Archive for September 9th, 2009

Sep 09 2009

Loan Kereta

Published by under CurHatKu

Kakak bagitahu dia nak balik kampung tapi kereta rosak lagi. Kereta usang yang banyak jasa itu mungkin sudah penat dan sampai masanya untuk berehat. Lagipun usia kereta itupun rasanya hampir sebaya dengan usia maman.

“baru minggu lepas aku betulkan RM350, hari ini rosak lagi”. kakak merungut dalam smsnya.

Maman pernah memberitahunya, kalau loan kereta untuk dia beli kereta baru tak lulus, maman berhajat untuk beri dia pakai sahaja kereta maman sekarang.Dan untuk maman, maman akan usahakan untuk cari kereta lain. Maklumlah kakak maman yang hanya bergantung kepada pendapatan upah menjahit baju itu, mungkin susah untuk bank approvekan loan. Niat maman hanya satu, untuk memudahkan kakak balik kampung dan menjenguk emak. Biar emak kat kampung happy sket kakak selalu balik memandangkan maman pun jarang balik. Sibuk nak Chasing Dream kat Kl nih. Namun, harapnya kakak bersabar dulu sebab maman pun tengah menjalani waktu-waktu sukar sekarang. Sabar itu pahit, tapi buahnya manis.

Keluarga maman tak tahu maman berhenti kerja termasuk kakak maman. Tak sampai hati nak bagitahu. dan harapnya sepupu atau kenalan maman kalau terbaca ni from blog or facebook, tak payahlah bagitahu especially raya ni. Niat maman tak nak nanti mak susah hati. Tentu dia risaukan maman ada duit ke nak makan? Duit rumah? Duit kereta? ada duit ke nak survive?. Maman sebenarnya tak nak dah memberatkan fikiran dia lagi, cukuplah dengan beberapa insiden dalam keluarga maman baru-baru ini yang menyebabkan mak longlai. Tiba masanya yang sesuai nanti, maman sendiri akan bagitahu.

“Loan tu tak approve, kete meragam lagi. Nak cakap kat mak tak balik, tak sampai hati” sms kakak maman bernada sedih pulak.

Maman terdiam memikirkan bagaimana dapat membantu.

***

Di pejabat, suasana meriahnya raya sudah bermula. Ramai orang sudah mulakan aktiviti jual beli kuih raya. Tahun depan maman tak dapat merasa suasan sibuk dipejabat seperti ini. Maklumlah di opis baru nanti cuma ada dua tiga orang sahaja staff. Itupun bukan melekat sangat dipejabat.

Hari itu maman mendapat sms daripada kakak. Kali ini dia menyatakan pihak bank ada menghubungi untuk memaklumkan bahawa loan keretanya boleh approved dengan syarat ada seorang penjamin. Kakak bagi hint untuk meminta maman menjadi penjaminnya.

Nampaknya kali ini maman terpaksa berterus terang. Mana mungkin maman jadi penjamin jika maman sudah tidak lagi berkerja?.

Handphone itu maman capai dan terus menghubugi nombor kakak.

***

One response so far