Archive for October 30th, 2009

Oct 30 2009

Maka Si Oktober pun berlalu

Published by under Berakit ke hulu

Sudah dua jumaat, solat jumaat maman menepati konsep LIFO (last in first out) Datang akhir balik awal. Ingatkan hari ini boleh perbaiki, tapi ermmm hampeh juge.

Semasa entri ini ditulis, langit sudah mulai diselimut awan hitam. Bila-bila masa sahaja butiran air hujan akan menyimbah Kuala Lumpur. Rancangnya, petang ini maman akan bertolak ke kampung menziarah ibu. Lagipun maman cuba mengotakan janji kepada diri sendiri untuk pulang kekampung pada setiap hujung bulan.

Seperti baru semalam rasanya maman meraikan 30 September, sekarang sudah dihujung Oktober. Diam tak diam 2010 sudah mulai mengintai-intai.

Sebelum Disember datang berlabuh, maman bersyukur sempat melengkapkan syarat CPD hours (Continues Personal Development) yang wajib disempurnakan oleh setiap yang bergelar perunding insurans setiap tahun. Anggaplah ianya seperti kita melengkapkan credit hours semasa di universiti dahulu.

Trainning Advance Sales Programme yang berjalan selama 3 hari itu sebenarnya satu knowledge sharing yang sangat menyeronokkan. Walaupun maman belum pernah menjual insurans untuk korporat atau business owner, pendedahan dalam kursus 3 hari ini sepeti membuka mata tentang potensi besar dalam industri ini sekiranya kita mahu pergi lebih jauh daripada hanya personal sales. Dalam masa yang sama, advisor ditekankan untuk menjaga etika kerja pada tahap paling tinggi terutamanya TIDAK memburuk-burukkan produk dan perkhidmatan syarikat pesaing sebagai strategi pemasaran.

***

Prospect Client #5 yang bersetuju setkan appointment pada Khamis lalu nampaknya belum menunjukkan apa-apa signal untuk mendapatkan apa-apa plan insurans. Namun dia memberi kebenaran untuk maman review semula semua beberapa polisi yang beliau sudah miliki pada waktu ini. Selepas solat Jumaat itu juga maman menyempatkan diri membuat beberapa panggilan telefon untuk confirmkan beberpa new appointment pada minggu depan.

Malam itu, semasa maman memandu meredah hitam pekat di Lebuhraya Utara Selatan menuju kampung halaman, hujan lebat menjadi teman sepanjang jalan. Petir menyergah sekali sekala.

Mengimbas semula aktiviti maman dalam seminggu ini, walaupun tiada sebarang sales baru, maman tahu telah melakukan apa yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya minggu ini adalah lebih baik daripada minggu sebelumnya.

Hidup ini indah.. Selamat tinggal Oktober.

2 responses so far