Archive for August 17th, 2009

Aug 17 2009

Chasing Dream

Published by under Berakit ke hulu,CurHatKu

17 Ogos 2009 akan menjadi satu tarikh yang penting dalam hidup maman.

Hari ini maman menjadikan satu kenyataan kepada satu perkara yang selama ini hanya bermain dalam minda maman sahaja : hantar notis berhenti kerja.

“I am leaving…” reply maman bila bos menghantar email Balance Score Card pagi itu.

Maman pun tak tahu dari mana keberanian itu datang. Sedangkan semasa maman memegang surat yang sudah dimasukkan envelope itu maman seolah-olah mengheret satu batu yang sangat besar.

Pada saat notis itu maman sudah serahkan kepada Bos dan HR, maman dapat merasakan batu yang digalas itu maman buang jauh keluar dari bangunan tujuh tingkat itu.

“kalau you nak jadi lecturer (macam my previous staff) tu oklah I lepaskan dengan rela hati. kerja macam tu susah orang nak dapat. Tapi ni you nak venture to insurance?… [reaksi muka like saying are u out of your mind?]. Dalam keadaan ekonomi sekarang, better you fikir panjang. You ada lagi mak di kampung dan tanggungan yang you kena jaga”

Itu antara advise daripada my bos semasa maman menyerahkan notis. Mengenali my bos, kata-kata sinis seperti “..i am not saying your are not capable.. but bla bla bla…” sudah maman ramalkan. Bos is always be bos.

“ko kena stand. jgn cepat goyah bila bos cakap mcm tu mcm ni” kata one of my officemate.

***

Hujan petang selalunya menjadikan kesesakan lalulintas Kuala Lumpur bertambah parah yang mana biasanya akan menerima carutan maman yang tidak bertepi dari dalam kereta. Tetapi keadaan hari ini tidak sama, hujan petang itu tidak lagi menerima sumpah seranah maman seperti selalu. Nasib dia baik hari ini. :)

Sebaliknya kesesakkan lalulintas ini memberikan ruang dihati maman untuk menikmati moment ini. Memberikan waktu untuk maman mula menganyam impian. Membetulkan cita-cita. Mencari destinasi baru.

Bunyi siren ambulan tiba-tiba memecah kesunyian. Dari cermin sisi maman lihat kereta yang beratur seperti kura-kura disepanjang jalan memberi ruang kepada ambulan ini.

Semasa ambulan ini memintas kereta maman yang tidak bergerak, i was thingking .. what next in my life journey? Sekiranya aku yang berada dalam ambulans itu dan masih lagi tidak mencapai apa yang aku impikan. Pada waktu itu bukankah semuanya sudah terlewat?

The dreams are calling….

Hari ini, rutin yang telah maman lakukan selama hampir 3 tahun telah menemui titik-titik terakhirnya.

Countdown bermula dua bulan dari sekarang..

5 responses so far