Archive for October, 2009

Oct 30 2009

Maka Si Oktober pun berlalu

Published by maman under Cerita Agen

Sudah dua jumaat, solat jumaat maman menepati konsep LIFO (last in first out) Datang akhir balik awal. Ingatkan hari ini boleh perbaiki, tapi ermmm hampeh juge.

Semasa entri ini ditulis, langit sudah mulai diselimut awan hitam. Bila-bila masa sahaja butiran air hujan akan menyimbah Kuala Lumpur. Rancangnya, petang ini maman akan bertolak ke kampung menziarah ibu. Lagipun maman cuba mengotakan janji kepada diri sendiri untuk pulang kekampung pada setiap hujung bulan.

Seperti baru semalam rasanya maman meraikan 30 September, sekarang sudah dihujung Oktober. Diam tak diam 2010 sudah mulai mengintai-intai.

Sebelum Disember datang berlabuh, maman bersyukur sempat melengkapkan syarat CPD hours (Continues Personal Development) yang wajib disempurnakan oleh setiap yang bergelar perunding insurans setiap tahun. Anggaplah ianya seperti kita melengkapkan credit hours semasa di universiti dahulu.

Trainning Advance Sales Programme yang berjalan selama 3 hari itu sebenarnya satu knowledge sharing yang sangat menyeronokkan. Walaupun maman belum pernah menjual insurans untuk korporat atau business owner, pendedahan dalam kursus 3 hari ini sepeti membuka mata tentang potensi besar dalam industri ini sekiranya kita mahu pergi lebih jauh daripada hanya personal sales. Dalam masa yang sama, advisor ditekankan untuk menjaga etika kerja pada tahap paling tinggi terutamanya TIDAK memburuk-burukkan produk dan perkhidmatan syarikat pesaing sebagai strategi pemasaran.

***

Prospect Client #5 yang bersetuju setkan appointment pada Khamis lalu nampaknya belum menunjukkan apa-apa signal untuk mendapatkan apa-apa plan insurans. Namun dia memberi kebenaran untuk maman review semula semua beberapa polisi yang beliau sudah miliki pada waktu ini. Selepas solat Jumaat itu juga maman menyempatkan diri membuat beberapa panggilan telefon untuk confirmkan beberpa new appointment pada minggu depan.

Malam itu, semasa maman memandu meredah hitam pekat di Lebuhraya Utara Selatan menuju kampung halaman, hujan lebat menjadi teman sepanjang jalan. Petir menyergah sekali sekala.

Mengimbas semula aktiviti maman dalam seminggu ini, walaupun tiada sebarang sales baru, maman tahu telah melakukan apa yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya minggu ini adalah lebih baik daripada minggu sebelumnya.

Hidup ini indah.. Selamat tinggal Oktober.

2 responses so far

Oct 23 2009

#1

Published by maman under Uncategorized

Satu perkara menarik menjadi seorang perunding insurans adalah dari segi masa bekerja yang flexsibel.

Hari itu maman tiba ke office sudah tengahari. Ada beberapa call perlu dibuat untuk confirmkan appointment dan juga menyediakan protection proposal plan untuk appointment dengan seorang prospect client pada jam 8.00 malam nanti. Dalam masa yang sama, maman juga perlu confirmkan dengan beberapa orang bakal agen yang maman jemput untuk menghadiri taklimat BOP (Business Oppurtunity Presentation) yang di anjurkan oleh BDU (Bumiputera Development Unit) malam ini. Pada malam itu CikMis akan berkongsi pengalaman dan kisah kejayaannya.

Malam itu, appointment di Sri Hartamas itu berlangsung dengan jayanya apabila prospect client bersetuju untuk ambil plan Smart Protect. Smart Protect adalah satu produk investment link yang paling ramai client maman ambil, tidak hairanlah juga prospect client yang ini pun berminat apatah lagi memandangkan situasinya yang baru sudah bergelar suami. Beliau tertarik dengan plan perlindungan ini kerana selain daripada perlindungan hilang nyawa, kad perubatan, sakit kritikal dan kemalangan, plan ini juga menyediakan pelaburan yang bakal memberikan client satu cash value untuk sebarang kegunaannya dimasa hadapan.

Tidak seperti semasa mula-mula menjadi agen dulu, menghantar new business memerlukan pelbagai borang yang perlu diisi, kini tidak lagi kerana semuanya submission boleh dilakukan secara online sahaja. Selagi ada akses internet, sales baru boleh disubmit. Maman nantikan suatu hari nanti bila submission boleh dilakukan menggunakan iPhone sahaja. Hehe mesti best!

Selesai semua online submission, maman fikir mahu menelaah buku takaful. Esok maman akan menjalani exam tersebut. Tetapi ada perkara lain pula yang bermain didalam fikiran ketika ini. Susah pula nak fokus bila maman asyik tertarik pula nak lihat contoh-contoh fotografi perkahwinan.

Minggu lepas maman menerima panggilan daripada x-officemate dan beliau menawarkan maman untuk dicalonkan sebagai fotografer rasmi majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung akhir tahun ini. Maman rasa teruja dan dalam masa yang sama kenalah buat sedikit homework untuk cari idea.

Entri ini sangat nostalgik bagi maman kerana semuanya yang pertama. Mendapat sales #1, mendapat offer wedding fotografer pun #1, amik exam takaful #1. Makna dan nilai semua yang pertama ini bagi maman mempunyai signifikasi yang penting kerana ianya adalah titik permulaan kepada kejayaan- kejayaan akan datang.

A thousand miles journey begin with a FIRST step.

P/S: keseluruhan entri ini juga adalah merupakan entri pertama menggunakan aplikasi wordpress untuk iPhone.

3 responses so far

Oct 19 2009

Separuh bulan…

Published by maman under Cerita Agen, CurHatKu

Maman sudah lama berlatih untuk menerima konsep “Kita tidak mungkin dapat SEMUA yang kita inginkan”.

Dari kecil, kita tidak mungkin dapat semua mainan yang kita mahukan. Semasa belajar, kita tidak mungkin dapat pergi ke semua tempat belajar yang kita angan-angankan. Semasa jatuh cinta (hehe ada ke), kita mungkin tidak diterima oleh semua orang yang kita dambakan. Semasa bekerja, kita mungkin tidak dapat semua kerjaya yang kita idamkan. Maman fikir ianya sudah cukup untuk mengajar maman tentang rezeki dan takdir. Rupa-rupanya maman masih lagi belum mangli.

Sudah hampir separuh bulan maman berasak dengan gelombang hidup seorang penasihat insurans. Dalam tempoh ini, maman tahu jalannya adalah tidak mudah. Dan maman jangan sekali-kali tunduk dengan keadaan. Tekad itu maman tanam dalam-dalam.

Pendek kata, walaupun maman ketandusan sales kerana tiada lagi case closed, maman tetap cuba dan cuba.

“Saya ada parent, semakin hari mereka semakin tua. Adalah menjadi impian setiap ibu bapa mahu untuk melihat anaknya berjaya dalam kerja dan juga hidup. Ini yang akan menyebabkan mereka berasa tenang dan tidak risau lagi tentang masa depan anaknya. Kerana itulah setiap kali memikirkan berkenaan ini akan membuatkan saya gigih untuk buat satu lagi panggilan, dan berjumpa seorang lagi bakal pelanggan. Saya mahu memastikan parent saya dapat melihat kejayaan saya sebelum mereka menutup mata buat selamanya”

Kata-kata daripada speaker yang maman hadiri ‘talk’nya pada hari pertama maman turn Fulltime itu terulang tayang dalam kepala ini. Kata-kata yang menyuntik inspirasi kepada lebih kurang 1000 agen yang hadir pada hari itu termasuk maman.
 
Dalam masa-masa awal pembabitan ini, ramai agen yang berpengalaman menekankan agar maman mulakan dengan membina habit yang betul. Sebab itu, dalam maman masih lagi menyesuaikan diri dengan rentak time freedom, maman seboleh-bolehnya akan buat new appointment setiap hari. Maman juga cuba membiasakan diri dengan jadual baru ini dengan penuh displin.

Maman cuba buang jauh-jauh kebimbangan-kebimbangan yang datang sepertimana maman lemaskan kebimbangan yang pernah tenggelam timbul semasa maman membuat keputusan berhenti dahulu. Ketika itu apa yang maman pahatkan kepada diri sendiri adalah;

“I will. I will climb this mountain. They told me it is too high, too far, too steep, too rocky and too difficult. But it’s my mountain. I will climb it. You will soon see me waving from the top or dead on the side from trying.”

Setinggi mana gunung, kalau kita berjaya mendaki puncaknya. Ianya akan berada dibawah kaki kita.

Dan dalam proses ini maman betul-betul belajar satu erti hidup: Hidup ini adalah sukar.

6 responses so far

Next »