Oct 17 2009
Sharing is sexy
testing
tak kuar pun plugin sexybookmark??
Oct 03 2009
30 Sept 2009 adalah harinya.
Satu perasaan yang luar biasa sekali apabila maman melangkah keluar daripada pejabat kerana ini adalah hari terakhir maman bergelar sebagai kakitangan PMB. Juga melepaskan jawatan Penolong Pengurus yang sudah hampir memasuki tahun ke 3.
Maman hilang kata-kata untuk mengambarkan keseluruhan rasa ketika itu. Bukan seronok, bukan juga sedih dan bukan juga menyesal. Semuanya diadun menjadi satu. Seperti anda pindah ke rumah baru, masuk ketempat baru adalah mudah. Tetapi untuk meninggalkan yang lama pada maman adalah sukar. Ada satu rasa tidak mahu meninggalkan kerana setiap perkara yang ada dipejabat ada nostalgia yang tersendiri. namun maman terpaksa unload semua perasaan berat itu. Yang pasti kenangan dan kawan-kawan adalah yang maman tidak akan leraikan sampai bila-bila.
Sehingga sedikit gegaran bencana alam yang maman tiba-tiba rasa dianggap oleh maman pening kepala kerana menakung rasa berat hati untuk meninggalkan. Rupa-rupanya memang itu gegaran gempa bumi yang berlaku di Indonesia.
Malam itu maman adalah kakitangan yang paling lewat pulang. Seperti biasa, maman tutup semua lampu pejabat. Pintu utama pejabat itu maman kunciĀ dan punch out. Dan syahdu menyusup bila mengenangĀ ini adalah kebiasaan yang terakhir. Rakan-rakan yang mengucapkan selamat tinggal dan bermaaf-maafan siang tadi silih berganti menerpa dalam kotak ingatan.
Semasa memandu pulang kerumah daripada tempat kerja lama, itu adalah saat yang sangat lapang yang maman TIDAK AKAN LUPAKAN. Landskap dan neon disepanjang jalan terasa begitu indah.Sebelum ini, memandu pulang kerumah tidak pernah merasa nikmat seperti ini.
Semasa hampir sampai kerumah, ada satu mini pesta yang berlaku di kawasan business centre berhadapan LRT cahaya itu. Tanglung dipasang disepanjang kawasan ini. Mungkin mereka sedang meraikan pesta tanglung, detik hati ini. Tiba-tiba, maman mendengar dentuman seperti meriam. Dalam tidak sampai beberapa saat, langit malam yang hitam disimbahi bunga api pelbagai formasi dan rona warna. Berselang-selang dengan jeritan penonton yang berhimpun.
Pertunjukan bunga api itu melengkapkan perasaan gembira dan bebas yang menjalar disetiap nadi yang susah untuk maman ungkapkan.
***
P/S: Dari pegalaman ini, maman percaya setiap individu berhak untuk merasa kebebasan dalam diri sendiri, Ini juga merupakan sebab yang paling besar kenapa maman menceburi bidang insurans ini. Jika anda tertekan dengan kerja anda sekarang, bidang yang maman ceburi ini BERUPAYA membantu ANDA untuk BEBAS dan anda boleh menjalani hidup seperti yang anda mahukan.
Jika anda bersedia untuk membebaskan diri anda daripada perangkap kerja anda sekarang, maman disini bersedia untuk bersama-sama dengan anda untuk kita sama-sama memulakan kembara kejayaan ini.
Success is NOT a destination,its the journey.