Oct 19 2009
Separuh bulan…
Maman sudah lama berlatih untuk menerima konsep “Kita tidak mungkin dapat SEMUA yang kita inginkan”.
Dari kecil, kita tidak mungkin dapat semua mainan yang kita mahukan. Semasa belajar, kita tidak mungkin dapat pergi ke semua tempat belajar yang kita angan-angankan. Semasa jatuh cinta (hehe ada ke), kita mungkin tidak diterima oleh semua orang yang kita dambakan. Semasa bekerja, kita mungkin tidak dapat semua kerjaya yang kita idamkan. Maman fikir ianya sudah cukup untuk mengajar maman tentang rezeki dan takdir. Rupa-rupanya maman masih lagi belum mangli.
Sudah hampir separuh bulan maman berasak dengan gelombang hidup seorang penasihat insurans. Dalam tempoh ini, maman tahu jalannya adalah tidak mudah. Dan maman jangan sekali-kali tunduk dengan keadaan. Tekad itu maman tanam dalam-dalam.
Pendek kata, walaupun maman ketandusan sales kerana tiada lagi case closed, maman tetap cuba dan cuba.
“Saya ada parent, semakin hari mereka semakin tua. Adalah menjadi impian setiap ibu bapa mahu untuk melihat anaknya berjaya dalam kerja dan juga hidup. Ini yang akan menyebabkan mereka berasa tenang dan tidak risau lagi tentang masa depan anaknya. Kerana itulah setiap kali memikirkan berkenaan ini akan membuatkan saya gigih untuk buat satu lagi panggilan, dan berjumpa seorang lagi bakal pelanggan. Saya mahu memastikan parent saya dapat melihat kejayaan saya sebelum mereka menutup mata buat selamanya”
Kata-kata daripada speaker yang maman hadiri ‘talk’nya pada hari pertama maman turn Fulltime itu terulang tayang dalam kepala ini. Kata-kata yang menyuntik inspirasi kepada lebih kurang 1000 agen yang hadir pada hari itu termasuk maman.
Dalam masa-masa awal pembabitan ini, ramai agen yang berpengalaman menekankan agar maman mulakan dengan membina habit yang betul. Sebab itu, dalam maman masih lagi menyesuaikan diri dengan rentak time freedom, maman seboleh-bolehnya akan buat new appointment setiap hari. Maman juga cuba membiasakan diri dengan jadual baru ini dengan penuh displin.
Maman cuba buang jauh-jauh kebimbangan-kebimbangan yang datang sepertimana maman lemaskan kebimbangan yang pernah tenggelam timbul semasa maman membuat keputusan berhenti dahulu. Ketika itu apa yang maman pahatkan kepada diri sendiri adalah;
“I will. I will climb this mountain. They told me it is too high, too far, too steep, too rocky and too difficult. But it’s my mountain. I will climb it. You will soon see me waving from the top or dead on the side from trying.”
Setinggi mana gunung, kalau kita berjaya mendaki puncaknya. Ianya akan berada dibawah kaki kita.
Dan dalam proses ini maman betul-betul belajar satu erti hidup: Hidup ini adalah sukar.




