Archive for August 18th, 2009

Aug 18 2009

Chasing Dream Pt 2

Published by under Berakit ke hulu

“I got something BIG to tell you tommorow”

Sms dari officemate itu membuatkan maman tak sabar-sabar nak ke pejabat.

***

Berita maman meletak jawatan merebak dengan mudahnya. Ramai yang mula bertanya dimana maman akan berkhidmat selepas ni. Ramai juga yang menjangkakan maman akan kerja kerajaan.

Bila maman kata maman kerja fulltime sebagai penasihat insurans, ramai juga memberi reaksi kehairanan. Entahlah apa yang terlintas dalam kotak minda mereka. 

Semalam, Semasa night meeting Group DNA di Pandan Indah, maman diumumkan akan membuat satu pengumuman penting.

Maman agak kehairanan kerana keputusan untuk hantar notis lebih awal dari yang disangkakan ini hanya maman cerita kepada Shah sahaja. Tidak tahu adakah Shah bermulut tempayan atau dia sangat gembira maman sudah mengotakan kata lantas share kepada semua. hehe.

“the group boleh encourage you to stay positive..” shah punya justifikasi apabila maman menyatakan persoalan bagaimana Group boleh tahu berita ini secepat 0.05 saat.

Namun disebalik itu, maman sangat terharu apabila semua group DNA bersalaman sambil menyatakan “we support you”. Ia membuatkan maman rasa .. I am not alone.

***

Di pejabat, dicelah-celah berita maman akan pergi, maman juga menerima 3 tawaran daripada unit yang berlainan untuk memberi peluang kepada maman membuktikan maman boleh bekerja dengan cemerlang jika diberikan peluang dan guidance yang betul.

Bukan tidak sudi dengan tawaran menarik itu, namun bila hati berkata untuk teruskan apa yang  sudah diimpikan. Maka bibir ini tidak mampu lagi berdusta. 

2 responses so far