Jan 23 2010
21 hari mencari calon client
Hujung minggu pada maman adalah masanya yang sesuai untuk imbas kembali aktiviti yang sudah berlaku sepanjang minggu lalu. Jika disenaraikan, aktiviti minggu yang sudah memang agak padat.
Jika tidak disenaraikan pun maman tahu maman telah menjalani minggu yang sibuk apabila melihat keadaan bilik tidur maman yang terbiar (dengan kata lain tidak terurus). Maman adalah satu-satunya penghuni bilik ini tetapi jika ada orang luar yang menjenguk bilik ini mungkin mereka menyangka seolah-olah bilik ini disepahkan oleh dua tiga orang penghuninya. Sehinggakan jika ada perompak yang pecah masuk ke bilik maman, mungkin mereka akan menyangka sudah ada perompak lain yang sudah datang terlebih dahulu daripada mereka bila melihat keadaan susun atur bilik ini yang berkonsepkan tunggang langgang (Nota: kawasan flat ini memang digazetkan sebaga kawasan HITAM oleh polis).
Inilah antara kesan langsung daripada tindakan maman untuk mengubah tabiat agar bangun lebih awal dan pergi kerja juga lebih awal. Perangcangannya, untuk maman nak mengemas bolehlah dilakukan pada waktu petang (tidak pada waktu pagi sepertiĀ rutin dahulu) tetapi acapkali rasa malas umpama bergayut dihulu hati.
“8.30 pagi mesti sudah terpacak di opis Cik Mis” maman punya IO (sha) memberi ingatan sehari sebelum hari pertama projek kami bergabung dengan cikmis berlangsung (projek cold call). Melakukan panggilan telefon sejuk (cold call hehe) sejam setiap hari bermula 9.00 pg itu adalah antara perubahan besar aktiviti kerja untuk tahun ini. Dulukala, biasanya kalau ke opis dalam jam 10 pg. Sekarang tidak lagi.
Dalam proses biological clock maman mahu bergerak seiring dgn alarm clock mekanikal, kadang-kadang terbabas juga. Celik-celik mata, sebelum anggota badan lain bergerak, otak ni dah kata “for thing to change, I must change first”. Bingkas maman bangun dan bersiap secepat polis angkasa gaban menukar uniform.
Dan beberapa minit kemudian, maman sudah berada di kedai makan yang terletak dibawah pejabat cikmis. Tetapi biasanya cikmis dan IO sudah sampai dahulu daripada maman. Sigh.
“Perbaiki dan ulang selama 21 hari, insyaAllah lepas tu akan ok” kata cikmis.
Pejabat cikmis terletak ditingkat atas sebuah kedai cat. Pejabatnya tidak besar tetapi ruang digunakan maksimum. Ada dua bilik dan juga beberapa meja yang digunakan oleh beberapa orang pekerja termasuk PA cikmis yang baru bertugas dalam sebulan yang lalu. Pertama kali masuk ke pejabat cikmis, pandangan maman melekat pada beberapa trofi anugerah pencapaian yang cikmis perolehi sepanjang kariernya dalam industri ini. Termasuk beberapa selepang MDRT qualifier yang diselepangkan dikerusi dalam biliknya.
Aktiviti cold call kami berlangsung di bilik hujung yang menempatkan 4 buah meja disusun menjadi seperti satu meja mesyuarat. Sebuah miniatur kapal laut yang agak besar terletak dihujung meja yang lebih meragut perhatian berbanding barang lain dalam bilik itu. Menurut Sha kapal itu dibeli semasa cikmis pergi ke Vietnam dahulu. Walaupun miniatur, kapal itu nampak besar tapi maman rasa ianya agak fragile. Maman rasa begitu kerana setiap kali maman bersin, maman perasan kapal itu seolah-olah bergegar dan layarnya beralun. (Nota: maman selalu bersin pagi atau di tempat beraircond kerana sinusitus)
Diam tak diam sudah 6 hari aktiviti ini berlangsung. Apa yang sepatutnya dicakap dalam telefon, bagaimana untuk set appointment on the spot dan bagaimana nak dapatkan/rekod nombor yang berkualiti semua itu maman belajar daripada projek yang sudah masuk hari ke 6 ini. Skrip yang cikmis share kepada kami sangat mujarab. Sehingga dalam satu masa kami boleh set 2 hingga 3 appointment sehari. Jika anda diluar sana ingin belajar membuat panggilan telefon yang berkesan untuk mendapatkan appointment, jom join gruop kami ini.
Sepanjang 6 hari ini juga banyak insiden lucu terjadi, InsyaAllah ada masa maman akan share pelbagai cerita lucu semasa menjalankan aktiviti ini.
Memang enjoy.




